Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Sunday, May 08, 2011

Utusan bermain api : Nasrudin Tantawi

KUALA LUMPUR, 8 Mei: Gempar seluruh negara apabila akhbar Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu seperti menyalakan api ketegangan antara agama ketika mencetus persoalan agama rasmi negara dengan spekulasi kononnya ada pihak tertentu yang berjuang untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi di negara ini.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, suatu fakta yang diketahui umum bahawa Perlembagaan negara telah memeteri Islam sebagai agama rasmi negara ini sementara ummat Islam pula masih menjadi golongan majoriti biarpun Malaysia adalah sebuah negara majmuk.

Justeru itu, katanya Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat.

Jelasnya, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya.

“Sungguhpun PAS menyertai ‘kerjasama politik’ bersama parti-parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini,” tegasnya.



Baca selanjutnya

Utusan makin melampau

Harakahdaily melaporkan...

KUALA LUMPUR, 7 Mei: PAS menggesa pihak keselamatan untuk bertindak terhadap laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa pemimpin-pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara kerana laporan tersebut langsung tiada logik dan tidak berasas.

“Dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli Parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut.

“Sehubungan itu, pihak keselamatan harus bertindak ke atas laporan yang diberi berdasarkan makluman tidak benar dan tidak logik ini,” gesa Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Laporan muka depan Utusan Malaysia hari bertajuk “Kristian agama rasmi?” ditulis berdasarkan tulisan dibawa beberapa blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Menjawab balas permainan Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim menyifatkan laporan tersebut tidak logik kerana sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang majoritinya Islam.

“Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut?

“Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara,” terang beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Baca selanjutnya

Sekolah mana Hishammuddin belajar DAP ganti PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS berpandangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang pembohong kerana mendakwa DAP menggantikan PAS.

Ketua Penrangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata Hishammuddin rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa Umno wajib diganti dengan PAS, maka jalan keluarnya ia memfitnah bahawa DAP ganti PAS supaya orang Islam menjauhkan diri dengan PAS.

Katanya, Hishammuddin berbohong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Pasir Putih Kelantan.

Jelasnya, realiti yang berlaku ialah MCA, MIC, Gerakan ganti Umno.

Contohnya, kata beliau Umno memberi kerusi parlimen Grik, Perak kepada Gerakan ketika pilihanraya 2008, walaupun pengundi Melayu hampir 65 peratus.

Beliau berkata, bagaimana seorang Naib Presiden Umno yang berucap dengan penuh amarah dan dengki tentang kemaraan PAS.

“Sekolah mana beliau belajar sampai tidak tahu beza PAS dengan DAP. Bagaimana DAP hendak mengganti PAS, sedangkan DAP hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, sama ada DAP melawan MCA, Gerakan, MIC,” katanya.

Katanya lagi, realiti yang berlaku ialah PAS lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS yang menang.

“Sekolah mana beliau belajar, Umno kalah dengan PAS, maka yang menang ialah DAP?” soalnya.

Justeru, katanya PAS mengharapkan Hishammuddin jangan nyanyuk sebelum sampai usia nyanyuk.

“Kalau nyanyuk hilang kelayakan hendak bertanding Timbalan Presiden Umno pula,” ujarnya

Friday, May 06, 2011

Ucapan sulung Ketua DPP Perlis

Berikut intipati ucapan sulung Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Yussaine Yahya pada Muktamar ke 36 yang berlangsung 1 Mei lalu:



1. Dewan Pemuda PAS bukan sekadar memimpin pemuda sahaja tetapi memimpin umat Islam untuk ikut ajaran Allah dan Rasul.

2. Mengajak para pimpinan dan perwakilan untuk sama-sama memimpin pemuda PAS di negeri Perlis.


3. Sebarang kekurangan dan kelemahan yang wujud dalam parti jangan dibebani ke atas seorang individu atau pimpinan sahaja, sebaliknya menjadi tanggungjawab semua.

Aziz Bari: Mufti Perlis naif, jahil sejarah politik

Dari Malaysiakini

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Abdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.

"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam.

"Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam.


Baca selanjutnya...

Thursday, May 05, 2011

Kenyataan Mufti keterlaluan : Ustaz Hashim

PAS Perlis sedia bekalkan maklumat kepada Juanda

KANGAR - Tuduhan mengatakan pihak yang menghalang usaha penyatuan PAS-Umno sebagai pengkhianat Islam adalah keterlaluan, kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya baru-baru ini, beliau meminta agar Sahibussamahah itu menyiasat terlebih dahulu kenapa PAS menolak pelawaan Umno.

"Dah terlalu banyak yang mereka (Umno) lakukan kepada PAS sebelum ini dan keadaan yang ada sekarang tidak membentuk suasana yang kondusif untuk kita bersama denga mereka.

"PAS pernah berpengalaman duduk bersama mereka dulu tetapi Umno sendiri tidak bersedia untuk mendengar pandangan PAS ke arah kebaikan negara dan Islam itu sendiri," ujarnya.

Selain itu, Ustaz Hashim melihat perwatakan Umno sejak dari dahulu tidak pernah berubah khususnya berkaitan dengan Islam.

"Umno sekarang samalah seperti dulu dari segi pegangan, perangai dan tingkahlaku. Jadi PAS tidak bersedia untuk digigit pada lubang yang sama sampai dua kali. Kita tak mahu pisang berbuah dua kali," jelasnya.

Untuk itu katanya lagi, PAS Perlis bersedia untuk membekalkan kepada Juanda maklumat-maklumat berkaitan penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno.

"Mengapa Dr Juanda tidak meletakkan syarat untuk perpaduan itu mengikut pandangan Islam dan bukannya perpaduan secara mutlak begitu saja? PAS Perlis bersedia untuk membekalkan kepada beliau maklumat yang menyebabkan pada masa ini kita masih menolak perpaduan dengan Umno," jelasnya.

Dr Juanda jangan gopoh

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 5 Mei: PAS terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya, Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) menasihatkan Sahibussamahah itu jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara itu.

Perlu diingatkan, katanya sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam.

Beliau berkata, sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.

“PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik,” ujarnya kepada Harakahdaily

PAS, jelasnya tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yan
g jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun.

Katanya, ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak.

“PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik.

“Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi,” ujarnya.

Wednesday, May 04, 2011

Rakyat diminta buat penilaian : Pj

KANGAR - Rakyat diminta membuat penilaian bagaimana PAS sebagai sebuah parti politik yang tidak berjuang untuk kepentingan diri sendiri, kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Menurut beliau, buktinya yang jelas dapat dilihat bila PAS tidak menunda pemilihan parti meskipun berhadapan denga kemungkinan diadakan pilihanraya umum (PRU) pada tahun ini.

"Menjelang PRU akan datang rakyat diseru menilai parti-parti politk yang ada khususnya Umno/BN itu sendiri, siapa sebenarnya yang betul-betul jujur nak jaga rakyat, siapa yang sebenarnya berjuang bukan kerana kepentingan diri dan siapa yang berjuang untuk menaikkan taraf hidup rakyat, parti mana?

"Maka jawapannya ada pada PAS. Pada tahun ini kita meneruskan pemilihan parti walaupun berhadapan PRU ke 13. Ini membuktikan kita mempunyai persediaan yang baik dan tidak bejuang untuk peribadi. Tidak seperti Umno yang menunda pemilihan parti kerana bimbang berlaku kekacauan di dalam parti mereka menjelang PRU akan datang," jelasnya.

Ustaz Hashim berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Muktamar Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Perlis yang diadakan di Kompleks PAS Perlis di sini, 30 April lalu.

Ketua-ketua Dewan sesi 2011-2013


KANGAR - Muktamar Dewan Ulama dan Pemuda PAS Perlis yang berlangsung 1 Mei lalu menyaksikan kedua-dua syap parti itu mendapat teraju baru bagi penggal 2011-2013.

Pada Muktamar ke 34 Dewan Ulama PAS Perlis yang berlangsung di Kompleks PAS Perlis, Ustaz Idris Yaakub telah dipilih sebagai ketua yang baru dan akan berganding dengan Ustaz Salleh Adam selaku Timbalan Ketua.

Manakala tiga muka baru dipilih secara syura untuk menerajui Pemuda PAS PAS Perlis. Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Yussaine Yahya dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Perlis yang baru. Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua akan menggantkan Ustaz Ya'akub Abu Seman yang akan meninggalkan Pemuda PAS kerana faktor usia.

Yussaine akan digandingkan dengan Timbalan yang baru, Ustaz Muhammad Azmir Azizan yang sebelum ini merupakan Setiausaha Pemuda PAS Perlis. Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kangar, Meor Hassan Sazali Meor Hajar dipilih selaku Naib Ketua.

Pemuda PAS Perlis mengadakan Muktamar kali ke 36 di Dewan Hotel Sri Mawarni Inn dekat sini.

Dalam pada itu, Dewan Muslimat PAS Perlis turut mengadakan Muktamar kali ke 36 di Dewan Dato' Dr Haron Din di Kompleks PAS Perlis. Tiada perubahan yang berlaku pada teraju utama apabila Latifah Mat kekal selaku ketua, Haton Othman selaku Timbalan Ketua dan Amnah Abd Rahman sebagai Naib Ketua.

Ajak bersatu, usaha Umno pecah perpaduan PR: Mat Sabu

KANGAR - Apabila Umno merasai sudah merasai kuasa politik mereka kian tergugat , pelbagai usaha dijalankan termasuk cuba memecahkan perpaduan di kalangan parti di dalam Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu melihat usaha Umno itu gagal kerana mereka selama ini dilihat sebagai sebuah parti yang gagal untuk menjaga kepentingan orang Melayu.

"Apabila dah tersepit barulah mereka sebut tentang perpaduan Melayu sedangkan merekalah jenis 'musang berbulu ayam dan ayam berbulu musang'. Merekalah yang bertanggungjawab mengkhianati pelbagai kepentingan Melayu di negara ini.

"Kadang-kadang mereka lupa siapa yang memerintah selama ini. Mereka bercakap seolah-olah kuasa yang ada di tangan DAP, di tangan orang lain sedangkan di tangan merekalah kuasa orang Melayu hilang" katanya berucap di majlis perasmian Muktamar Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Perlis.

Majlis diadakan di Kompleks PAS Perlis di sini 30 April lalu.

Menurut beliau lagi, masalah yang dihdapi oleh Umno sekarang ialah untuk mempertahankan kuasa yang dimiliki selama ini sehinggakan sanggup mempelawa DAP untuk menyertai kerajaan Umno/BN.

"Bila dilihat DAP menolak, mereka ajak pula PAS untuk bersatu dengan alasan DAP tidak berjuang Islam, Umno dan PAS pula berjuang Islam.

"Sebenarnya usaha-usaha ini adalah untuk memecahkan perpaduan kita di dalam Pakatan Rakyat kerana mereka melihat hasil perpaduan inilah timbulnya formula baru politik di Malaysia hingga dapat kita kuasai lima buah negeri,"ujarnya lagi

Tuesday, May 03, 2011

Ustaz Ya'akub: Dekati golongan muda seadanya mereka...

KANGAR - Dekati golongan muda dengan menerima seadanya mereka, demikian seruan yang dibuat mantan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Katanya, Pemuda PAS perlu meraikan setiap golongan muda dalam apa jua keadaan supaya mereka dapat mengenali dan mendekati PAS sekaligus memberikan sokongan di dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang.

"Jangan biarkan mereka menanam persepsi yang tidak betul kepada kita. Jangan biar mereka menganggap untuk bersam PAS haruslah berkopiah, berjubah atau berserban.

"Jangan biar ada pandangan sebegitu, kita kena rai dan menerima mereka seadanya dan dalam keadaan macamanapun kita kena dampingi mereka," katanya dalam ucapan penangguhan Muktanar Pemuda PAS Perlis kali ke 36, 1 Mei lalu.

Muktamar Pemuda PAS Perlis diadakan di Dewan Hotel Sri Mawarni Inn dekat sini.

Selain itu katanya, pemuda PAS perlu terus mempergiatkan usaha untuk mencari dan mendaftrakan pengundi baru dan mendekati semua pengundi termasuk yang telah didaftarkan oleh parti lain seperti Umno.

"Dekati mereka, termasuk pengundi yang telah didaftarkan oleh Umno/BN. Kita kena berikan perhatian kepada para pengundi khususnya yang pertama kali akan mengundi dalam PRU akan datang,"jelasnya.

Ustaz Ya'akub akan meninggalkan Pemuda PAS kerana faktor usia dan telah bekhidmat sebagai Ketua Pemuda PAS Perlis selama dua penggal dari tahun 2007.

Tips Mengundi Dalam Pilihanraya


Petikan Blog Dr MAZA


Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, atau yang sedang berlangsung di Sarawak sekarang. Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan.

Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli. Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamir oleh setiap parti yang bertanding.

Dalam salah satu artikel yang lepas, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia
mendapat dosa.

Baca selanjutnya…

Monday, May 02, 2011

Ustaz Yussaine Ketua baru DPP Perlis

KANGAR -Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Yussaine Yahya dipilih secara syura sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis yang baru.

Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua akan menggantkan Ustaz Ya'akub Abu Seman yang akan "bersara wajib" dari Pemuda PAS.

Yussaine akan digandingkan dengan Timbalan yang baru, Ustaz Muhammad Azmir Azizan yang sebelum ini merupakan Setiausaha Pemuda PAS Perlis.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kangar, Meor Hassan Sazali Meor Hajar juga terpilih selaku Naib Ketua.

Muktamar DPP Perlis ke 36

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Perlis kali ke 36 berlangsung di Dewan Hotel Sri Mawarni Inn pada 1 Mei lalu.


Saf pimpinan DPP Perlis Saf Pimpinan Khusyuk mendengar perbahasan perwakilan Wakil Arau


Wakil Kangar menyampaikan pandangan

Wakil Padang Besar berucap Ucapan terakhir Ustaz Ya'akub Ucapan sulung Ketua baru Anugerah Jasamu Dikenang Gambar kenangan

Foto Perasmian Muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Perlis

Perbarisan AMAL
Y.B. Rus'sele memeriksa Perbarisan

Perbarisan Nisa' Perlis

Ucaptama oleh Ketua Dewan Ulama'

Ucaptama Ketua Dewan Muslimat

Ucaptama Ketua Pemuda

Pesuruhjaya menyampaikan amanat

Ustaz Hashim menyampaikan anugerah Jasamu Dikenang Dewan Ulama' Pemuda Harapan 2011 (DPP Arau)


Ceramah oleh Bang Mat

Doa Wehdah

Thursday, April 28, 2011

GUARD SACKED AFTER WORKING FOR 36 HOURS

Bernama Melaporkan:

KANGAR, April 27 (Bernama) -- A security guard claiming to have worked 36 hours at a stretch was sacked by his employer four days ago without giving him proper notice.

Khamis Tehak, 54, who was stationed at Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan here for more than a month, alleged that his service was terminated only through a phone call from his employer on Sunday.

"I was told not to come to work anymore as I had been replaced by someone else," he said, here, today.

Khamis who lives in Pangsapuri Seri Sena, was unhappy with his employer's action and reported the matter to the Manpower Department on Monday.

He said the department advised him to continue working as there was no official letter on the termination of his employment.

However, Khamis said when he went back to work, his employer instructed him to write a resignation letter and asked him to go home.

"My employer alleged that I failed to record my patrolling time and had fallen asleep on duty on the night of April 13 after I did the 36 hours of
duty," he said.

He claimed that on that night there was no electricity due to a fire at one of the school''s buildings, and two colleagues also failed to write a report but were not sacked.

Khamis said he had now lost an income to support his wife and four children aged 13 to 26.

Dunia Hiburan Hipokrit, Bob Lokman Nekad Bersara

Petikan mStar Online

PETALING JAYA: Pelawak Bob Lokman, 47, akhirnya membuat keputusan muktamad untuk bersara sebagai seorang pelakon selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah selain menjadi ahli PAS.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sudah tidak mempercayai dunia hiburan yang dianggapnya sebagai hipokrit selain terdapat unsur-unsur yang tidak baik di dalamnya.

"Saya membuat keputusan untuk bersara kerana mendapati selama berkecimpung dalam dunia seni, banyak perkara yang tidak elok berlaku dalam bidang itu.

"Lagipun saya merasakan sekarang tibalah masanya untuk saya beralih menjadi seorang pendakwah," katanya kepada mStar Online, di sini, Rabu.

Bob yang pernah popular dengan lirik ciptaannya, Issabella nyanyian kumpulan Search memberitahu, dia tidak menyesal dengan keputusan tersebut walaupun rezekinya sebagai pendakwah tidak semewah berbanding ketika dia menjadi artis dahulu.

Bagaimanapun Bob yang mempunyai masalah penyakit Pankreas itu reda dengan hal itu demi mendapatkan hidayah dan berkat di dunia dan akhirat nanti.

Tambahnya, sejak 19 Februari lalu, dia kini lebih selesa berdakwah dan sekurang-kurangnya memberi ceramah sebanyak tiga kali sehari.

"Sebelum meninggal dunia, lebih baik saya melakukan amal jariah sebanyak yang mungkin. Sekurang-kurangnya, saya tidak mati dalam keadaan yang leka dan melakukan perkara yang sia-sia.

"Sebenarnya industri hiburan kita boleh menjadi lebih elok jika kita ubah sistemnya kerana Islam membenarkan umatnya melakukan apa sahaja tetapi dengan syarat-syarat tertentu," tuturnya.

Kata Bob, sejak bergelar seorang pendakwah, dia jarang bertemu dengan rakan-rakan artisnya melainkan mereka yang mendengar ceramahnya atau bertemu dia di masjid antaranya ialah Cico, Abu Bakar Omar, Wahid Senario, Adam AF dan Ahmad Fedtri Yahya

Jom pi mengaji



Hentikan Membodohkan Minda Melayu

Hari ini selasa 26hb April 2011, tajuk utama media cetak berbahasa Inggeris, New Straits Times memaparkan berita “Nasi lemak twice a week”. Akhbar The Star pula memaparkan berita “Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing Govt billion”. Akhbar bebahasa Manderin seperti China Press dan Sin Chew pula memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan. Akhbar berbahasa tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.

Malangnya tajuk berita utama media cetak berbahasa Melayu, Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama “Anwar Lelaki Y”, Berita Harian “Lelaki Y Anwar” dan Sinar Harian “Anwar Lelaki Y”. Akhbar bahasa Melayu mejoritinya mengambil kes liwat 2 Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama. Apakah yang menjadi keutamaan kepada berita ini? Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Bukankah cerita seumpama itu sangat tidak sesuai dengan anak-anak sekolah? Bukankah cerita tersebut belum lagi diputuskan oleh mahkamah tetapi hanya dakwaan pihak pendakwa sahaja? Soalnya mengapa ia menjadi tajuk utama? Apakah agenda disebalik isu tersebut ?

Tiada halangan jika berita aib dan meloyakan ini dimasukkan dalam berita kecil dalam akhbar seperti New Strait Time yang memuatkan dalam muka surat 6 dan The Star dalam muka surat 10. Tetapi apabila tajuk liwat diletakkan berkali-kali sebagai tajuk utama maka sebenarnya media berbahasa Melayu seolah-olah mendoktrinisasi minda orang-orang Melayu dengan isu seks. Sebahagian besar pembaca media Utusan Melayu, Berita Harian dan Sinar Harian adalah kelompok orang Melayu berpendidikan rendah dan tinggal di pinggir dan luar bandar. Sesetengah daripada mereka tidak berpeluang mendapat pendedahan terhadap media baru.

Saya fikir lebih wajar media arus perdana berbahasa melayu meletakan tajuk utama mengenai dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI). Orang Melayu sudah berdepan dengan masalah sosial khususnya anak muda yang terlibat dengan masalah seks bebas, dadah, arak, anak luar nikah, sumbang mahram, VCD lucah dan lain-lain lagi. Akhbar berbahasa Melayu seolah-olah kurang sensitif terhadap isu sosial yang sedang dihadapi oleh orang Melayu sekarang.

Secara umumnya media berbahasa Inggeris, Manderin dan Tamil yang pembacanya terdiri daripada kelompok Melayu kelas menengah ke atas, masyarakat Cina dan masyarakat India tidak dihidangkan dengan cerita aib dan meloyakan seperti media berbahasa Melayu. Secara perbandingannya seolah-olah mereka dihidangkan dengan isu-isu yang lebih bertamadun daripada kelompok masyarakat Melayu berpendidikan rendah. Saya memohon agar media arus perdana berbahasa Melayu menghentikan agenda membodohkan minda orang-orang Melayu ini. Sudah cukuplah penjajah membodohkan orang Melayu lebih 400 tahun. Hidangkanlah minda semua rakyat Malaysia dengan perkara yang segar dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

Tuesday, April 26, 2011

Buru Guru Sokong Pembangkang, Kebajikan Guru Terabai

Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran dibawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik babarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihanraya kecil Tenang. Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun.

Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai tuntutan perjalToanan yang dibuat oleh guru-guru di yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad Zarkashi untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid.

Sedangkan Tan Sri Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru, imbuhan bulanan RM500.00, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. Nampaknya sekarang siapa yang bangkrap? Sehingga peruntukan untuk Kementerian beliau tidak cukup.

Jika inilah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Kenapa Pengarah Pendidikan Johor Tuan Haji Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihanraya kecil Tenang.

Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalimi, cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi. Peringatan khas untuk Datuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Assyahid Syed Qutb buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu" Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, Sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang"


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat