Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, July 27, 2006

Sijil halal makanan : Hak mutlak orang Muslim

Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita

KANGAR, 27 Julai - Cadangan untuk memberikan sijil makanan halal hanya kepada orang muslim disokong sepenuhnya oleh Mantan Imam Besar Masjid Negara UstazTaib Azzamuddin Mohd Taib.

Bagi beliau nilai halal atau tidak sesuatu itu terutamanya makanan hanya orang Islam sahaja yang tahu.

“Najis dalam Islam dikategorikan kepada dua bahagianiaitu najis aini dan hukmi. Aini adalah yang jelas kita nampak, manakala hukmi pula ialah bagaimana najis itu dari segi hukum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah maghrib bulanannya di sebuah surau dekat sini semalam.

"Masalah timbul apabila kita bercakap tentang najis hukmi ini. Ramai di antara orang Islam sendiripun tidak tahu hukum ataupun tidak faham dengan sebenar-benarnya. Jadi bagaimana bukan Islam boleh dibenar melakukannya?,” soal beliau.

Menurutnya lagi, dengan adanya beberapa kes yang melibatkan makanan yang halal bercampur dengan yang haram maka dibimbangi pada masa depan akan berlaku lagi kejadian yang sama kerana pihak yang terbabit tidak beramanah.

"Bukan Islam sebenarnya tiada masalah dalam penyediaan makanan mereka kerana tiada cara yang khusus berbeza dengan orang Islam".

"Sekiranya mereka memberi produk halal yang dikhusukan untuk orang Islampun tiada masalahnya kerana tidak dianggap sebagai melanggar peraturan beragama mereka. Mereka bebas untuk menikmati makanan itu," tambahnya.

Beliau juga berharap pada masa depan orang bukan Islam akan dapat merasakan perbezaan antara makanan halaldan tidak halal.

Pada pandangan Ustaz Taib juga, cadangan ini akandapat membantu menaikkan ekonomi orang Islam selain daripada menjadi satu elemen dakwah yang baik kepada bukan Islam.

“Pengusaha tempatan bukan sahaja boleh memasarkan produk mereka di dalam negara tetapi juga boleh meneroka pasaran antarabangsa. Kita boleh menjadi negara pembekal kepada negara-negara lain yangmencari-cari produk halal,” ujarnya .

Pelajar gagal kuasai 3M bukti kelemahan kerajaan

Oleh : Nikon
Kategori : Berita
Kangar, 25 Julai : Kegagalan lebih 100 ribu pelajar sekolah rendah untuk menguasai kemahiran Membaca,Menulis dan Mengira (3M) , jelas membuktikan kelemahan kerajaan dalam menangani isu pendidikan negara ini.

Pandangan ini diluahkan oleh Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Ustaz Taib Azzamuddin Mohd Taib dalam satu temuramah beliau dengan Pegelihla semalam.

Di Parlimen baru-baru ini, Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Hon Choon Kim, mendedahkan bahawa seramai lebih 100 ribu pelajar sekolah rendah masih gagal menguasai 3M.

Menurut Hon lagi walau bagaimanapun , bukan semua dari jumlah 100 ribu itu tidak dapat menguasai kesemua ketiga-tiga kemahiran itu. Ada pelajar yang mungkin hanya gagal dalam satu atau dua kemahiran sahaja tetapi termasuk dalam angka 100 ribu itu .

Antara sebab yang dinyatakan kepada kegagalan ini ialah latar belakang keluarga, kurangnya motivasi dari keluarga dan prasarana yang disediakan.

Ustaz Taib yang merasa kesal dengan laporan itu memberikan contoh lain tentang kelemahan kerajaan dalam isu pendidikan iaitu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) .

“PLKN sebenarnya menyerlahkan kelemahan kerajaan dalam mendidik anak bangsa kerana apa perlunya program ini setelah 11 tahun anak-anak kita menghabiskan masa mereka di sekolah? Tidak cukupkah lagi dengan 11 tahun itu?,” tanya beliau .

Katanya, perkara ini disebabkan kehidupan masyarakat kita terlalu dilimpahi dengan program-program hiburan yang melalaikan dan adakalanya melampaui batas

"Dan pastinya kelulusan program ini datangnya dari pihak kerajaan,” tambah beliau.

Menurutnya lagi masalah program hiburan yang melalaikan ini bukan sahaja menjangkiti anak-anak tetapi lebih malang lagi ada ibu bapa juga tidak kurang hebatnya sehingga ada yang menangis di hadapan TV untuk peserta Akademi Fantasia yang mereka minati .

"Ibu bapa begini jelas akan memberikan contoh negatif kepada anak-anak dan sekaligus memberikan kesan terhadap pembelajaran anak-anak, malah boleh mematikan semangat belajar mereka," katanya.

Selain itu, Mantan Imam Besar Masjid Negara itu turut melihat bahawa sekatan ke atas program yang menggalakan dan membimbing insan kearah agama harus dihapuskan agar manusia dapat kembali kepada Allah .

Beliau memberikan contoh di mana kegagalan sistem pendidikan ini juga menjadi bukti betapa pentingnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang suatu masa dahulu diserang dengan tohmahan yang mengatakan bahawa ia adalah pusat melahirkan pengganas .

SAR katanya boleh membawa kebaikan bukan sahaja kepada anak-anak tetapi juga ibu bapa yang mana ada ketikanya ibu bapa pula ditegur oleh anak-anak mereka apabila melakukan kesalahan kerana anak-anak mereka mempunyai ilmu.

"Ibu bapa pula akan merasa segan untuk membuat perkara yang melalaikan kerana ditegur anak-anak mereka. Bayangkan betapa harmoninya rumah tangga sebegini. Anak yang mendengar kata dan ibu bapa yang penyayang,” ujarnya.

Sunday, July 23, 2006

Demonstrasi bantah kekejaman Israel di Masjid Arau

Protes!! :Bendera Zionis dan sekutu kuatnya Amerika dibakar
Ucapan bersemangat daripada Exco DPP Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin al-Hafiz


Bantah: Ratusan umat Islam membantah kekejaman Zionis di perkarangan Masjid Negeri, Arau

Oleh Wartawan Harakah

ARAU, 22 Julai - Slogan Jahanam Israel, Hidup Palestin berkumandang di bumi Perlis semalam bagi menyatakan bantahan umat Islam di negeri ini terhadap keganasan rejim Zionis-Israel di Palestin dan Lubnan.

Satu perhimpunan aman yang dianjurkan oleh PAS Perlis telah diadakan di perkarangan Masjid Negeri, Arau bagi menyedarkan umat Islam tentang kekejaman Israel di samping menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin dan Lubnan yang menghadapi serangan rejim terkutuk itu.

Lebih 500 orang telah berhimpun sejurus selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan di samping mendengar ucapan daripada pimpinan PAS Perlis.

Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Perlis(DPPPs) menjadi peneraju demonstrasi aman pada kali ini.
Program bermula dengan ucapan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin. Semasa ucapannya, seorang pegawai polis berpakaian preman cuba menghentikan ucapan beliau dengan alasan perhimpunan tiada permit, namun program tetap diteruskan.

Sejurus itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Hairy Hashim pula menyampaikan ucapannya yang berapi-api mengutuk serangan Israel ke atas Palestin dan Lubnan di samping mengecam sekeras-kerasnya sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat yang menyokong serangan tersebut.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin turut menyampaikan ucapannya dengan menyeru semua umat Islam bersatu menyatakan menyatakan penentangan terhadap Yahudi laknatullah dan membela nasib rakyat Palestin.

Dalam pada itu, bendera Israel dan Amerika Syarikat turut dibakar tanda kebencian terhadap dua kuasa mustakbirin dunia itu. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ketua DPPPs, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil dan semuanya bersurai dengan aman selepas itu.

Wednesday, July 19, 2006

YPU rayu bantuan bina masjid di Yogyakarta

Petikan Harakahdaily
PADANG BESAR, 17 Julai - Penderitaan mangsa gempa bumi di Yogyakarta dan Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini turut mendapat perhatian Yayasan Pembangunan Umnah (YPU).

Gempa bumi tersebut bukan sekadar meragut nyawa, memusnahkan kediaman tetapi turut memusnahkan banyak masjid dan musolla.

Dalam kunjungan ke sana baru-baru ini, YPU bersama dengan Yayasan Al-Qolam Indonesia mengambil inisiatif membangunkan semula masjid dan musolla yang telah musnah.

Statistik menunjukkan 434 buah masjid dan musolla telah roboh manakala 445 buah pula rosak. Jumlah yang menjangkau hampir 900 buah ini amat mendesak kepada umat Islam di sana khususnya menjelang bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

Menurut Pengerusi YPU, Mohd Anuar Tahir, dalam kunjungan ke sana 11 Julai lalu, dua buah "masjid darurat" telah berjaya dibangunkan dalam masa tiga hari dengan bantuan permulaan yang mereka sampaikan.

"Di Indonesia, masjid dan musolla dibina oleh rakyat sendiri. Akibat musibah ini mereka tidak mampu lagi membinanya," jelasnya.

"Masjid darurat" tersebut dibina menggunakan rangka buluh, "dinding gedhek kulitan" (dinding anyaman), berlantaikan simen atau papan dan beratap asbestos.

Kos pembinaannya adalah sekitar RM4200. 00bagi lantai simen dan RM4305. 00 bagi lantai papan.

"Masjid darurat" yang mampu bertahan untuk tiga hingga empat tahun itu adalah pembinaan segera sehingga ekonomi masyarakat di sana benar-benar pulih dan mampu membangunkan sendiri masjid atau musolla yang rosak," kata Anuar.

Beliau ditemui Harakahdaily selepas menyampaikan ucapan di majlis penerangan anjuran Lajnah Penerangan PAS Kawasan Padang Besar malam tadi.

Sehubungan itu, YPU merayu sumbangan orang ramai untuk disalurkan bagi membina lebih banyak "masjid darurat" di sana.

Sebarang sumbangan berbentuk wang tunai atau cek boleh disalurkan kepada YAYASAN PEMBANGUNAN UMMAH, no. akaun Bank Islam: 20 0200 7010 1204 atau menghubungi YPU di talian 03 -7954600.
Bantuan selanjutnya dijangka akan disalurkan pada kunjungan susulan YPU awal bulan depan.

Saturday, July 15, 2006

Jangan akui negara Islam jika syariat diabaikan

Petikan Harakahdaily

BESERI, 13 Julai - Jangan mengaku Malaysia sebagai sebuah negara Islam tulin sekiranya syariatnya masih dipinggirkan daripada pemerintahan.

Kedudukan Islam yang tidak jelas di dalam perlembagaan juga membuka ruang yang luas terutamanya kepada orang-orang bukan Islam untuk mempertikaikannya, demikian tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Riduan Mohamad Nor.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah maghribnya di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa dekat sini malam tadi.

Beliau mengulas tentang laporan media berkaitan sidang Dewan Rakyat semalam di mana Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) membangkitkan tentang status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Dalam jawapannya, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Mashitah Ibrahim menjelaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan Perlembagaan Negara.

Antara hujahnya, Mashitah menyatakan bahawa perkataan agama telah disebut berulang kali dalam Perlembagaan Negara dan ini membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Ustaz Riduan melihat penjelasan sebegini tidak tepat dengan realiti sebenar sebuah negara Islam.

Katanya, sebuah negara Islam perlu meletakkan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai perlembagaan tertinggi.

"Ini jelas bahawa Al-Quran tidak ada tempat langsung di dalam perlembagaan.Yang ada hanyalah Islam sebagai agama rasmi persekutuan," katanya.

Tambahnya lagi, dalam Perkara4 (1) Perlembagaan menyebut ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan sebarang undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

"Peruntukkan ini sekaligus menghalang kepada pelaksanaan Islam sebagai sistem yang mengatur urusan umat Islam," katanya lagi.

Menurutnya lagi, erti sebuah negara Islam menurut ulama-ulama feqah juga jauh tersasar. Ini jelas terbukti apabila perlaksanaan syariat Islam tidak dapat dilaksanakan sedangkan pelbagai masalah sosialdan maksiat yang ada.
"Negara dilanda tsunami maksiat, gejala sosial dan murtad.Sistem ekonomi juga tidak berlandaskan Islam.Malah dicampur-adukkan dengan sumberharam seperti perjudian dan sebagainya. Itu belum dikira premis judi yang berselerak di seluruh negara," tambah beliau.

"Kampung Yahudi" di Pahang

Oleh Wartawan Harakah
KANGAR, 15 Julai - Setelah dikenali sebagai Darul Kasino dan ibu negerinya Kuantan disebut sebagai Haadyai Pantai Timur, kini, muncul pula apa yang dikenali dengan jolokan "Kampung Yahudi" di negeri Pahang.

Ini berikutan wujudnya sebuah perkampungan berhampiran pantai di Cherating yang muncul sebagai pusat hiburan dan maksiat, demikian pendedahan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi.

Beliau membuat pendedahan tersebut semasa menyampaikan kuliahnya di Markas MTD Santan dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya ini adalah satu tamparan hebat kepada kerajaan Islam Hadahari khususnya di Pahang sendiri.

"Ada papan tanda yang menyebut Pahang Membangun bersama Islam Hadahari, sekarang apa dah jadi dengan maksiat yang berleluasa? Ini jelas tidak menununjukkan imej Islam Hadhari yang digembar-gemburkan," katanya.

Katanya lagi, perkampungan tersebut kini dibangunkan menjadi sebuah kawasan tarikan pelancongan dengan banyak rumah-rumah kampung yang sudah dijula dan dibangunkan tempat penginapan seperti chalet.

Namun begitu dakwanya lagi, pusat-pusat hiburan seperti karaoke dan pusat menjual minuman keras juga turut banyak didirikan.

"Ianya dah menjadi sebagai satu pusat maksiat dengan hiburan, arak, bohsia serta GRO," dakwanya.

Beliau berkata, ramai penduduk di kalangan orang-orang tua di kampung tersebut sudah ramai yang berpindah kerana tidak tahan dengan keadaan tersebut.

"Rumah-rumah dan tanah mereka banyak yang dijual atau disewakan kepada pengusaha tempat penginapan serta pusat hiburan," katanya lagi.

Jangan tegur kerajaan : Umno parti tidak demokratik

Oleh Pemberita SEDAR
KANGAR, 15 Julai - Isu-isu yang ditimbulkan oleh parti pembangkang di negara ini banyak memberikan kesan dan tekanan kepada parti pemerintah pimpinan Umno.

Ini terbukti apabila pimpinan mereka sering memberikan pelbagai komen bersifat "reverse psychology" bila timbul sesuatu isu besar yang membabitkan kepentingan rakyat.

Di samping itu, Umno juga dilihat bersifat tidak demokratik apabila pimpinan mereka sendiri sering menyeru ahli parti agar tidak mempertikaikan sebarang keputusan kerajaan mahupun parti mereka sendiri.

Terbaru, Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz dalam satu majlis di sini mengingatkan ahli pergerakan itu supaya tidak bertindak seperti penyokong parti pembangkang yang sering mempersoalkan tindakan kerajaan apabila timbulnya sesuatu isu seperti kenaikan harga minyak dan kekurangan bekalan gula.

"Ini jelas membuktikan Umno tidak memberikan ruang bersuara kepada ahli mereka dalam membicarakan isu kepentingan rakyat," demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Arau, Zulmi Sabri.

Menurut Zulmi, sepatutnya Umno juga harus mendengar komen atau pandangan dari ahli mereka khususnya di peringkat akar umbi berkaitan isu rakyat.

"Mereka kata pembangkang sering memberikan pandangan yang mengelirukan, tapi adakah mereka mahu dengar pandangan ahli mereka sendiri?," soalnya.

Katanya lagi, apabila pimpinan Umno sering memberikan ingatan sedemikian kepada ahli mereka ini jelas menunjukkan bahawa setiap pandangan atau komen dari parti pembangkang di negara ini tentang sesuatu isu amat berkesan.

"Mereka takut apa yang dikatakan pembangkang diterima orang ramai termasuk ahli Umno sendiri," kata Zulmi lagi.

Selain itu, beliau turut memberikan contoh di dalam PAS sendiri yang memberikan ruang demokrasi yang luas.

"Dalam Muktamar PAS, perwakilan boleh mengkritik pemimpin dan pimpinan pula menerimanya dengan hati yang terbuka. Dalam Umno kalau buat begini jawabnya kena cantaslah," katanya.

Tuesday, July 11, 2006

PENGUMUMAN

MAJLIS SOLAT HAJAT SELAMATKAN PALESTIN

Umat Islam di negeri Perlis diminta menyertai majlis Solat Hajat Perdana memohon kepada Allah s.w.t. untuk menyelamatkan umat Islam di Palestin yang sedang menghadapi penindasan daripada regim zalim Zionis/Israel

Hari: Khamis
Tarikh : 13 Julai 2006
Tempat :Balai Islam MADI, Kampung Jejawi Dalam

Aturcara majlis :
7.30 malam - Majlis berbuka puasa
7.45 malam - Solat maghrib
8.05 malam - Bacaan Yaasin
9.00 malam - Solat Isyak dan Solat Hajat
Sila bawa bersama juadah untuk berbuka puasa
Juadah bubur lambuk istimewa dam minuman akan disediakan

Anjuran Dewan Ulama PAS Perlis

Wednesday, July 05, 2006

Mahathir vs Pak Lah: Rakyat jangan terperangkap

Oleh Wartawan Harakahdaily

BESERI, 5 Julai - Rakyat hendaklah berhati-hati agar tidak diheret ke dalam isu perselisihan antara Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya memberikan penumpuan kepada isu-isu yang melibatkan kepentingan negara.

Perselisihan antara kedua-duanya adalah lebih merupakan sengketa kepentingan peribadi, keluarga dan kroni, demikian menurut Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub.

"Rakyat perlu memfokuskan isu yang berkaitan dengannya dan bukannya individu yang terlibat kerana ianya adalah melibatkan kepentingan rakyat," katanya.

Beliau ditemui oleh Harakahdaily selepas berceramah dalam satu majlis penerangan anjuran Barisan Alternatif Perlis di Markas PAS Beseri Dalam dekat sini baru-baru ini.

Mustaffa melihat perselisihan ini juga berpunca daripada pemerintahan Abdullah yang kini berada dalam keadaan yang paling lemah.

"Abdullah lemah tapi Mahathir pula tidak berkuasa. Islam Hadhari yang dicanangkan tetapi tidak ada apa-apa selain rasuah yang terus berleluasa," katanya.

Apabila ditanya tentang kehadiran orang tengah yang dikatakan boleh mendamaikan kedua-dua mereka, Mustaffa melihat penumpuan perlu diberikan kepada kepastian tentang kebenaran setiap isu yang diperkatakan.

"Rakyat perlu mengetahui dengan jelas tentang perkara ini untuk membuat keputusan yang bijak ke atas isu-isu yang telah dibangkitkan," jelasnya.

Bagi PKR pula, Mustaffa menegaskan bahawa Dr Mahathir berhak mempersoalkan apa yang beliau tidak bersetuju dalam setiap isu yang telah ditimbulkan dan ianya perlu dijawab segera oleh Abdullah," jelasnya lagi.

Namun begitu katanya lagi, sebahagian besar daripada isu-isu yang dibangkitkan dalam isu ini adalah warisan daripada kesilapan yang dibuat semasa pemerintahan beliau sendiri.

"Bagi PKR, rakyat perlu fokus kepada isu-isu utama pimpinan dan pentadbiran negara yang melibatkan kepentingan rakyat yang perlu menjuruskan kepada reformasi ke arah pentadbiran kerajaan yang benar-benar telus dan demokratik," katanya.

Perlis Darul Sunnah wal Jom Heboh?

Oleh Wartawan Harakahdaily

KANGAR, 5 Julai - Dalam kesibukan kerajaan Perlis mencanangkan nama Darul Sunnah bagi menggantikan Indera Kayangan, langkah baik tersebut dicemari dengan kemasukan hiburan yang melalaikan serta menggalakkan pergaulan bebas khususnya di kalangan remaja.

Konsert Jom Heboh yang diadakan di pekarangan Stadium Utama dekat sini sebagai majlis penutupan Karnival Jom Heboh yang diadakan pada 1 dan 2 Julai lalu dikatakan telah mengganggu jemaah yang sedang bersolat Isyak di Masjid Putra yang terletak tidak berapa jauh dari tapak karnival diganggu oleh sayup-sayup alunan lagu "Jesnita" nyanyian kumpulan Exist pada rakaat terakhir.

Tidak hairanlah juga semasa solat itu juga keadaan lalu-lintas di hadapan masjid begitu bingit kerana orang ramai berpusu-pusu untuk memeriahkan lagi Konsert Jom Heboh anjuran sebuah stesyen televisyen swasta itu.

Di karnival tersebut jugalah Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim menghebohkan kepada orang ramai dalam satu temuramah media yang dibuat di situ tentang perubahan nama negeri ini.

Umum mengetahui tentang penggunaan nama Indera Kayangan yang tidak sesuai sejak sekian lamanya dan perubahan ini adalah satu langkah yang sangat baik.

Namun begitu, perubahan nama yang diambil sempena amalan Ahlus Sunnah di Perlis turut mendapat reaksi yang berbeza daripada pelbagai pihak.

Shahidan sendiri dalam satu perasmian majlis dipetik menyatakan bahawa beliau mendapat SMS yang berbunyi "Perlis Darul Sunnah wal Jom Heboh".

Sementara itu, tokoh agama, Ustaz Ahmad Ali menyambut baik perubahan nama ini tetapi baginya, persoalan yang timbul adakah amalan kerajaan negeri bertepatan dengan nama baru yang dipilih.

"Mereka mengaku mengikut amalan sunnah dan perkara yang bercanggah dengan amalan mereka dianggap seperti qunut, tahlil, lafaz usholli bidaah. Apakah Jomheboh ni tak bidaah?"tanyanya.

Ustaz Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis melihat pelaksanaan syariat Islam secara menyeluruh akan menepati lagi nama Darul Sunnah yang dipilih.

"Ini tidak, yang dikatakan sunnah itu hanya dalam bab ibadat sedangkan pelaksanaan syariat Islam tidak secara menyeluruh. Sepatutnya dihidupkan sunnah Nabi s.a.w secara menyeluruh.

"Ianya perlu bertepatan dengan realiti dan amalan sunnah itu sendiri sedangkan kerja-kerja yang menjurus kepada maksiat wajib dihindari khususnya oleh pemerintah," ulasnya.

Dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, wakil tunggal PAS, Ustaz Hashim Jasin pernah menegur kerajaan negeri berkenaan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa tentang hiburan yang keterlaluan.

"Dulu telah dikeluarkan fatwa tentang hiburan yang keterlaluan, tapi daripada pemerhatian saya ianya ternyata telah dilanggari," demikian petikan ucapannya pada sidang DUN yang lalu.

Mufti Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria juga dipetik pernah menyatakan bahawa walaupun ditukar nama daripada konsert 'Sure Heboh' kepada 'Jom Heboh' ianya tetap haram.

"Program itu tetap haram kerana ia boleh melalaikan umat Islam dengan hiburan serta pergaulan bebas," katanya beberapa bulan yang lalu.

Majlis Mufti Malaysia dua tahun lepas telah memutuskan bahawa konsert 'Sure Heboh' adalah haram di sisi Islam kerana ia melalaikan umat dan menggalakkan maksiat di kalangan generasi muda.

Majlis Mufti berpendapat konsert itu merupakan sesuatu yang melalaikan, oleh itu ia wajar dihentikan.

Tuesday, July 04, 2006

TAK SAH SOLAT DI BELAKANG IMAM BERMAZHAB: DR AZIZ HANAFI BIDAS PENCERAMAH MUDA

Oleh: Penahayat

KANGAR, 2 Jul - Pengetua Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), Dr Abdul Aziz Hanafi membantah keras kenyataan seorang ‘ustaz’ muda yang mengeluarkan hukum tidak sah solat di belakang imam yang bermazhab.

Ustaz muda tersebut yang dipercayai bekas pelajar Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) dipetik berkata demikian ketika menyampaikan kuliahnya di sebuah masjid di Simpang Empat dekat sini tempoh hari.

Menurut Dr Aziz, kenyataan ustaz tersebut amat merbahaya kerana ia boleh memecah-belahkan umat Islam khususnya di Perlis.

Dr Aziz ketika menyampaikan kuliah mingguannya di Markas PAS Kawasan Kangar telah mengemukakan tiga buah kitab tebal hasil tulisan ulamak tersohor dari Timur Tengah sebagai rujukan untuk menyanggah pendapat ustaz muda tersebut.

Beliau turut mempersoalkan apakah berani umtuk kita mengatakan tidak sah solat berbilion umat Islam di atas muka dunia ini termasuk yang bersolat jemaah di Masjidil Haram yang beliau pasti imamnya bermazhab Hanbali.

Beliau yang juga bekas pensyarah Akademi Islam, Universiti Malaya dan Universiti Brunei Darussalam menyatakan kesanggupan untuk berdepan dengan ustaz tersebut jika dijemput untuk berforum berkaitan isu ini.

Di samping itu, Dr Aziz menyarankan agar Mufti Perlis mengambil tindakan ke atas ustaz-ustaz yang hanya membincangkan hal-hal bida’ah dalam kuliah mereka yang boleh mengelirukan umat Islam di negeri ini.