Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, May 25, 2009

Perjumpaan ramah-mesra PAS-DAP

Ramah-mesra PAS-DAP

Minum petang


KANGAR - PAS Perlis menghulurkan tangan sebagai tanda salam persahabatan dengan DAP selaku parti yang bersahabat di dalam Pakatan Rakyat.

Sebuah lembaran baru sejarah terlakar bila pimpinan PAS Perlis telah mengadakan mengadakan perjumpaan ramah-mesra dengan pimpinan DAP yang telah menubuhkan semula cawangan mereka di Perlis.

Pertemuan diadakan di Markas PAS Kawasan Kangar di sini dengan dihadiri oleh Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Ahmad Ali dan Abdul Karim Md Rejab.

Hadir sama dalam perjumpaan tersebut, Ahli Parlimen Kota Bahru, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah, Ketua Penerangan PAS Perlis, Hairy Hashim dan Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

DAP pula diwakili Penolong Setiausaha Organisasi parti, Thomas Su Keong Song. Beliau yang juga Adun Pasir Pinji, Perak kini menjadi Pengerusi DAP untuk Kedah-Perlis.

Beliau ditemani oleh Vincent Wu, Kho Teck Min dan wakil Perlis, Teh Seng Chuan.

Dalam perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk sama-sama merapatkan hubungan antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

Begitu juga, dalam perbincangan yang diadakan, PAS dan DAP bersetuju untuk sama-sama mengadakan program untuk bertemu dengan kaum Tionghua di negeri ini.

Baru-baru ini DAP membuat penampilan semula di Perlis selepas 24 tahun. Baca di sini

No comments: