
Katanya, kemenangan Anwar semalam dengan majoriti yang lebih besar jelas membuktikan rakyat menolak pembohongan yang dibuat oleh pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN).
"Walaupun selama hampir sebulan rakyat dihidangkankan dengan pelbagai isu seperti tuduhan liwat, sumpah laknat dan sebagainya tapi se
mua itu tidak memberikan sebarang kesan kepada para pengundi.

"Saya kira ini adalah hakikat sebenar tentang "mood" para pengundi pada masa ini di seluruh negara. Saya berkeyakinan bahawa rakyat akan terus menolak Umno/BN jika diadakan pilihanraya kecil di mana-mana pun.
"Propaganda yang dimainkan oleh media arus perdana menjadikan rakyat semakin muak dan tidak memberi sedikitpun kesan untuk rakyat bersimpati kepada BN,"ujarnya.
No comments:
Post a Comment