Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, August 12, 2009

Islam tidak halang hiburan

JEJAWI - Bentuk hiburan yang terbatas yang boleh mendidik dan menghidupkan jiwa, yang mengajak manusia berfikir, yang memberikan maklumat serta menjernihkan hati adalah dibenarkan oleh syarak.

"Ini dibuktikan melalui sirah Nabi S.a.w ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah, bilamana baginda tidak menghalang penduduk Madinah menyanyikan Talaal badru 'alaina ketika menyambut baginda," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Pentas Pemuda anjuran Dewan Pemuda PAS Perlis di Dataran MADI di sini 3 Ogos lalu.

Turut serta dalam program tersebut, Renggo iaitu bekas vokalis kumpulan Arrow yang telah menyampaikan beberapa buah lagu.

Menurut Nasruddin, Nabi s.a.w bukan saja terbuka sikapnya tapi membenarkan hiburan bagi menghidupkan suasana gembira dan segar agar tidak berjuang dalam suasana yang duka dan resah gelisah.

"Islam datang membataskan muzik dan hiburan agar tidak menjurus ke arah maksiat dan mungkar seperti lagu-lagu yang memuja nafsu, memuja arak dan memuja perkara-perkara mungkar yang diharamkan oleh syarak.

"Maka lagu-lagu seperti itu dibenci dan diharamkan oleh Islam. Tahniah kepada saudara
Renggo yang telah berjaya menampilkan satu hiburan yg dibenarkan syarak dan sekaligus menjawab tohmahan musuh bahawa Islam ini agama primitif yang tidak membenarkan sebarang bentuk hiburan sehingga anak-anak muda takut mendekati PAS.

"Menyertai perjuangan ini tidak menghalang kita melakukan aktiviti-aktiviti biasa dalam kehidupan, tinggal lagi yang dihalang oleh Islam ialah perkara-perkara yang boleh menjurus kita melakukan mungkar dan maksiat," katanya

1 comment:

mashoori said...

Mazhab yang empat: Hanafi, Maliki, Syafii, Hanbali telah sepakat bahawa alat muzik adalah haram, hanya dibenarkan memukul duff (kompang) pada majlis kahwin dan hari raya atas bentuk kekhususan.
Siapakah ustaz ini hendak menentang Imam al-Syafii, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal dan ulama2 salaf yang ramai dan lebih pandai daripada dia ni?! Ajaran yang menyeleweng daripada Ahlus Sunnah wal Jamaah, perlu dibenteras...

xpuas hati? emel: mashoori_salafi@yahoo.com