http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20080829092913/Article/index_html
Bandingkan dengan berita di bawah oleh ESPN:
http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=567100&sec=uefachampionsleague&cc=5739
Tidak hairanlah apaila ramai yang menggelar Berita Harian sebagai Berita Hairan apabila satu berita yang dipaparkan pada ruangan Mutakhir edisi "online" akhbar tersebut amat menghairankan malah memalukan.
Berita sukan bolasepak bertajuk "MU seri tanpa jaringan dengan Celtic" yang disiarkan jam 9.29 pagi tadi sebenarnya telah disalah terjemah daripada versi Bahasa Inggeris berita yang diambil dari sumber-sumber tertentu.
Tajuk itu adalah berkenaan kelab bolasepak Manchester United (MU) yang telah diundi dalam kumpulan E kejohanan Piala Juara-juara Eropah bersama-sama juara Scotland, Celtic, kelab Sepanyol, Villarreal dan Aalborg BK dari Denmark.
MU selaku juara liga perdana Inggeris telah layak secara automatik ke pertandingan peringkat kumpulan dan tidak pun bermain sebarang perlawanan semalam.
Perlawanan Piala Juara-juara Eropah yang diadakan kelmarin menyaksikan kelab-kelab seperti Liverpool dan Arsenal yang menduduki tangga ketiga dan keempat liga musim lalu dan terpaksa bermain di peringkat kelayakan sebelum diundi ke peringkat kumpulan.
Mungkin perkataan "draw" atau "drawn" pada berita berbahasa Inggeris disalah tafsirkan sebagai seri sedangkan maksud sebenarnya adalah undian atau diundi.
Apapun berita yang dipaparkan berita harian online tersebut tetap meleset kerana menyatakan "Penyandang juara, Manchester United (MU) hanya mencatat seri tanpa jaringan dengan jura Liga Scotland, Celtic pada saingan peringkat kumpulan Piala Juara-Juara Eropah, awal pagi ini. Dalam satu lagi perlawanan, Villarreal dari Sepanyol dan Aalborg dari Denmark juga seri 0-0".
Mudah-mudahan menjadi satu pengajaran kepada pengamal-pengamal media.
1 comment:
Baik baca blog ni jer
http://berita-harian-online.com dari baca bharian yang betui..:p
Post a Comment