Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, April 18, 2011

Anuar Tahir, Y.B. Rus'sele kekal YDP


BESERI - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir kekal menerajui PAS Kawasan Padang Besar bagi sesi 2011-2013.

Dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan kali ke 17 yang diadakan di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa 16 April lalu, Mohd Anuar sekali lagi terpilih sebagai Yang Dipertua.

Beliau sekali lagi akan digandingkan dengan Wan Kharizal Wan Khazim selaku Timbalan Yang Dipertua.Sementara itu, jawatan Naib Yang Dipertua pula dimenangi oleh Ustaz Yahaya Ahmad.

Ustaz Azamhari Mahamood pula dipilih sebagai Ketua Urusan Ulama.


Sementara itu, semua 16 orang Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan yang dipilih merupakan muka lama.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat, Rus'sele Eizan akan menerajui PAS Kawasan Arau untuk sepenggal lagi. Beliau yang m
enang tanpa bertanding akan terus berganding dengan Mohamed Syukree selaku Timbalan Yang Dipertua dan Remlee Ahmad (muka baru) sebagai Naib Yang Dipertua.

Pemilihan di Arau juga menyaksikan hampir keseluruhan AJK sesi lalu kekal terpilih buat sepenggal lagi.

1 comment:

Anonymous said...

dengar cerita, pengendalian pemilihan AJK kaw Arau oleh SPR cukup teruk. sudahlah pendaftaran pagi tu lambat macam kura-kura