Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, May 12, 2009

Pemuda PAS pikul tanggungjawab besar

ARAU - Ahli Pemuda PAS diingatkan bahawa amanah yang diberikan oleh pimpinan parti kepada Dewan Pemuda adalah besar dan perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, demikian amanat yang disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani.

Menurutnya, Pemuda PAS telah berjaya menunjukkan kewibawaan di pelbagai peringkat sehingga peranan yang telah dimainkan menjadai sebutan di kalangan masyarakat.


"Pemuda PAS memikul amanah yang besar dalam jemaah yang telah diletakkan oleh pimpinan parti. Kita kena jaga Pasti, pelajar-pelajar dari pelbagai peringkat umur dan Unit Amal.


"Malah Pemuda PAS juga bertanggungjawab dalam pelbagai program besar yang diadakan di peringkat nasional. Kitalah yang menerajui pelbagai program besar seperti himpunan Bersih dan lain-lain sehingga rata-rata orang bercakap kalau tak ada Pemuda PAS program tak jadi.

"Kita kena sedar bahawa tugas kita amat besar, kalau dibuat ala kadar dan buat main-main, kita tak mampu memikul tugas yang telah diamanahkan oleh kepimpinan parti. Kebaikan-kebaikan ini perlu terus digarap agar lebih baik pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya merasmikan Mukatamar Tahunan Kali ke-34 Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) di Dewan Amir Ramadhan, Jejawi Dalam di sini Ahad lalu.


Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan agar agenda tarbiah dalaman di kalangan ahli Pemuda PAS perlu terus diperkasakan selain menyeru agar pemilihan pimpinan parti perlulah menepati ciri-ciri kepimpinan gerakan Islam.

"Saya lihat sejak kebelakangan ini penekanan terhadap tarbiah di kalangan pemuda agak longgar. Bab politik kita hebat tapi pembinaan dalaman agak longgar.


"Tahun ini adalah tahun pemilihan parti. Kita dalam PAS ni, di samping tak habis duit tak memburukkan orang dan tak melobi, kita kena pilih orang yang amanah, walak dengan perjuangan, yang siqqah pada pimpinan, orang yang memahami dasar perjuangan dan orang yang sanggup berkorban serta sabar. Insya Allah kita akan diberikan kekuatan oleh Allah.

"Kita nak pilih pimpinan juga perlulah mengikut kebolehan masing-masing. Kalau letak tak kena tempat rosak parti," ujarnya.


No comments: