Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, April 08, 2011

Pemuda PAS Perlis buat laporan Polis



KANGAR - Pemuda PAS Perlis melahirkan rasa kesal ke atas perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab menggantung lima helai kain sepanduk pada 6 April lalu berkaitan kes kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee.

Sepanduk berbunyi “Pembunuhan di MADI angkara PAS Perlis”, “Rakyat Perlis benci pembunuh adik Syazani oleh PAS “, “PAS Perlis bertanggungjawab atas kematian adik Syazani di sekolah PAS” telah digantung di beberapa tempat di Perlis.

Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'aakub berkata perbuatan ini dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi PAS.

"Kita menyatakan rasa kesal dengan perbuatan pihak terbabit sedangkan insiden yang berlaku lebih bersifat terpencil dan bukan menunjukkan PAS Perlis tidak bertanggungjawab sebagaimana yang cuba digambarkan.

"PAS Perlis telah berusaha dengan sebaiknya menjalankan tanggungjawab dengan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak keluarga pelajar, keluarga tertuduh serta pihak berkuasa bagi menguruskan kes ini. Kes ini sedang dalam siasatan dan biarlah ianya diputuskan melalui proses perundangan," katanya.

Sehubungan itu, beliau bersama-sama Exco Pemuda PAS telah membuat laporan polis di Balai Polis Kontinjen Kangar pada jam 4.15 petang hari yang sama untuk memohon sisatan diadakan bagi mengenalpasti pihak terbabit.

Adik Saiful Syazani, pelajar sekolah kelolaan PAS Perlis ini meninggal dunia 3 April lalu selepas koma selama tiga hari dipercayai telah didera oleh penyelia asrama sekolah terbabit yang kini ditahan reman oleh pihak polis.

1 comment:

Anak Perelih said...

banner ni nampak macam angkara puak puak yayasan Pok dan Kasim saja....