Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, October 05, 2009

PAS Perlis edar kuih bulan kepada masyarakat Cina

KANGAR - Sempena Perayaan Kuih Bulan oleh masyarakat Cina, Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Perlis mengambil peluang untuk bersama-sama berkongsi kemeriahan sambutan ini dengan mengedarkan kuih bulan di sekitar bandar Kangar pada 3 Oktober lalu.

Pengerusi LPN PAS Perlis, Hairy Hashim bersama-sama Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs), Ustaz Ya'akub Abu Seman turun padang untuk mengedarkan kuih bulan kepada masyarakat Cina di bandar ini.

Turut sama mengedarkan kuih bulan ini, Ahli Badan Perhubungan PAS Perlis, Abdul Jamil Kamis serta barisan Exco DPPPs.

Ustaz Ya'akub di sebuah restoran Cina

Abdul Jamil mengedarkan kuih bulan kepada tokey motosikal
dekat Sri Mahkota

Ustaz Ya'akub di sebuah kedai menjual CD

Hairy Hashim turut mengedarkan kuih bulan

Tokey ni teruja mendapat kuih bulan. Lepas ni kami pangkah bulan pula

Rata-rata kaum Cina yang menerima kuih bulan ini teruja dengan keprihatinan PAS dengan sambutan tradisi kaum mereka.

Ada yang menyatakan,"lepas dapat kuih bulan nanti kami pangkah bulan pula".

Kuih bulan turut diedarkan di seluruh Perlis kepada masyarakat Cina yang tinggal di pekan Kaki Bukit, Beseri, Pauh dan Simpang Empat.

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah. Pas Perlis Hebat.

Anonymous said...

Pimpinan Pas Perlis dah turun padang. Pkr Perlis bila lagi? Sepatutnya urusan dengan masyarakat cina dibuat oleh Pkr Perlis. Pkr perlis masih tidoq ka atau dah mampus!!!

Anonymous said...

Pimpinan Pas Perlis dah turun padang. Pkr Perlis bila lagi? Sepatutnya urusan dengan masyarakat cina dibuat oleh Pkr Perlis. Pkr perlis masih tidoq ka atau dah mampus!!!

Anonymous said...

Pkr Perlih dok ganyang sama sendiri. Otak tak bersih macam itu laa. Nampak Gambar Pakcik Hairi salam dengan pompuan cina mana?