Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, October 06, 2009

Rumah terbuka Adun Sanglang dan Simpang Empat

KANGAR- Tradisi menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri diteruskan oleh PAS Perlis dengan mendapat sambutan hangat oleh orang ramai di negeri ini.

Pada 4 Oktober lalu, dua majlis yang berjalan hampir serentak tidak mengahalang masyarakat dari pelbagai lapisan kaum dan agama untuk hadir memeriahkan sambutan.

Dalam majlis seumpama ini, orang ramai dapat berkumpul dan saling beramah-mesra antara satu sama lain dan dapat mendekati pemimpin PAS secara lebih dekat.

Di Sanglang, majlis rumah terbuka Aidilfitri Adun Sanglang, Ustaz Hashim Jasin diadakan di kediaman beliau di Batu 8 1/4 Jalan Alor Setar-Sanglang.

Selain kehadiran orang ramai yang datang dari seluruh negeri Perlis, majlis turut diserikan dengan kehadiran Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Ahmad Ali.




Sementara itu, Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan turut mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di tapak pasar malam Pekan Simpang Empat.
Majlis yang diadakan bermula jam 3.00 petang ini turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri Perlis, Jafperi Othman.


Jafperi Othman antara tetamu yang hadir




Monday, October 05, 2009

PAS Perlis edar kuih bulan kepada masyarakat Cina

KANGAR - Sempena Perayaan Kuih Bulan oleh masyarakat Cina, Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Perlis mengambil peluang untuk bersama-sama berkongsi kemeriahan sambutan ini dengan mengedarkan kuih bulan di sekitar bandar Kangar pada 3 Oktober lalu.

Pengerusi LPN PAS Perlis, Hairy Hashim bersama-sama Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs), Ustaz Ya'akub Abu Seman turun padang untuk mengedarkan kuih bulan kepada masyarakat Cina di bandar ini.

Turut sama mengedarkan kuih bulan ini, Ahli Badan Perhubungan PAS Perlis, Abdul Jamil Kamis serta barisan Exco DPPPs.

Ustaz Ya'akub di sebuah restoran Cina

Abdul Jamil mengedarkan kuih bulan kepada tokey motosikal
dekat Sri Mahkota

Ustaz Ya'akub di sebuah kedai menjual CD

Hairy Hashim turut mengedarkan kuih bulan

Tokey ni teruja mendapat kuih bulan. Lepas ni kami pangkah bulan pula

Rata-rata kaum Cina yang menerima kuih bulan ini teruja dengan keprihatinan PAS dengan sambutan tradisi kaum mereka.

Ada yang menyatakan,"lepas dapat kuih bulan nanti kami pangkah bulan pula".

Kuih bulan turut diedarkan di seluruh Perlis kepada masyarakat Cina yang tinggal di pekan Kaki Bukit, Beseri, Pauh dan Simpang Empat.

Sunday, October 04, 2009

Betulkah Mamak Azeez ditumbuk?

Ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu. Baca di sini

Sungguh ka?

Kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyifatkan tindakan Azeez itu sekadar mencari publisiti murahan, sama seperti dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini.

Ini kerana, semasa dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Azeez juga membuat dakwaan yang sama dengan menuduh penyokong PAS cuba mengkasarinya. Baca di sini.

Ada lagi kisah si Mamak Azeez ni...
Nak tahu??? Baca di sini atau lebih best Di Sini....

Friday, October 02, 2009

Perihal Najis Rasuah

Saya baru balik dari menunaikan solat Jumaat di Masjid Alwi, Kangar sebentar tadi. Yang menariknya khatib hari ini berkhutbah (atau membaca khutbah) yang berkisar tentang tajuk "najis" rasuah.

Saya jangka hampir keseluruhan khatib di masjid-masjid dalam negeri Perlis hari ini membaca tajuk yang sama kerana teks khutbah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti.

Apa yang menarik tumpuan saya ialah perkataan "najis" itu yang sememangnya tepat menggambarkan betapa rasuah adalah barah yang paling merbahaya sedang menular di dalam masyarakat hari ini.

Khatib juga menyebut beberapa kesan daripada "najis" rasuah ini. Namun yang paling menarik katanya, "najis" rasuah ini juga memberi kesan kepada golongan bawahan seperti petani, nelayan, penarik beca dan sebagainya tetapi tidak dirasai mereka.

Memang benar, kerana perbuatan rasuah (menurut MB Kedah bukan sahaja sogokan wang tetapi juga salah guna kuasa dan sebagainya), kini dinilai umum sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan oleh orang-orang besar yang memegang pelbagai jawatan tinggi atau yang mereka yang dianggap berkuasa.

Masyarakat kini semakin cerdik. Rasuah tidak lagi dilihat sebagai suapan seringgit dua yang diberi kepada polis yang mengadakan sekatan jalanraya, tapi lebih dari itu. Rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah sudah menjadi amalan pihak yang berkuasa dan pemerintah. Rasuah di peringkat akar umbi ini perlu dibanteras dari atas.

Jadi tidak hairanlah jika rasuah tidak dirasai kesannya oleh golongan marhaen seperti yang disebutkan di atas. Mereka yang bekerja mencari rezeki harian demi sesuap nasi mungkin tidak berapa tersinggung dengan isu PKFZ, isu VK Linggam dan banyak lagi... Apatah lagi nak membicarakan tentang Indeks Persepsi Rasuah Malaysia.

Tidak hairanlah golongan ini terus menjadi pengundi tegar parti pemerintah negara ini. Mereka kurang didedahkan dengan informasi berkenaan.

Pendek kata, "najis" rasuah tidak boleh dihapuskan dengan penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) sahaja. "Najis" ini perlu dibendung dengan kesedaran, penerapan nilai-nilai murni dan yang pentingnya KEIMANAN.
Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin ‘Amru :

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat.”

Bertanya (al-A‘rabiy): “Bagaimana mengabaikannya wahai Rasulullah?”

Baginda bersabda: “Apabila suatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Individu:

(i)Kehilangan pekerjaan.
(ii)Kejatuhan moral atau maruah.
(iii)Menerima hukuman.
(iv)Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
(v) Keluarga terabai.

Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat:

(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.
(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.
(iii)Membebankan golongan orang susah.
(iv)Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.

Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Negara:

(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.
(ii)Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.
(iii)Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.
(iv)Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
(v) Mengurangkan pendapatan negara.
(vi)Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.

Sumber:

  1. http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic35_2004.htm
  2. http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic38_2004.htm

Penulis adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis


MB Kedah: RTM bukan milik Umno/BN

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyelar kempen keterlaluan pihak Umno/BN yang menggunakan media seperti RTM tanpa memberi peluang kepada parti lain khususnya Pakatan Rakyat.

Katanya, RTM adalah millik rakyat dan bukanlah milik Umno/BN.

"Ini bila berlaku saja pilihanraya, mereka tolong kempen untuk BN tiap-tiap hari. "Be gentleman", bagilah peluang demokrasi secara betul. Kalau nak lawan betul-betul, kenalah siar kedua-dua PAS dan Umno.

"Ini hari-hari kempen untuk BN, siapa yang tak marah? Di Kedah ni, saya selaku Menteri Besarpun tak boleh disiarkan ucapan untuk rakyat. Itulah yang orang kata kepala demokrasi tapi otak primitif.

"Bila buat kempen keterlaluan yang "overkill" kita, rakyat akan membenci dan sebab itu mereka kalah dalam banyak pilihanraya kecil," katanya.

Ustaz Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim yang mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat suka menyalahkan pihak lain bila kalah dalam pilihanraya tetapi tidak pula menyalahkan diri sendiri.

Mengulas lanjut, Ustaz Azizan berkata banyak perkara yang perlu diletakkan kesalahan kepada pihak lain memandangkan perlaksanaan demokrasi yang tidak betul di negara ini.

"Kalau bertumbuk dengan orang tapi tangan kita diikat, takkan kita nak kata kita yang salah. Kalau kita bagi kebebasan dengan betul, kita hormati prinsip demokrasi betul-betul, tengoklah nanti macamana rakyat pilih.

"Kitapun ada buat salah tapi takkan orang lain tak buat salah. Takkan Umno tak salah sedangkan Tun Dr Mahathir pun kata Umno ni rasuah teruk. Di Bagan Pinang nanti dia kata jangan lantik calon yang rasuah. Ini makananya, dia sebagai bekas presiden Umno pun iktiraf Umno sebagai kepala rasuah dalam negara kita, bukan kita yang kata.

"Rasuah bukannya bermakna terima duit saja, tapi juga dalam bentuk salah guna kuasa, salahguna agensi kerajaan dan sebagainya," ujarnya.

SIS DAN JAG KIAN MELAMPAU: DPP PUSAT

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak .

2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undang syariah dalam negara ini .

3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak .

4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam .]

5. Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam . Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu - satu perlaksanaan hukum Islam . Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara' dan maqasid syari'yyah .

6. Lebih menghairankan , mereka hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah , kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia , sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita . Sedang sebatan dalam hukuman Islam tersangat jauh bezanya dengan sebatan dalam hukum sivil .

Baca selanjutnya di sini



Foto hari ini


Jemput Hadir

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI
Y.B. USTAZ HAJI HASHIM JASIN
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
&
Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang
Di Kediaman Beliau di Batu 8 1/4 Jalan Kangar-Alor Setar
(Kepala Titi Bongor Kudong)
AHAD, 4 OKTOBER, 2009
Bermula Jam 2.00 Petang

Monday, September 28, 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Perlis

Majlis Rumah terbuka Adilfitri PAS Perlis diadakan semalam (27 September 2009) di Tapak Kompleks PAS Perlis di Kg Pondok.
Satay menjadi juadah pilihan ramai
Pelbagai juadah disajikan kepada tetamu

Adun Kubang Rotan. Mohd Nasir Mustaffa dan Adun Kota Darulaman,
Lee Guan Aik hadir memeriahkan rumah terbuka

Pimpinan PKR Perlis yang hadir
Pimpinan menyambut kehadiran tetamu

Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh turut hadir

Friday, September 25, 2009

Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilftiri PAS Perlis

PESURUHJAYA PAS NEGERI PERLIS
dan
SEMUA AHLI BADAN PERHUBUNGAN PAS PERLIS
dengan segala hormatnya mempersilakan

YAB / YB / Dato' / Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari

KE MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PAS PERLIS
PADA 27 SEPTEMBER 2009
DI TAPAK KOMPLEKS PAS PERLIS
JALAN STADIUM UTAMA,
KANGAR, PERLIS.

BERMULA JAM 3.00 PETANG

Kunjungan Takziah pimpinan PAS Perlis ke atas MB Perlis

KANGAR- Pimpinan PAS Perlis turut menzahirkan rasa simpati dengan kematian ibu Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu.

Ibu beliau, Mahasa Jusoh, 86 meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah di sini 21 September lalu akibat sakit tua.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din dan Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Hashim Jasin hadir membuat kunjungan takziah ke atas Md Isa di rumah ibunya di Kampung Kechor dekat sini 22 September lalu.

Turut hadir Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Mohammad Shukri, Ketua Penerangan, Rus'sele Eizan serta Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis, Hairy Hashim.




Selain menyampaikan ucapan takziah bagi pihak PAS Perlis, kunjungan ini juga bertepatan dengan suasana sambutan hari raya Aidilfitri.

Walaupun masih bersedih dengan kehilangan ibunya, Md Isa menyambut baik kunjungan ini dan dapat berbual mesra di samping mendengar pandangan-pandangan dari pimpinan PAS.

Solat Sunat Aidilfitri di Balai Islam MADI

JEJAWI- Lebih dua ribu orang umat Islam membanjiri Balai Islam MADI di Markas Tarbiyah PAS Perlis, Jejawi Dalam dekat sini untuk bersolat sunat Aidilfitri bersama-sama pimpinan PAS.

Seperti tahun-tahun terdahulu, solat sunat Aidilfitri pada tahun ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri serta PAS kawasan-kawasan.

Dr Haron dan Ustaz Hashim bertakbir

Orang ramai memenuhi Balai Islam MADI

Dr Haron Din berkhutbah

Pimpinan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak

Solat sunat Aidilfitri telah diimamkan oleh Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, manakala Dr Haron kemudiannya menyampaikan khutbah.

Selepas solat, orang ramai mengambil peluang bersalaman dan bermaaf-maafan dengan para pimpinan PAS.

Dr Haron, Ustaz Hashim dan Timbalan Pesurujaya, Ustaz Ahmad Ali kemudiannya menyampaikan sumbangan duit raya kepada kira-kira 500 orang kanak-kanak yang hadir.

Friday, September 18, 2009

Pemuda PAS Perlis edar juadah berbuka kepada penumpang bas ekspress

KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) mengadakan program mengedarkan juadah berbuka puasa kepada para penumpang dan pemandu bas ekspres petang yang bertolak ke pantai timur dan selatan tanahair.

Sebanyak 200 hamper yang berisi juadah berbuka puasa, kad ucapan hari raya serta topeng penutup mulut diedarkan kepada para penumpang bas ekspress yang bertolak pada waktu petang dari stesen bas ekspress Kangar.

Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman serta Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) DPPPs meluangkan masa sekitar dua jam mengedarkan juadah tersebut kepada para penumpang bas.

Turut serta dalam program anjuran bersama Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Perlis tersebut ialah AJK Pemuda PAS Kawasan-kawasan dan Unit Amal Negeri Perlis.

Selain penumpang bas, pemandu teksi, anggota polis dan JPJ yang berada di sekitar stesen turut sama diberikan juadah berbuka tersebut.

Rata-rata penumpang yang kebanyakannya terdiri dari pelajar Institusi Pengajian Tinggi seperti UiTM, Politeknik dan UniMap yang akan pulang bercuti hari raya.

Juadah berbuka puasa untuk diedarkan

Ustaz Ya'akub menghulurkan juadah berbuka kepada penumpang bas

Bersiap-sedia untuk berbuka puasa (Abang-abang JPJ pun diajak bersama)

Nasi bungkus untuk berbuka pun sedap

Solat berjemaah

Semua AJK Pemuda PAS yang hadir turut berbuka puasa dengan orang ramai di suatu sudut bersebelahan stesen bas tersebut. Ustaz Ya'akub kemudiannya mengimamkan solat maghrib berjemaah di tempat yang sama.




Program sempena Aidilfitri

Solat Aidilfitri
Khutbah oleh Dato' Dr Haron Din
Di Balai Islam MADI - 8.30 pagi

Ceramah Perdana
Pada hari raya ketiga (dijangka pada 22 September)
Di tapak kompleks PAS Perlis, berhampiran Stadium Utama Negeri
Jam 9.30 malam.
Penceramah: Haji Mohamad Sabu/YB. Ustaz Hashim Jasin /Haji Mohamad Anuar Tahir /YB. Ustaz Ahmad 'Izzat Shauki.


Majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS Perlis
Ahad, 27 September 2009
di Tapak Kompleks PAS Perlis, Kampung Pondok (berhampiran Stadium Utama Negeri)
Majlis akan bermula pada jam 2.00 petang.


Majlis Mesra Aidilfitri PAS Kawasan Padang Besar
Sabtu, 26 September.
Majlis yang akan bermula jam 8.00 malam

Di perkarangan rumah Haji Mohamad Anuar Tahir di Batu 7 Jalan Kaki Bukit, Beseri.

Thursday, September 17, 2009

Program Ziarah Hospital PAS Perlis

KANGAR - Sempena menyambut kedatangan Aidilfitri, PAS Perlis menyantuni warga Hospital Tuanku Fauziah di sini dengan menganjurkan program ziarah.

Program tersebut adalah program tahunan yang diadakan khususnya sebahagian daripada usaha mendekatkan PAS dengan masyarakat.


Program kali ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din selain Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin dan Timbalan Pesuruhjaya, Abdul Karim Mat Rejab.

Rombongan tersebut turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat Rus'sele Eizan dan turut diiringi olehh pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri, serta Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama Negeri Perlis dan kawasan-kawasan.


Dr Haron Din menyampaikan hamper kepada pesakit
YB Ustaz Hashim di wad otopedik
YB Rus'sele Eizan di wad kanak-kanak
Dalam program ini, semua wad di hospital ini telah dilawati dan sebanyak 600 bungkusan hamper sebagai cenderahati daripada PAS Perlis telah diagihkan kepada pesakit dan petugas.
Dalam pada itu, bagi pihak PAS Perlis Ustaz Hashim merakamkamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan hospital yang memberikan kerjasama yang baik semasa program tersebut berjalan.


Majlis Iftar Perhubungan PAS Perlis

Majlis diadakan Selasa lalu di perkarangan Pejabat Perhubungan PAS Perlis.


PAS Perlis bantu golongan mustadh'afin dan anak yatim

KANGAR - Dalam keghairahan umat Islam membuat persediaan menyambut kedatangan Aidilfitri tahun ini, golongan yang kurang bernasib baik tidak dilupakan.Justeru, PAS Perlis turut mengambil kesempatan meraikan golongan tersebut dengan menyampaikan sumbangan bagi meringankan bebanan yang mereka tanggung untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.

Dr Haron Din menyampaikan bantuan kepada anak yatim

Ustaz Hashim menghulurkan sumbangan

Seramai 75 orang fakir-miskin dan 30 orang anak-anak yatim telah menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan.

Majlis penyampaian sumbangan diadakan di perkarangan Pejabat Badan perhubungan PAS Perlis di Jalan Seolah Derma di sini 15 September lalu.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din meluangkan masa beliau untuk sama-sama menyampaikan sumbangan. Hadir sama, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin serta Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat PAS Perlis, Abdul Karim Md Rejab


Saturday, September 12, 2009

Cahaya mata Ramadan

Nampaknya bulan Ramadan tahun ini adalah bulan produktif bagi AJk Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis.

Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menimang cahaya mata perempuan pada 27 Ogos lalu, manakala Naib Ketua, Bashir Ishak pula memperolehi sepasang cahaya mata kembar pada 6 September.

Sementara itu, pada 10 September lalu, Setiausaha DPP Perlis, Ustaz Azmir Azizan juga memperolehi seorang cahaya mata perempuan.

Sekalung tahniah untuk mereka semua dari seluruh saf kepimpinan DPP Perlis.

Foto: Ustaz Ya''akub menerima cenderahati sumbangan Lajnah Kebajikan DPP Perlis sempena kelahiran cahaya mata beliau.

Thursday, September 10, 2009

TEMUDUGA TERBUKA GURU PASTI

TARIKH : 27 September 2009
MASA : 8.30 pagi
TEMPAT : Balai Islam MADI

Sila bawa bersama salinan IC, Sijil Akademik serta Sijil-sijil berkaitan

Thursday, September 03, 2009

Isu Ustaz Asri: Pemuda PAS Perlis sedia bermuzakarah

Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) merakamkan ucapan terima kasih ke atas komen-komen yang telah diberikan oleh orang ramai pada posting bertajuk Hantar memo bantah 'ceramah' ustaz - Sinar Harian di bawah.

DPPNPs melihat isu utama yang bakal timbul di sini adalah kekeruhan dan kekeliruan sesama ummah.

Justeru, sesuai dengan semangat yang kami tunjukkan seperti yang terkandung di dalam memorandum bantahan tersebut DPPNPs bersedia bersemuka dengan mana-mana pihak bagi merungkai kekeliruan dan mencari kejernihan dalam menangani isu ini.

DPPNPs bersedia duduk membincangkan permasalahan seperti yang ditimbulkan di dalam blog ini secara ilmiah.

Yang pentingnya kita mahu mencari kejernihan dan bukannya duduk berdebat untuk mencari siapa yang lebih betul atau siapa yang silap. Wallahu'alam.