Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, April 30, 2009

Tokoh Pemuda PAS sokong anak Nik Aziz



Petikan dari Malaysiakini

Kritikan pedas anak mursyidul am PAS terhadap terhadap pembantu bapanya Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu kerajaan perpaduan kini bukan lagi pandangan peribadi tetapi mewakili sentimen satu aliran tertentu.

Selain mempertahankan pandangan Nik Abduh Nik Aziz, timbalan ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan turut mengingatkan mereka yang termakan cili supaya "usahlah rasa resah dan panas tidak semena-mena".

"Pendedahan atau penjelasan ustaz Nik Abduh bukan untuk saudara. Ustaz Nik Abduh mesti bertanggungjawab atas dakwaannya. Jika benar (dakwaannya), ertinya beliau telah menegakkan yang hak. Dan Allah tahu ganjaran apa untuk beliau.

"Demikianlah sebaliknya, jika beliau salah dan sengaja mereka-reka cerita dan (membuat) dakwaan, maka Allah pasti tidak lalai dan terpengaruh dengan setiap kalimah indah tulisan beliau.

"Tentu sahaja beliau pula akan menerima azabnya," coretnya, yang disebut-sebut berminat mengetuai Dewan Pemuda PAS, dalam blog Episod Sebuah Perjuangan kelmarin.

Minggu lepas, exco Pemuda itu menghentam pembantu bapanya yang didakwanya mendorong Nik Aziz menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Awang.

Dalam artikel yang sama, Nik Abduh juga menyifatkan pembantu-pembantu Nik Aziz sebagai "mereka yang hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup', lalu mendakwa diri mereka pun ulama juga".

Mengulas lanjut, Nasrudin menyifatkan tulisan Nik Abduh sebagai reaksi yang "mungkin tertekan atau kecewa melihat ayahnya diperlagakan secara langsung atau tidak langsung dengan presiden PAS."

Usaha melaga-lagakan itu, tambahnya, antaranya boleh ditemui dalam komentar pelbagai pihak di internet.

"Kalau saudara melayari blog dan laman web (tanpa perlu saya menyebut nama blog atau tuan empunya laman web terbabit), nescaya saudara akan ketemui unsur-unsur ini secara jelas dan ketara sehingga saya sendiri berasa tidak sedap duduk walaupun kedua-dua tok guru ini bukanlah ayah saya.

"Kalau mereka ayah saya, rasanya mungkin saya akan 'mengamuk' lebih hebat dari ustaz Nik Abduh," coretnya.

PAS sejak tahun lalu berdepan pergeseran terbuka para pemimpin atasannya - termasuk antara Nik Aziz dan Abdul Hadi - berhubung beberapa isu penting, antaranya muzakarah dengan Umno dan kerajaan perpaduan dengan BN.

Pergeseran ini memunculkan istilah "kumpulan Erdogan" yang menentang usaha muzakarah dan kerajaan perpaduan dan satu aliran lagi yang pro-Abdul Hadi, yang mendukung kedua-dua idea tersebut.

Berhubung isu kerajaan perpaduan dan muqabalah PAS dengan BN, Nasrudin berkata isu itu sering timbul walaupun "tidak pernah berbangkit isu PAS masuk BN".

Beliau berkata, "sentimen bahawa tok guru mursyidul am (Nik Aziz) murka kepada tok guru presiden (Abdul Hadi)" bertujuan "melaga-lagakan" dua pemimpin utama dalam PAS itu.

"Seolah-olah mereka (pihak yang ingin melagakan) sengaja buat tidak faham. Makin dinafi, makin kuat fitnah mengatakan tok guru (Abdul Hadi) nak bawa PAS masuk BN," katanya.

Sementara itu, sebagai reaksi terhadap tulisan Nik Abduh pada 24 April lalu, Dewan Ulama PAS pula menggesa anggota-anggota parti itu tidak menjadikan blog sebagai medan mendedahkan keburukan orang lain.

Ketuanya Mohamed Daud berkata, tindakan itu dikhuatiri memberikan kesan negatif serta "memberi ruang kepada musuh mempermainkan isu terbabit", lapor media rasmi parti Harakahdaily.net hari ini.

Berhubung isu kerajaan perpaduan PAS dengan BN, Mohamed berkata, dewan itu tiada masalah menyokongnya "sekiranya perundangan negara dan ekonomi berjalan mengikut lunas-lunas Islam."

Bagaimanapun, beliau menolak tindakan mengeluarkan kenyataan terbuka berhubung itu kerana ia hanya akan diputuskan dalam muktamar parti itu, Jun nanti.

PAS Arau umum Jawatankuasa Harian

ARAU- PAS Kawasan Arau mengemukakan barisan kepimpinan baru bagi mengisi Jawatankuasa Harian mereka.

Dalam mesyuarat yang berlangsung hujung minggu lalu, Yang DiPertua PAS Kawasan Arau ugas yang baru, Rus'sele Eizan mengumumkan Solahuddin Azmi sebagai Setiausaha PAS Kawasan yang baru.

Solahuddin (foto kanan), 35, sebelum ini bertugas sebagai Setiuasaha Kerja Jabatan Pilihanraya PAS Perlis selain menjadi Ketua Pemuda Dun Sanglang.

Sementa
ra itu, Fadzil Abu Seman (foto kiri) pula dilantik sebagai Bendahari PAS Kawasan. Beliau berpengalaman sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Arau dan pernah menjadi Exco Dewan Pemuda PAS Perlis.

Melengkapkan Jawatankuasa Harian, Husin Jamil pula dilantik sebagai Ketua Penerangan dan Ismail Ahmad sebagai Penolong Setiausaha.

Dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Arau 18 April lalu, Rus'sele menang sebagai Yang Dipertua dan akan dibantu oleh Mohamad Shukri dan Othman Muhammad selku Timbalan dan Naib Yang Dipertua.

Tiga orang lagi yang akan mengisi Jawatankuasa Harian PAS Kawasan ialah Ketua Dewan Pemuda, Kaharuddin Mohamad, Ketua Dewan Muslimat, Latifah Mat dan Ketua Urusan Ulama, Ustaz Roszairani Ahmad.

Monday, April 27, 2009

PAS Kawasan Kangar : 3 jawatan tertinggi kekal

KANGAR - Hairy Hashim kekal memegang jawatan Yang DiPertua PAS Kawasan Kangar dan akan dibantu oleh Haji Abdul Zakaria dan Hassan Ismail selaku Timbalan dan Naib Yang DiPertua.

Dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kangar kali ke-34 yang diadakan di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam semalam, ketiga-tiga jawatan tersebut dimenangi tanpa bertanding.

Selain itu, Ustaz Salleh Adam juga kekal sebagai Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kangar semalam dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri KEdah, Dr Ismail Salleh.

Muktamar: Jangan kecil hati jika tak terpilih

KANGAR - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz hashim Jasin melihat kaedah syura adalah amalan yang terbaik diamalkan dalam pemilihan pimpinan PAS.

Bagaimanapun katanya, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat pilihan mana-mana pimpinan yang dirasakan mampu untuk menerajui parti.

"Syura adalah jalan terbaik. Dalam memilih pemimpin, kalau boleh dibuat secara syura itu lebih baik, tapi jika tak boleh, kenalah buat pemilihan,"jelasnya mengulas tentang pemilihan pucuk pimpinan parti dalam Muktamar Agung PAS yang akan berlansung tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Ustaz Hashim juga menasihatkan ahli-ahli PAS agar tidak terpengaruh dengan permainan media yang cuba melaga-lagakan antara pimpinan PAS.

"Dalam PAS tidak ada puak-puak tertentu. Ada orang cuba lagakan Presiden dengan Mursyidul Am, ada yang menyebut tentang kumpulan Erdogan dan sebagainya, ini adalah mainan pihak media.

"Jadi, ahli PAS janganlah terpengaruh dengan isu yang cuba dimainkan ini. Pemilihan dalam PAS bukannya macam dalam Umno. Sekarang ni bulan April, Muktamar pula bulan Jun, tak sampai dua bulan pun.

"Kita dalam PAS ni masih bercakap tentang keterbukaan, siapapun boleh bertanding jawatan parti. Tapi kalau dalam Umno masa inilah mereka dah sibuk berkempen,"ujarnya.

Mengulas lanjut, Ustaz Hashim mahu setiap ahli PAS bersikap bersih hati dengan menyokong siapa sahaja yang dipilih dalam pemilihan parti di semua peringkat.

"Bagi yang tidak terpilih pula janganlah berkecil hati. Ruang untuk bekerja di dalam jemaah begitu luas. Jangan jadikan kekalahan di dalam pemilihan untuk meminggirkan diri dari kerja-kerja jemaah," serunya.

PRK Penanti: Tak sertai pilihanraya, helah BN raih simpati

KANGAR - Kenyataan  Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Penanti adalah taktik Umno/Bn untuk meraih simpati rakyat khususnya para pengundi di Dun tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Abdul Karim Md Rejab ketika diminta mengulas perkara demikian.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perlis menyiftakan kenyataan Najib itu adalah sebagai muslihat awal Umno/BN sebelum berhadapan dengan PRK yang akan diadakan kelak.

"Mula-mula mereka akan bangkitkan isu PRK yang diadakan terlalu kerap sebagai satu pembaziran supaya rakyat dan pengundi di Penanti akan berasa simpati, macamlah mereka (Umno/BN) tidak melakukan pembaziran.

"Begitu juga mereka membangkitkan isu perletakan jawatan oleh Adun berkenaan seolaah-olah beliau tidak serius memegang jawatannya sebelum ini,"ujarnya.

Secara peribadi beliau tidak nampak Umno/BN akan menarik diri dari bertanding di dalam PRK Dun Penanti.

Begitu juga beliau menasihatkan agar para pengundi supaya tidak terpengaruh dengan sandiwara yang dimainkan ini.

"Saya tak nampak Umno/BN akan menarik diri dari bertanding. Rakyat dan para pengundi janganlah terpedaya dengan mainan mereka ini.

"Ini adalah satu muslihat awal mereka dengan melontarkan isu bagi menarik simpati rakyat,"kayanya lagi.

Tuesday, April 21, 2009

KULIAH MAGHRIB BULANAN

Disampaikan oleh:
DATO' DR HARON DIN
(Timbalan Mursyidul Am PAS)


PADA HARI SABTU
25 APRIL 2009
Di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam, Perlis
Jam 7.30 malam

Jom Pi Dengag Ceramah!!!


Sunday, April 19, 2009

Kepimpinan baru di Padang Besar dan Arau

PAS Kawasan Padang Besar dan Arau yang bermesyuarat Agung semalam telah mendapat kepimpinan baru yang akan menerajui kawasan masing-masing bagi sesi 2009-2011.

Di Padang Besar, AJK PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir dipiliha sebagai Yang DiPertua dan akan dibantu oleh Wan Kharizal Wan Khazim selaku Timbalan Yang DIPertua dan Abdul Halim Ali sebagai Naib Yang DiPertua.

Wan Kharizal dan Abdul Halim menang tanpa bertanding.

Manakala 16 orang AJK yang dipilih pula hampir keseluruhannya terdiri dari muka lama.

Sementara itu, di Arau, Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan dipilih sebagai Yang DiPertua.

Mohd Shukri pula dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua dan Othman Mohamad menang tanpa bertanding jawatan Naib Yang DiPertua.

Friday, April 17, 2009

Selamat bermesyuarat Agung

PAS Kawasan Padang Besar dan Arau akan mengadakan Mesyuarat Agung masing-masing esok, Sabtu, 18 April.

PAS Padang Besar akan bermesyuarat agung di Markas PAS Kawasan di Santan, manakala PAS Arau pula di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam.

Mesyuarat Agung PAS Padang Besar akan dirasmikan oleh AJK PAS Pusat, Haji Mohd Anuar Tahir dan di Arau pula, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin sendiri yang akan merasmikannya.

Pada tahun ini, di kedua-dua kawasan dijangkakan akan berlaku beberapa perubahan dalam saf pimpinan.

Semoga para perwakilan dapat membuat pilihan yang terbaik dan matang bagi menjamin kelangsungan pimpinan PAS yang mampu membawa PAS dengan halatuju yang lebih baik selaras dengan kehendak parti dan perjuangan menegakkan Islam di negara kita.

Selamat bermesyuarat agung dari Dewan Pemuda PAS Perlis. "Islam Berdaulat, Rakyat Selamat"

Wednesday, April 15, 2009

Sidang DUN Perlis: Adun Pas dakwa tak dapat gaji

Petikan Berita Harian

YB Sanglang minta isu diteliti selepas diisytihar menang sejak September 

KANGAR:  Hashim Jasin (PAS-Sanglang) menggemparkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis semalam apabila mendakwa tidak menerima apa-apa bayaran, termasuk gaji daripada kerajaan negeri bagi jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang disandangnya sejak September lalu. 

Malah, Hashim ketika sesi penggulungan hujah, semalam turut memberitahu DUN tunggakan pencen yang dikatakan akan dibayar kerajaan negeri kepadanya selepas ditandatangani baru-baru ini, juga tidak diterima sehingga menyukarkan beliau untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Adun.

"Saya tidak tahu di mana silapnya kerana mustahil kerajaan negeri terlalu miskin sehingga tidak mampu membayar gaji seorang Adun atau mungkin gaji yang sepatutnya saya terima masih dibayar kepada wakil rakyat terdahulu (Abdulllah Hassan), sedangkan terbukti kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, tidak sah. 

"Saya bukan pentingkan diri sendiri kerana wang gaji yang saya terima itu akhirnya akan disalurkan kepada rakyat juga. Malah, ada gaji atau tidak, saya tetap perlu jalankan amanah sebagai wakil rakyat seperti dipertanggungjawabkan. 

"Justeru, saya minta kerajaan negeri melihat isu ini sebaik mungkin bagi membolehkan saya menjalankan tanggungjawab dengan sempurna," katanya.

Untuk rekod, kerusi DUN Sanglang dalam PRU ke-12 lalu diisytihar dimenangi Abdullah sebagai calon BN. Bagaimanapun, ia diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi Kangar, berikutan petisyen difailkan Hashim. 

Kes itu kemudian dimajukan kepada Mahkamah Persekutuan untuk rayuan, sebelum mahkamah mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang yang sah pada 16 September 2009 dan disusuli pelantikan beliau sebagai Adun Sanglang. 

Monday, April 13, 2009

Md Isa 'produk haram' Umno, kata Hashim


Malaysiakini melaporkan Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh menyatakan Datuk Seri Shahidan Kassim sepatutnya menjadi menteri besar kerana beliau dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis.

Sambil menyifatkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram" tradisi Umno, Hashim berkata, menteri besar itu harus melihat sejarah Umno di mana pengerusi perhubungan negeri, selalunya dilantik memegang jawatan tersebut.

"Salah faham oleh Md Isa. Pengerusi perhubungan sepatutnya jadi MB.

"Amalan dalam parti Umno, jawatan MB diserahkan kepada pengerusi perhubungan negeri. (Md Isa dilantik) MB masuk jalan bagaimana?” kata Hashim, mengulas kenyataan Md Isa yang mahu menteri besar turut dilantik sebagai pengerusi perhubungan bagi memudahkan penyelarasan.

"Beliau jadi MB bukan mengikut norma dan sistem dalam Umno. Dia adalah 'produk haram' dalam sistem parti.

"Md Isa tak ada merit untuk cakap (soal ini) kerana dia langgar sistem dan peraturan parti," tambah Hashim.

Md Isa berkata demikian semalam sebagai mengulas cadangan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mahukan jawatan pengerusi perhubungan Umno negeri dikembalikan kepada menteri besar.


Peneraju Umno negeri

Md Isa dilaporkan berkata, sewajarnya pentadbiran dan politik berada di bawah satu kepimpinan di peringkat negeri.

Menurut Md Isa lagi, jika menteri besar atau ketua menteri tidak dilantik sebagai pengerusi badan perhubungan Umno, sudah pasti penyelarasan sukar dilakukan dalam hal-hal pentadbiran berkaitan politik.

"Terpulang kepada presiden Umno untuk menentukan siapa yang akan dilantiknya sebagai peneraju Umno di negeri ini," Md Isa dipetik berkata.

Hashim berkata lagi, Md Isa menjadi menteri besar kerana lapan ADUN BN negeri itu – daripada 15 wakil rakyat - membuat keputusan yang bercanggah dengan keputusan parti yang mahukan Shahidan meneruskan jawatannya sebagai menteri besar selepas pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Sambil menyifatkan kenyataan Md Isa itu sebagai "amat pelik" dan "memutar belit sejarah", Hashim berkata, kenyataan menteri besar itu juga bercanggah dengan hasrat Umno untuk melakukan transformasi.

"Md Isa perlu berhenti bercakap perkara tersebut, kerana kenyataan tersebut bercanggah dalam era tranformasi dalam Umno," katanya.

'Tumpu pada tugas'

Beliau menasihatkan ADUN Bintong itu menumpukan tugas beliau untuk memajukan Perlis, di samping berlapang dada dengan mengiktiraf jasa Shahidan sewaktu memegang jawatan tersebut.

"Tak perlu bergaduh. Sepatutnya beliau tarik (pemimpin Umno negeri) bekerja bersama-sama, bukan bertindak meminggir dan menyisihkan orang yang dilihat rapat dengan Shahidan," katanya.

Walaupun lebih setahun sebagai menteri besar Perlis, Md Isa belum lagi dilantik pengerusi badan perhubungan Umno seperti tradisi di negeri-negeri lain.

Md Isa dan Shahidan terperangkap dalam perang politik susulan keputusan mengejut istana Arau membelakangkan bekas menteri besar itu selepas BN menguasai kembali Perlis, Mac tahun lepas.

Gejala yang sama berlaku di Terengganu apabila istana mengangkat Datuk Ahmad Said bagi menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.

Bagaimanapun Idris melepaskan jawatan pengerusi badan perhubungan Umno kepada Ahmad tidak lama selepas itu.

Terkini dari Dewan Undangan Negeri Perlis

Sidang Dun Perlis pagi tadi menyaksikan Shahidan sekali lagi menguasai suasana dewan dengan berucap lebih sejam.

Dalam ucapannya beliau seperti biasa melalut tentang apa yang pernah dibuatnya dahulu.

Beliau juga menyuarakan ketidakpuasan hati tentang beberapa perkara termasuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan perlantikan JKKK baru.

Selain menghentam dua orang wakil PAS di DUN Perlis, beliau hanya membangkitkan perkara-perkara lama yang menjelekkan orang-ramai yang hadir termasuk di kalangan Ahli Dewan sendiri.

Pada awal ucapannya, beliau turut bertelagah dengan Adun Santan yang juga Exco Kerajaan Negeri, Sabry Ahmad....

Apapun bila ditanya oleh Adun PAS dari Simpang Empat, Rus'sele Eizan tentang samada beliau bersedia bersetuju jawatan Pengerusi Perhubungan Umno diserahkan kepada Md Isa, Shahidan berkata beliau tidak kisah....

Laporan lanjut menyusul .........

Sunday, April 12, 2009

Kecelaruan Penstrukturan Kabinet

Ramai yang rasanya pening kepala dengan penstrukturan serta penyerapan sesetengah jabatan dengan kementerian yang menyerapnya. Sesetengah daripadanya nampak seperti tidak teratur dan efisyen tanpa ada Ketua Setiausaha untuk mengepalainya.

Contoh yang ingin aku kemukakan ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).

Mengapakah kementerian ini dibubarkan? Bukankah asal penubuhan MECD untuk membantu golongan usahawan terutamanya golongan bumiputera dalam bidang perniagaan?

Wajarkah sebuah kementerian yang sebelum ini menyelia dan menyalurkan pelbagai jenis bantuan kepada usahawan baru untuk mendapat lesen, pinjaman, latihan dan bimbingan di bawah satu bumbung dipecah serta dipisahkan?

Mara dan koperasi kini diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, manakala LPKP di bawah JPM dan PKK di bawah JKR. Jelas bahawa keputusan ini bukannya bertujuan untuk memudahkan rakyat, sebaliknya menyusahkan rakyat yang terpaksa berurusan dengan pelbagai kementerian berlainan.

Apakah rakyat terlalu paloi untuk menilai penyerapan agensi-agensi ini, ke kementerian berlainan yang langsung tiada kena mengena dengan jabatan serta aktiviti mereka? Persoalannya, berapa banyak koperasi yang hendak di antarabangsakan? Adakah Mara ditubuhkan semata-mata untuk membantu perniagaan antarabangsa dan bukannya untuk membantu peniaagaan Melayu tempatan? Banyak sangat ke orang Melayu yang berniaga hingga ke luar negara? Atau mungkinkah hanya Melayu yang berniaga di peringkat global sahaja yang hendak dibiayai oleh Mara?

Begitu jugalah halnya dengan LPKP, mengapa ia tidak diletakkan saja di bawah Kementerian Pengangkutan seperti PKK yang diletakkan di bawah JKR?

Janganlah sewenang-wenangnya menukar sesebuah kementerian tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat. Adakah ini sifat sebuah kerajaan yang mesra rakyat?

Kononnya wujud PSI bagi Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik? Bagaimana pula PSI di kalangan kakitangan awam? Bukankah mereka juga memainkan peranan penting sebagai pelaksana dasar kerajaan?

Lu fikirlah sendiri.....

JAMIL KHIR SEBAGAI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI UNTUK BACA TALQIN

Dipetik dari blog Ustaz Idris Ahmad

Confirm Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Umno. Kawan lama saya sewaktu di Maktab Mahmud Alor Setar. Kemudian beliau belajar di Akademik Islam Universiti Malaya. Dia senior saya 2 tahun. Bapa dan adik beliau Pas totok. Ayah pernah menjadi AJK Pas Kawasan Jerai. Adiknya pula pernah menjadi Ketua Pemuda Pas Kawasan.


Saya pernah diberitahu oleh Kapten (B) Ustaz Jamsari (Pengarah Unit Amal Pusat), bahawa Jamil Khir ini kaki mengampu dalam KAGAT. Kami yang berfikrah Pas dalam Kagat, cukup menyampah dengan beliau dan mereka beritahu kepada saya memang dia Umno.


Saturday, April 11, 2009

Kisah MB Perlis dan Arumugam

Kesian dengan Menteri Besar Perlis...

Kisahnya, ketika puluhan wartawan dan jurufoto bersedia menunggu kepulangan bekas Exco Kedah dan Adun Bukit Selambau, V. Arumugam di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu pun turun dari kapal terbang yang sama.

Semasa dia keluar, tidak ramai yang perasan bahawa dia adalah MB Perlis... mungkin semua sibuk menunggu Arumugam kot...

Mujurah ada dua orang wartawan dari Perlis yang menegurnya...

Lepas tu ada pulak yang buat lawak, tanya "Di Perlis tak ada airport ka???"...

Tak lama selepas itu, Arumugam pun muncul... Disambut dengan paluan gendang dan tiupan  serunai oleh kaum India. Dikalungkan bunga malai...

Disambut pula oleh Speaker Dun Kedah dan Adun baru Bukit Selambau, S.Manikumar..



Respon kepada Menteri belia dan Sukan yang baru

Kembalikan Kepercayaan Belia Terhadap K'jaan Cabaran Terbesar Shabery

PETALING JAYA, 10 April (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata usaha untuk mengembalikan kepercayaan golongan belia terhadap kerajaan adalah cabaran paling besar yang perlu dipikul dalam portfolio barunya itu.

Beliau berkata ia berdasarkan pemerhatiannya terhadap keputusan pilihan raya umum lepas, diikuti semua keputusan pilihan raya kecil yang memperlihatkan rasa tidak senang hati golongan muda terhadap Barisan Nasional (BN).

Baca di sini>>>

<<<<<<<<>>>>>>>>

Komen Penghulu Peghelih La....

"BUATLAH APAPUN...ORANG MUDA DAH TAK MAU KAT Umno/BN...DEPA DAH MELUAT DENGAN HANGPA...PARTI YANG SARAT DENGAN RASUAH, PENYELEWENGAN, SALAHGUNAKUASA, PARTI SAMSENG PERAMPAS KUASA KERAJAAN YANG SAH... DAN LAIN-LAIN LAGI"


Apa kata TPj tentang perubahan pimpinan Umno?

Turun padang, dekati golongan muda

BESERI- Pemuda PAS diminta agar tidak duduk dalam keadaan selesa dalam keadaan imej Menteri Besar Perlis yang berbeza dari yang terdahulu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman memberikan peringatan demikian dengan mengingatkan bahawa Umno tetap sama walaupun bertukar pimpinan dengan imej yang berbeza.

"Mereka tetap datang dari saluran yang sama, jadi kita janganlah tertipu. Jadi janganlah kita sekadar menjadi pemerhati atau duduk berteori sahaja tanpa melakukan apa-apa," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-13 Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Padang Besar di Sekolah Rendah Islam AT-Taqwa di sini 5 April lalu.

Justeru beliau meminta jentera Pemuda PAS agar bersedia untuk turun padang untuk mendekati masyarakat khususnya golongan muda.

"Sebagai pemuda gerakan Islam, kita perlulah bersedia mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama mendekati golongan muda. Masih ramai dari mereka masih berada di dalam kejahilan.

"Jangan biarkan mereka terus lalai, berpeleseran dan bergelumang dengan mungkar dan maksiat. Sudah sampai masanya kita sama-sama menghulurkan tangan, menarik mereka keluar dari dari alam jahiliyah," serunya.

Mesyuarat Agung DPP Padang Besar pada tahun ini menyaksikan Sarudin Bakar kekal sebagai Ketua, manakala Naib Ketua sesi lalu, Md Rodzi Ismail kini mengisi jawatan Timbalan Ketua.

Sementara itu, Bendahari DPP Padang Besar sesi lalu, Shuhairi Shamsuddin pula dipilih sebagai Naib Ketua.

Friday, April 10, 2009

SU politik MB Perlis letak jawatan

Petikan dari Malaysiakini

Setiausaha politik menteri besar Perlis, Ameir Hassan telah meletak jawatan berkuatkuasa 30 Mac lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ameir berkata, beliau menghantar surat peletakan jawatan itu pada 27 Februari lalu.

Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Mohd Isa Sabu.Sebaliknya, kata Ameir, beliau meletak jawatan kerana ingin kembali aktif dalam bidang guaman.

"Umno Perlis berada dalam keadaan mantap, bersatu dan tiada sebarang perpecahan," katanya.Ameir juga menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau merupakan penyokong bekas menteri besar, Datuk Shahidan Kassim.

"Sebaliknya, saya ingin bertanding mencabar beliau bagi jawatan ketua Umno Arau tetapi malangnya saya tidak cukup kuota," katanya.

Lagi pula, katanya, kalau hendak menyokong Shahidan, sepatutnya ketika beliau menjadi menteri besar kerana banyak faedahnya.

Bagaimanapun, ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh mendakwa Ameir meletakkan jawatan kerana tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau mendakwa, Ameir juga berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan Umno Perlis.

"Ameir pernah menyatakan beliau tidak puas hati dengan beberapa pemimpin Umno termasuk menteri besar," dakwa Hashim.

Bagaimanapun, Ameir ketika diminta mengulas dakwaan Hashim itu berkata, sesiapa sahaja berhak membuat spekulasi."Saya tidak dapat menutup mulut mereka," katanya.

Komen Peghelih La... : -
1. Umno memang macam tu..
2. MB Perlis bila nak letak jawatan? Ada orang dok tunggu dah....lagi baik bubar DUN
3. Nak kembali aktif dalam bidang guaman? Market Perlis ni kecik... tak tau kot dah lobi projek besar.... (macam tak menasabah jer alasan...)
4. Lantaklah...hangpa memang macam tu Umno oiii...

Wednesday, April 08, 2009

Siapa dia?

Hari tu Tun Dr Mahathir pun masuk le semula ke parti Umno more....
Lepas tu dia pun turun la berkempen di pilihanraya kecil Dun Bukit Selambau...
Masa dia masuk ke dewan tu.... Aikkk macam kenal kawan yang pakai songkok tu...
Bersusah-payah dia mengawal orang ramai yang berasak-asak supaya laluan Tun Dr M ke pentas tidak terganggu....macam bodyguard le pulak...Siap berpeluh-peluh...
Ada apa-apa ka?

Nak tahu siapa???? Shahidan Kassim la...siapa lagi.....