Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, February 02, 2012

Umno/BN jangan perlekeh minda penjawat awam

KANGAR - PAS Perlis mengingatkan pimpinan Umno-BN agar tidak memperlekehkehkan minda penjawat awam khususnya golongan profesional dengan momokan buruk terhadap golongan tertentu termasuk parti pembangkang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan berkata, golongan profesional dan intelektual seperti guru dan pendidik yang ada kini bukanlah jenis yang mudah terpengaruh dengan apa jua kata-kata yang dikeluarkan oleh pempimpin politik khususnya dari Umno-BN.

"Pemimpin Umno-BN janganlah sewenangnya menggunakan platform kerajaan untuk memberikan tanggapan buruk umum kepada mana-mana pihak termasuk parti pembangkang. Kepada golongan pendidik pula, janganlah memperkecilkan minda
dan daya intelek mereka dengan memberikan tanggapan negatif dalam apa jua perkara termasuk perkembangan semasa politik tanahair.

"Golongan guru atau pendidik sekarang bukanlah macam dulu yang boleh menerima apa saja yang dkatakan oleh pemimpin Umno-BN," katanya mengulas kenyataan Menteri Besar Perlis, Dato' Dr Md Isa Sabu baru-baru ini kepada golongan pendidik di Perlis.

Dalam kenyataannya, Md Isa mengingatkan warga pendidik di Perlis suapaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan demi kepentingan diri mereka.

Mengulas lanjut, Rus'sele meminta pimpinan politik yang menerajui kerajaan agar tidak mengungkit tentang mana-mana bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.

Md Isa Isa dalam ucapnnya turut menyebut bantuan RM100 kepada pelajar menunjukkan kerajaan bersikap adil dan meletakkan kepentingan anak-anak lebih daripada yang lain.

"Bantuan yang diberikan adalah tanggungjawab kerajaan demi kesejahteraan rakyat. Tak kira bantuan RM100 pelajar atau BR1M sekalipun, itu adalah bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dan bukan dibuat oleh parti politik.

"Jangan ada pemimpin mengungkit dalam kerangka politik yang keterlaluan dan jangan pula ada tekana-tekanan khususnya kepada kakitangan awam. Jika pemimpin politik bercakap atau mengungkit tentang bantuan atau sumbangan yang diberikan, ini dilihat sebagai "rasuah poltitk" dan ugutan kepada rakyat," jelasnya lagi.

No comments: