Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, April 08, 2011

Sidang DUN Perlis: Kenapa MB tak jawab SMS Shahidan?

KANGAR - Mantan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) dalam ucapannya di Sidang DUN Perlis mendakwa Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu tidak berhemah kerana tidak menjawab panggilan telefonnya atau membalas pesanan ringkas (SMS) beliau semasa berlakunya banjir di Perlis baru-baru ini.

Md Isa semasa menggulung perbahasan berkata beliau tidak menjawab SMS tersebut kerana bahasa yang digunakan Shahidan tidak bersesuaian.


Dalam ucapannya juga, Shahidan turut mendakwa Ahli Parlimen Kangar, Dato' Radzi Sheikh Ahmad yang juga Penasihat Menteri Besar Perlis adalah individu sebenar yang memerintah Perlis.

Beliau membangkitkan tentang konspirasi politik menjatuhkannya selepas pilihanraya umum ke-12 dengan bantuan Dato' Azmi Khalid dan campurtangan istana.

"Sila rujuk tulisan Atory Hussein, UUM atau memoir Tun Mahathir. Dato' Radzi ni sepatutnya tak jadi ahli parlimen Kangar tapi nak bagi kepada Hashim Suboh, tapi dia pandai mainkan peranannya," kata beliau.

1 comment:

Anak Perelih said...

masa bah tahun ni yayasan Pok dan kasim sabotaj bantuan makanan bungkus yg disedia oleh kerajaan negeri menerusi UMNO kola perelih dan JKM...