Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Saturday, August 16, 2008

Usul Perlis di Muktamar DPP Pusat diluluskan

IPOH, 14 Ogos - Muktamar Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat ke 49 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia di sini hari ini meluluskan usul memperkukuh peranan PAS dalam Pakatan Rakyat yang dibawa oleh DPP Perlis.

Usul ini yang dibawa oleh perwakilan Perlis, Mohd Sahir Abdul Rahman dikemukakan dengan menyedari Pakatan Rakyat adalah cadangan awal oleh Presdien PAS dan PAS adalah parti yang mempertahankan dasar Islam dankepentingan semua kaum berdasarkan asas perjuangan mengikut Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias.

Justeru, usul dikemukakan bagi memperkukuhkan peranan PAS dalm Pakatan Rakyat supaya dilihat sebagai parti utama dan tidak dilihat sebagai "melukut di tepi gantang".

"Begitu juga kepimpinan parti-parti dalam Pakatan Rakyat hendaklah tidak mudah termakan umpan dan provokasi BN yang bertujuan melaga-lagakan di antara mereka," katanya ketika membentangkan usul.

Usul ini disokong oleh perwakilan DPP Johor, Hamid Jamak dengan hujahnya agar pAS tidak dilihat seperti Parti Progresif Rakyat (PPP) di dalam Barisa Nasional.

"Pimpinan PAS perlu meletakkan dasar PAS dengan jelas dalam hal ini dan agar PAS menjadi peneraju dalam Pakatan Rakyat," kata beliau.

Sementara itu, perwakilan DPP Selangor, Mohd Sani Hamazan yang turut mengemukakan hujah menyokong ususl tersebut mendedahkan beberapa masalah yang dialami oleh PAS selepas Pakatan Rakyat berjaya menguasai negeri tersebut.

" Memang diakui ada masalah di Selangor. Contohnya sehingga kini DPP Selangor masih belum dapat bertemu dengan Menteri Besar Selangor. Dulu masa pilihanraya orang PAS juga yang bertungkus lumus," jelasnya.

Perwakilan DPP Pulau Pinang, Yusni Mat Piah pula menjelaskan keadaan di Pulau Pinang di mana PAS kehilangan kerusi apabila diagihkan bersama-sama parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun PAS dilihat tidak langsung berfungsi dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang sebagai salah satu parti di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita hanya dapat dua kerusi ahli majlis. DPP Pulau Pinang sendiri dah minta nak jumpa Ketua Menteri sebagai sahabat dalam Pakatan Rakyat tapi sampai hari ini belum dapat berjumpa," ujarnya.

Usul ini diterima sebulat suara oleh sidang muktamar.

No comments: