KANGAR - Dekati golongan muda dengan menerima seadanya mereka, demikian seruan yang dibuat mantan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.
Katanya, Pemuda PAS perlu meraikan setiap golongan muda dalam apa jua keadaan supaya mereka dapat mengenali dan mendekati PAS sekaligus memberikan sokongan di dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang.
"Jangan biarkan mereka menanam persepsi yang tidak betul kepada kita. Jangan biar mereka menganggap untuk bersam PAS haruslah berkopiah, berjubah atau berserban.
"Jangan biar ada pandangan sebegitu, kita kena rai dan menerima mereka seadanya dan dalam keadaan macamanapun kita kena dampingi mereka," katanya dalam ucapan penangguhan Muktanar Pemuda PAS Perlis kali ke 36, 1 Mei lalu.
Muktamar Pemuda PAS Perlis diadakan di Dewan Hotel Sri Mawarni Inn dekat sini.
Selain itu katanya, pemuda PAS perlu terus mempergiatkan usaha untuk mencari dan mendaftrakan pengundi baru dan mendekati semua pengundi termasuk yang telah didaftarkan oleh parti lain seperti Umno.
"Dekati mereka, termasuk pengundi yang telah didaftarkan oleh Umno/BN. Kita kena berikan perhatian kepada para pengundi khususnya yang pertama kali akan mengundi dalam PRU akan datang,"jelasnya.
Ustaz Ya'akub akan meninggalkan Pemuda PAS kerana faktor usia dan telah bekhidmat sebagai Ketua Pemuda PAS Perlis selama dua penggal dari tahun 2007.
Alamat Baru Kami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment