Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, May 04, 2011

Ajak bersatu, usaha Umno pecah perpaduan PR: Mat Sabu

KANGAR - Apabila Umno merasai sudah merasai kuasa politik mereka kian tergugat , pelbagai usaha dijalankan termasuk cuba memecahkan perpaduan di kalangan parti di dalam Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu melihat usaha Umno itu gagal kerana mereka selama ini dilihat sebagai sebuah parti yang gagal untuk menjaga kepentingan orang Melayu.

"Apabila dah tersepit barulah mereka sebut tentang perpaduan Melayu sedangkan merekalah jenis 'musang berbulu ayam dan ayam berbulu musang'. Merekalah yang bertanggungjawab mengkhianati pelbagai kepentingan Melayu di negara ini.

"Kadang-kadang mereka lupa siapa yang memerintah selama ini. Mereka bercakap seolah-olah kuasa yang ada di tangan DAP, di tangan orang lain sedangkan di tangan merekalah kuasa orang Melayu hilang" katanya berucap di majlis perasmian Muktamar Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Perlis.

Majlis diadakan di Kompleks PAS Perlis di sini 30 April lalu.

Menurut beliau lagi, masalah yang dihdapi oleh Umno sekarang ialah untuk mempertahankan kuasa yang dimiliki selama ini sehinggakan sanggup mempelawa DAP untuk menyertai kerajaan Umno/BN.

"Bila dilihat DAP menolak, mereka ajak pula PAS untuk bersatu dengan alasan DAP tidak berjuang Islam, Umno dan PAS pula berjuang Islam.

"Sebenarnya usaha-usaha ini adalah untuk memecahkan perpaduan kita di dalam Pakatan Rakyat kerana mereka melihat hasil perpaduan inilah timbulnya formula baru politik di Malaysia hingga dapat kita kuasai lima buah negeri,"ujarnya lagi

No comments: