Kisahnya, ketika puluhan wartawan dan jurufoto bersedia menunggu kepulangan bekas Exco Kedah dan Adun Bukit Selambau, V. Arumugam di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu pun turun dari kapal terbang yang sama.
Semasa dia keluar, tidak ramai yang perasan bahawa dia adalah MB Perlis... mungkin semua sibuk menunggu Arumugam kot...
Mujurah ada dua orang wartawan dari Perlis yang menegurnya...
Lepas tu ada pulak yang buat lawak, tanya "Di Perlis tak ada airport ka???"...
Tak lama selepas itu, Arumugam pun muncul... Disambut dengan paluan gendang dan tiupan serunai oleh kaum India. Dikalungkan bunga malai...
Disambut pula oleh Speaker Dun Kedah dan Adun baru Bukit Selambau, S.Manikumar..
No comments:
Post a Comment