Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, August 20, 2008

Kisah Shahidan Kassim vs AnakPerlis.com


KANGAR - Dalam blognya, http://pakteh-harimauumno.blogspot.com/, Mantan Menteri Besar Perlis, Dato'Seri Shahidan Kassim menegaskan tidak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis.

Penyataan tersebut ditujukan khas kepada para penyokong sebuah lamanweb bahawa beliau tidak akan tunduk kepada desakan mereka untuk berbuat demikian.

"Ditegaskan di sini kepada penyokong AnakPerlis.com saya tidak akan tunduk kepada anda semua untuk melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno. Kepada yang mendesak sila nyatakan nama anda jika berani...jangan jadi pengecut....," katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa mengetahui siapa di sebalik AnakPerlis.com dan mengugut untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Jangan sampai saya dedahkan berkenaan diri anda untuk tatapan rakyat dan juga penyokong anda....Ingatlah bahawa anda pun ada sejarah hitam........Untuk komen yang membina seperti perancangan pembangunan akan saya jawap dalam post kemudian....

"Setiap persoalan akan saya jawap...Masalah ejaan akan di perbetulkan tidak lama lagi.... Satu pendedahan akan di siarkan tidak berapa lama lagi....Tunggu....Pendedahan berkenaan pemilik anakperlis.com," ujarnya lagi.

Kenyataan Shahidan ini berkemungkinan terbit akibat wujudnya suara-suara yang mahukan beliau melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis seperti yang terdapat di ruangan forum lawanweb tersebut bertajuk "Politik Perlis kembali bergolak".

Bagaimanapun dalam forum yang sama, pemilik lawanweb http://www.anakperlis.com/02/ menjelaskan bahawa tiada siapa di belakang beliau bahkan beliau tidak mempunyai cita-cita dalam bidang politik.

"Saya adalah pemilik portal anakperlis.com. Nama saya ialah Ameer Soekre Ishak. Saya menubuhkan laman web ini adalah untuk menjadi tempat berimpun anak-anak Perlis diseluruh dunia. Tiada siapa dibelakang saya dan saya tidak mempunyai cita-cita dalam bidang politik. Saya juga tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti politik.

"Ada sapa-sapa yang tak puas hati dengan statement diatas bolehlah menghubungi saya di 012-2281606 untuk bertanya dengan lebih lanjut atau bersemuka dengan saya," jelasnya.

No comments: