KANGAR - Kenyataan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Penanti adalah taktik Umno/Bn untuk meraih simpati rakyat khususnya para pengundi di Dun tersebut.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Abdul Karim Md Rejab ketika diminta mengulas perkara demikian.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perlis menyiftakan kenyataan Najib itu adalah sebagai muslihat awal Umno/BN sebelum berhadapan dengan PRK yang akan diadakan kelak.
"Mula-mula mereka akan bangkitkan isu PRK yang diadakan terlalu kerap sebagai satu pembaziran supaya rakyat dan pengundi di Penanti akan berasa simpati, macamlah mereka (Umno/BN) tidak melakukan pembaziran.
"Begitu juga mereka membangkitkan isu perletakan jawatan oleh Adun berkenaan seolaah-olah beliau tidak serius memegang jawatannya sebelum ini,"ujarnya.
Secara peribadi beliau tidak nampak Umno/BN akan menarik diri dari bertanding di dalam PRK Dun Penanti.
Begitu juga beliau menasihatkan agar para pengundi supaya tidak terpengaruh dengan sandiwara yang dimainkan ini.
"Saya tak nampak Umno/BN akan menarik diri dari bertanding. Rakyat dan para pengundi janganlah terpedaya dengan mainan mereka ini.
"Ini adalah satu muslihat awal mereka dengan melontarkan isu bagi menarik simpati rakyat,"kayanya lagi.
No comments:
Post a Comment