Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, February 23, 2012

Selepas 20 tahun projek gagal, penduduk tuntut janji kerjaan BN Perlis

CHUPING - Pada tahun 1992, 53 buah keluarga yang menduduki tanah di Batu Bertangkup dekat sini diarahkan untuk mengososngkan tanah mereka untuk memberi laluan kepada projek Pusat Pertumbuhan Desa.

Setelah hampir 20 tahun, penduduk terbabit yang terdiri dari orang-orang Melayu dan Siam masih janji-janji kerajaan Barisan Nasional terhadap mereka.

PPD Batu Bertangkup yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Kangar ini dibangunkan di atas tanah seluas 2799 hektar dengan peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM25 juta.

Tujuan pembinaan PPD ini adalah untuk menyusun semula masyarakat luar bandar dengan konsep "INSITU" iaitu membawa semula penduduk masuk apabila projek siap.

Bagaimanapun sehingga kini penduduk yang terbabit masih menunggu dengan penuh harapan janji-janji kerajaan BN tersebut, antara lainnya menyediakan 122 lot rumah berdusun, 160 unit rumah biasa dan 58 unit rumah PPRT.

Selain itu, antara projek yang dicadangkan ialah Pusat Latihan Kemas Wilayah Utara, stesen minyak, tapak pasar malam, masjid, dewan orang-ramai, asrama desa dan lot kedai.

Menurut seorang waris penduduk terbabit, hanya sebahagian kecil sahaja janji-janji kerajaan BN itu telah ditepati dan hapir keseluruhannya gagal dilaksanakan selain tidak langsung memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

"Masjid yang didirikan terletak jauh dari kawasan kampung kami dan asrama desa pula didirikan di dalam sekolah. Yang ada didirikan ialah tadika dan Kompleks Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

"Selepas hampir 20 tahun tapak pasar malam, stesen minyak dan lot kedai langsung tak nampak sebatang besipun yang terpacak di sini. Lebih menyedihkan, janji untuk menyediakan lot-lot rumah langsung tak terlaksana. Dah dekat 20 ahun kami menunggu," katanya.

Tinjauan Harakah mendapati di 10 lot Kompleks IKS yang dibina, hanya dua syarikat yang beroperasi iaitu sebuah syarikat memproses air minuman bertapis yang menyewa satu lot dan sebuah lagi syarikat berkaitan industri disel, SynGas iaitu menyewa 4 lot.

Kompleks IKS ini pernah menimbulkan kontroversi apabila gagal menarik pelaburan ke sana dan pernah menjadi projek gajah putih beberapa tahun yang lalu.

Sumber memberitahu, syarikat SynGas sendiri terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membersihkan kawasan dan menggantikan infrasrtuktur yang rosak sebelum menyewa lot terbabit.

Begitu juga, sebahagian besar tanah yang terbabit kini terbiar. Menurut penduduk setempat, beberapa projek pertanian seperti tanaman jagung yang diusahakan sebelum ini gagal.

Pengambilan tanah untuk pembangunan PPD ini pernbah menimbulkan kekecohan pada tahun 1993 dahulu apabila wujudnya bantahan penduduk terbabit, Pada masa itu, penduduk membantah bayaran pampasan ke atas tanah TOL yang mereka usahakan dengan kadar RM4000 serelong.

Menurut seorang penduduk yang terlibat, pada masa itu kerajaan menjanjikan elaun untuk membantu penduduk berpindah keluar dari rumah mereka selain dijanjikan eluan makan selama dua tahun.

"Mengikut matlamat asal penubuhan PPD ini, pada bulan pertama tahun ketiga pula, kami boleh pindah masuk semula ke situ. Tap yang ada hari ini hanya janji tinggal janji," katanya.

No comments: