KANGAR - Sidang Dewan Undangan Negeri Perlis baru-baru ini digamatkan dengan gelagat dua orang wakil rakyat yang duduk bersebelahan iaitu Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) dan Khairi Hassan (BN-Mata Ayer).
Umum mengetahui sebelum ini, Kahiri adalah merupakan orang kuat Shahidan, tetapi pendiriannya dilihat agak kendur apabila Shahidan tidak lagi bergelar Menteri Besar.
Semasa berucap membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan Yang Pertama 2010 (tahun 2011) pada sidang 5 April lalu, Khairi telah beberapa kali diganggu oleh Shahidan yang bangun meminta penjelasan.
Menjawab tentang isu samada beliau akan dipilih sebagai calon atau tidak pada pilihanraya umum akan datang, Khairi berkata beliau reda untuk tidak dipilih semula.
Begitu juga Khairi berkata beliau dulunya adalah penyokong Shahidan tetapi bukan seorang yang fanatik.
"Pendekatan saya mudah, saya rela tidak dipilih semual sebagai calon. Saya kenang budi semua termasuklah mantan (Shahidan), tapi saya bukanlah fanatik.
"Saya bukan jenis orang yang menegur pemimpin dalam majlis macam ni. Nak tegur biarlah berhemah," ujarnya.
Selain itu Khairi turut menegur Shahidan yang secara terang-terangan melihatkan perbezaan pandangan dengan Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu.
"Dah dekat pilihanraya umum ni, saya tengok Tambun Tulang (Shahidan) berbeza pendapat dengan MB lagi. Susah kita nanti bila pembangkang ambil peluang.
"Kalau berbeza pendapat kita duduk berbincang jangan sampai pembangkang ambil peluang mengurangkan margin sokongan rakyat pada kita," katanya.

No comments:
Post a Comment