Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, April 30, 2009

PAS Arau umum Jawatankuasa Harian

ARAU- PAS Kawasan Arau mengemukakan barisan kepimpinan baru bagi mengisi Jawatankuasa Harian mereka.

Dalam mesyuarat yang berlangsung hujung minggu lalu, Yang DiPertua PAS Kawasan Arau ugas yang baru, Rus'sele Eizan mengumumkan Solahuddin Azmi sebagai Setiausaha PAS Kawasan yang baru.

Solahuddin (foto kanan), 35, sebelum ini bertugas sebagai Setiuasaha Kerja Jabatan Pilihanraya PAS Perlis selain menjadi Ketua Pemuda Dun Sanglang.

Sementa
ra itu, Fadzil Abu Seman (foto kiri) pula dilantik sebagai Bendahari PAS Kawasan. Beliau berpengalaman sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Arau dan pernah menjadi Exco Dewan Pemuda PAS Perlis.

Melengkapkan Jawatankuasa Harian, Husin Jamil pula dilantik sebagai Ketua Penerangan dan Ismail Ahmad sebagai Penolong Setiausaha.

Dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Arau 18 April lalu, Rus'sele menang sebagai Yang Dipertua dan akan dibantu oleh Mohamad Shukri dan Othman Muhammad selku Timbalan dan Naib Yang Dipertua.

Tiga orang lagi yang akan mengisi Jawatankuasa Harian PAS Kawasan ialah Ketua Dewan Pemuda, Kaharuddin Mohamad, Ketua Dewan Muslimat, Latifah Mat dan Ketua Urusan Ulama, Ustaz Roszairani Ahmad.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah kepada SU Arau yang baru.
PRU 12 Arau dapat 2 DUN. PRU 13 berapa boleh tambah ka. SU Arau kena pulun kuat kerjaaa, kurangkan makannnn. badan sihat. he he he