Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, April 08, 2011

Kerja dengan tanggungjawab kepada Allah : Ustaz Hashim


KANGAR - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang)menyeru agar setiap pemegang jawatan samada wakil rakyat mahupun pegawai kerajaan bekerja dengan berlandaskan tanggungjawab kepada Allah.

Menurutnya, jika sifat ini tidak disematkan di dalam dada setiap individu yang memgang amanah, pentadbiran negeri akan menjadi kucar-kacir.

"Tidak kiralah apa jawatan kita samada Menteri Besar, Exco atau Pengarah Jabatan, kita kena bertanggungjawab dengan Allah. "Sebab itu apa yang dibangkitkan tentang kegelisahan yang dihadapi oleh pengurusan dan pentadbiran kerana sebahagian dari kita tidak terasa yang mereka bertanggungjawab dengan Allah," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan Yang Pertama 2010 (tahun 2011) pada sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 5 April lalu.

Ustaz Hashim turut memberikan contoh bagaimana sesuatu projek yang dijalankan oleh kerajaan dilihat tidak memberikan manfaat malahan merugikan wang rakyat.

"Contonhya, kita semua tahu di Simpang Empat sudah mempunyai perpustakaan dan tidak jauh dari situ bersebelahan masjid Bongor Kudong juga ada bilik bacaan yang saua lihat jarang digunakan, mengapa dibuat pula sebuah lagi di tengah bendang di Jalan Teras Umno berhmapiran Bongor Kudong juga?," soalnya.

Dalam ucapan yang sama, Ustaz Hashim menyeru pihak kerajaan negeri berusaha ke arah amalan perbelanjaan berhemah dalam pentadbiran dengan menilai setiap perbuatan itu berdasarkan apa yang dinilai oleh Allah.

No comments: