Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, May 20, 2009

Ustaz Hashim umum tidak bertanding Timbalan Ketua Dewan Ulama

KANGAR - Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Hashim Jasin menyatakan hasrat beliau untuk tidak bertanding mengekalkan jawatan tersebut walaupun mendapat pencalonan.

Pada 18 Mei lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali telah membuat pengumuman berhubung senarai penuh pencalonan bagi pemilihan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Muslimat.

Dalam pengumuman tersebut, Ustaz Hashim disenaraikan layak bertanding jawatan berkenaan bersama-sama dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob.

"Saya sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk berundur daripada jawatan Timbalan Ketua Dewan Ulama ini dalam mesyuarat jawatankuasa Dewan Ulama Pusat.

"Walaupun saya belum lagi menerima surat tawaran tersebut, namun hari ini saya mengumumkan menolak pencalonan tersebut," jelas beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis.

Sehubungan itu, Ustaz Hashim berharap agar Dato' Ahmad Yaakob tidak menolak pencalonan tersebut.

"Biarlah jawatan ini tidak dipertandingkan dan berilah peluang jawatan ini disandang oleh muka baru pula," katanya.

Ditanya tentang pencalonan beliau untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Hashim berkata beliau masih lagi mempertimbangkan untuk menerima pencalonan tersebut.

No comments: