Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, August 20, 2008

Tangguh sidang amalan biasa (Respon kepada Khir Toyo)

Petikan Harakahdaily
KANGAR, 20 Ogos - Jika Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa kerajaan negeri sanggup menangguhkan sidang Dun kerana mahu memberi tumpuan pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos nanti, sejarah Dun Perlis lebih hebat semasa Dato' Seri Shahidan Kassim menjadi Menteri Besar.

Pada 6 September 2005, Dun Perlis pernah bersidang sehingga melewati tengah malam dan tamat mejelang jam 2.00 pagi.

Mesyuarat Kedua, Penggal Persidangan Kedua Dun Perlis kali ke-11 itu sepatutnya bersidang daripada 6 September hingga 7 September tetapi dipendekkan menjadi dua sesi.

Sidang DUN tersebut bermula dengan perasmian oleh DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis pada waktu pagi dan disusuli dengan persidangan sesi pertama bemula pada pukul 3.00 petang.

Menjelang akhir sesi pada pukul 6.00 petang, Speaker Dun pada masa itu, Che Sulaiman Shafie mengumumkan penangguhan dewan dan satu usul dibawa oleh Shahidan agar sidang dewan disambung semula pada pukul 9.00 malam.

Sebab utama sidang diadakan selama sehari suntuk adalah untuk membolehkan Shahidan dan barisan Exco untuk mengiringi DYMM Tuanku Pemangku Raja ke Kuantan pada keesokan harinya bagi menyaksikan perlawanan bolasepak suku akhir Piala Malaysia antara Perlis dan Pahang.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, ketika menjadi Adun Sanglang pada masa itu tarikh sidang Dun Perlis sering diubah-ubah.

"Kadang-kadang sidang dijangkakan esok, lewat petang baru saya diberitahu perubahan tarikh dan ada masanya pula kakitangan pejabat Dun Perlis datang ambil balik kertas dewan kerana ada pembetulan dan sebagainya," jelas beliau.

Maka tidak hairanlah jika sidang Dun Selangor ditangguhkan kerana dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Speaker Dun Selangor, Teng Chang Khim menyebut bahawa penangguhan itu tidak menyalahi undang-undang Tubuh Selangor. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16536&Itemid=1
Malah katanya, apabila sidang ditangguhkan ia akan ditambah bilangan hari bersidang dan jumlah hari tersebut akan melebihi mana-mana hari sidang ketika di bawah pentadbiran kerajaan BN

No comments: