Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, August 29, 2008

PANTUN MUFTI PERLIS


Pantun oleh SS Mufti Perlis:

Dari lamanweb beliau http://drmaza.com/


Nak tuju kat siapa pantun ni Dr. ?

Sekejap ada...sekejap tak ada!!!

Dalam post di bawah bertajuk Kelakarnya Berita harian Online:

http://peghelihla.blogspot.com/2008/08/kelakarnya-berita-harian-online.html

Sekiranya anda klik pada link berikut:

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20080829092913/Article/index_html

Maka akan tertera:

Maaf, pautan yang anda minta tidak dijumpai atau sudah dipindahkan. Sila gunakan enjin carian atau layari laman utama.

MAKNANYA BERITA HARIAN DAH SEDAR KESILAPAN MEREKA!ALHAMDULILLAH

Apa dia berita tu? Baca dibawah..........

MU seri tanpa jaringan dengan Celtic

MONACO: Penyandang juara, Manchester United (MU) hanya mencatat seri tanpa jaringan dengan jura Liga Scotland, Celtic pada saingan peringkat kumpulan Piala Juara-Juara Eropah, awal pagi ini. Dalam satu lagi perlawanan, Villarreal dari Sepanyol dan Aalborg dari Denmark juga seri 0-0. MU yang juga juara Liga Perdana Inggeris akan berada dalam Kumpulan E yang turut menyaksikan Chelsea akan bertemu AS Roma, dan Bordeaux dari Perancis bertemu kelab Romania, Cluj, dalam Kumpulan A.

Liverpool, yang mencatat keputusan agregat 1-0 ke atas kelab Belgium, Standard Liege semalam akan bertemu Atletico Madrid dari Sepanyol dan juara liga Belanda, PSV Eindhoven bertemu kelab Perancis, Marseille dalam Kumpulan D.

Kelakarnya Berita Harian Online!!!

Baca berita berikut di Berita Hairan Online (kalau belum dibuang la...):

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20080829092913/Article/index_html



Bandingkan dengan berita di bawah oleh ESPN:


http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=567100&sec=uefachampionsleague&cc=5739


Tidak hairanlah apaila ramai yang menggelar Berita Harian sebagai Berita Hairan apabila satu berita yang dipaparkan pada ruangan Mutakhir edisi "online" akhbar tersebut amat menghairankan malah memalukan.

Berita sukan bolasepak bertajuk "MU seri tanpa jaringan dengan Celtic" yang disiarkan jam 9.29 pagi tadi sebenarnya telah disalah terjemah daripada versi Bahasa Inggeris berita yang diambil dari sumber-sumber tertentu.

Tajuk itu adalah berkenaan kelab bolasepak Manchester United (MU) yang telah diundi dalam kumpulan E kejohanan Piala Juara-juara Eropah bersama-sama juara Scotland, Celtic, kelab Sepanyol, Villarreal dan Aalborg BK dari Denmark.

MU selaku juara liga perdana Inggeris telah layak secara automatik ke pertandingan peringkat kumpulan dan tidak pun bermain sebarang perlawanan semalam.

Perlawanan Piala Juara-juara Eropah yang diadakan kelmarin menyaksikan kelab-kelab seperti Liverpool dan Arsenal yang menduduki tangga ketiga dan keempat liga musim lalu dan terpaksa bermain di peringkat kelayakan sebelum diundi ke peringkat kumpulan.

Mungkin perkataan "draw" atau "drawn" pada berita berbahasa Inggeris disalah tafsirkan sebagai seri sedangkan maksud sebenarnya adalah undian atau diundi.

Apapun berita yang dipaparkan berita harian online tersebut tetap meleset kerana menyatakan "Penyandang juara, Manchester United (MU) hanya mencatat seri tanpa jaringan dengan jura Liga Scotland, Celtic pada saingan peringkat kumpulan Piala Juara-Juara Eropah, awal pagi ini. Dalam satu lagi perlawanan, Villarreal dari Sepanyol dan Aalborg dari Denmark juga seri 0-0".

Mudah-mudahan menjadi satu pengajaran kepada pengamal-pengamal media.

Wednesday, August 27, 2008

Blog Shahidan kena lagi.....!!!

Ini adalah post blog dalam Shahidan Kassim

ANAK PERLIS.COM
Hurm saudara Zaki...saya mendapat maklumat kata anak perlis.com ini adalah orang kanan di Mini Putrajaya Perlis...Orang ini berjalan sambil menghisap paip.....Ada kaitan dengan seorang wanita bernama Noraini....Dan juga terlibat sepenuhnya dengan projek terbengkalai pada Zaman MB sebelum saya yakni Bakaujaya...\Dengarnya sapu bersih duit projek itu....Tidak perlu saya sebut siapa......

Apa jawapan Tok Penghulu AnakPerlis.com???

"Kalau nak saya jadi jutawan dalam tempoh 6 bulan lagi, buatlah fitnah banyak2 kat saya. Lawyer saya dok beratur nak isu saman sapa2 yg dok fitnah saya.
Saya adalah AMEER SOEKRE ISHAK dan orang yang dimaksud dalam Blog HARIMAU UMNO itu ialah AMEER HASSAN yang tak ada kena mengena dengan saya dan tak pernah login pun ke anakperlis.com ni. (sebab dia tak pandai pakai komputer)
Harap Maklum"

PAS PERLIS: TAHNIAH ANWAR, PENGUNDI TOLAK PEMBOHONGAN UMNO/BN

KANGAR - Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin hari ini merakamkan ucapan tahniah bagi pihak PAS Perlis di atas kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Parlimen P.44 Permatang.

Katanya, kemenangan Anwar semalam dengan majoriti yang lebih besar jelas membuktikan rakyat menolak pembohongan yang dibuat oleh pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN).

"Walaupun selama hampir sebulan rakyat dihidangkankan dengan pelbagai isu seperti tuduhan liwat, sumpah laknat dan sebagainya tapi semua itu tidak memberikan sebarang kesan kepada para pengundi.

"Saya kira ini adalah hakikat sebenar tentang "mood" para pengundi pada masa ini di seluruh negara. Saya berkeyakinan bahawa rakyat akan terus menolak Umno/BN jika diadakan pilihanraya kecil di mana-mana pun.

"Propaganda yang dimainkan oleh media arus perdana menjadikan rakyat semakin muak dan tidak memberi sedikitpun kesan untuk rakyat bersimpati kepada BN,"ujarnya.

BN AKAN KALAH TERUK DI SANGLANG??

Dalam blog Shahidan Kassim,
http://pakteh-harimauumno.blogspot.com/ satu undian online diadakan dengan tajuk:

KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DI DUN SANGLANG

HASILNYA DARIPADA 35 ORANG YANG MENGUNDI:

1. BN MENANG BESAR MAJORITI BESAR = 6 orang (11%)

2. PAKATAN RAKYAT MENANG MAJORITI BESAR = 4 orang (11%)

3. KEADAAN SAMA RATA = 3 orang (8%)

4. BARISAN NASIONAL KALAH TERUK = 23 orang (65 %)

Kalau dilihat dari trend pengundian atau mood rakyat sekarang tak mustahil BN akan kalah teruk jika berlakunya pilihanraya kecil Dun Sanglang ......
Mudah-mudahan tak ada la pilihanraya kecil dan Ustaz Hashim diisytihar pemenang dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan 15 September ini.

UndurLAH .......

Petikan berita AFP

Malaysian PM faces calls to quit after Anwar victory

Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi faced calls to quit from within his ruling party Wednesday after opposition leader Anwar Ibrahim scored a landslide by-election victory.

Anwar won the vote to return to parliament despite an intense campaign mounted by the Barisan Nasional coalition, which he has promised to unseat within a month with the help of defecting lawmakers.

The failure to check Anwar has heaped more pressure on Abdullah, who has fought to hold on to his job since March general elections in which the opposition gained unprecedented ground.

Tengku Razaleigh Hamzah, a senior member of the United Malays National Organisation (UMNO) which leads the ruling coalition, called for a new leadership "to unite our people... and forge a clear national direction."

"(Abdullah) does not have the minimal credibility needed to run the country day by day, let alone to take it in the new directions we need to go in a complex world," he said. "This dangerous situation cannot continue."

Razaleigh said the coalition's by-election campaign, which was criticised for its racial overtones and focus on sodomy allegations against Anwar, has "embarrassed and divided the nation with its ugliness."

"It is time to face the music: it is we who have been buried," he said.

Razaleigh plans to challenge Abdullah for the party leadership in December polls, but is likely to fail after the premier silenced calls for his immediate ouster by agreeing to hand over power to his deputy Najib Razak in 2010.

Abdullah's main critic, former prime minister Mahathir Mohamad, has also called for the resignation of his successor after relations between the two soured in 2006.

Mahathir's son Mukhriz, another senior UMNO figure who is vying for the top spot in the party's influential youth wing, also called for Abdullah's immediate resignation.

"I think Abdullah should strongly consider for all our sakes, to step down now," he told AFP.

"This is a second time that the Malaysian people have given a clear message, with the first at the general elections. It is a rejection of the present leader and he must leave now."

Saturday, August 23, 2008

Gambar-gambar dari Permatang Pauh

Perang bendera

Markas besar AKIM

BN pakai bendera koyak...???

Petugas PAS Perlis di UPU Mengkuang bermesyuarat sebelum mula bertugas, dipengerusikan Tn Hj Abd Karim Mat Rejab, Pengarah JPN Perlis

Bergambar di hadapan PASTI tempat penginapan

Untuk Puteri Umno.......

AKAN KU TENTANG HABISAN KALI INI...............(Shahidan)

Dalam blognya, http://pakteh-harimauumno.blogspot.com/ , Dato' Seri Shahidan Kassim dilihat "menembak" golongan tertentu yang menentangnya pada post bertajuk PERKEMBANGAN PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH.

Berikut petikan dari blognya:

"Pada hari ini sememangnya BN yakin menang tetapi segalanya boleh berubah di dalam sekelip mata memandang...Rakyat juga bolih berubah dengan hanya sekelip mata memandang.Tetapi saya sedih melihat Pemimpin Perlis yang baru Jentera BN bertungkus Lumus di Permatang Pauh Bekerja untuk UMNO .... Depa pie Jerman.....jalan2 .Ziarah..TUE PUN PUAK TUE CALUNKAN SEBAGAI KETUA DEPA YG BARU............Kononnya nak ambik Perhubungan pulak lepas ini.....AKAN KU TENTANG HABISAN KALI INI..............."

"Ingatlah..........Rakyat Penting ............BUkan Si Anu tue penting....Ada pihak kata saya nie bela adik beradik saya sahaja....Depa usaha sendiri bukan ada satu saya bagi....tak caya hangpa boleh siasat....Adik beradik saya semua usaha sendiri pinjam bank dan sebagainya..MANA ADA SAYA BERIKAN....Ader yg berniaga pun depa usaha sendiri...Yang kata saya kroni nie dia nakcerita....PAKAT-PAKAT PIE RUMAH RUMAH DI AREA KAMPUNG SALANG ,KG BARU ,BINTONG DAN SEBAGAINYA BERJUTA BUAT RUMAH HASILAN JUALAN MANUSIA..( PERMIT )....ADA YG PIE MEKAH GUNA DUIT JUAL ORANG TUE JATUH SAKIT...ADER YANG JATUH MISKIN....ADA YANG BUAT USUL DI UMNO CAWANGAN MENENTANG YAB PAKLAH......"

Siapakah yang beliau maksudkan? Yang diketahui nak lawan Shahidan ialah Ameir Hassan. Ameir katanya nak lawan Shahidan sebagai Ketua Bahagian Arau.

Nak kata MB Perlis, tak berapa nak lawan sangat Shahidan ni. Seorang lagi yang disebut mungkin salah seorang Exco yang dikatakan mempunyai perniagaan menjual "manusia".

Kisah Shahidan vs AnakPerlis.com - Bhg II


KANGAR- Tak tau apa yang berlaku, post bertajuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dalam blog Mantan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim http://pakteh-harimauumno.blogspot.com/ bertarikh 18 Ogos 2008 telahpun dikeluarkan.

Mungkin disebabkan pendedahan dalam blog ini bertajuk Kisah Shahidan Kassim vs AnakPerlis.com atau mungkin kerana webmaster AnakPerlis.com telah memberikan "cabaran" balasnya kepada Shahidan jadi beliau terasa malu dengan penjelasan webmaster tersebut???? Segalanya berkemungkinan.....

Wednesday, August 20, 2008

Kisah Shahidan Kassim vs AnakPerlis.com


KANGAR - Dalam blognya, http://pakteh-harimauumno.blogspot.com/, Mantan Menteri Besar Perlis, Dato'Seri Shahidan Kassim menegaskan tidak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis.

Penyataan tersebut ditujukan khas kepada para penyokong sebuah lamanweb bahawa beliau tidak akan tunduk kepada desakan mereka untuk berbuat demikian.

"Ditegaskan di sini kepada penyokong AnakPerlis.com saya tidak akan tunduk kepada anda semua untuk melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno. Kepada yang mendesak sila nyatakan nama anda jika berani...jangan jadi pengecut....," katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa mengetahui siapa di sebalik AnakPerlis.com dan mengugut untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Jangan sampai saya dedahkan berkenaan diri anda untuk tatapan rakyat dan juga penyokong anda....Ingatlah bahawa anda pun ada sejarah hitam........Untuk komen yang membina seperti perancangan pembangunan akan saya jawap dalam post kemudian....

"Setiap persoalan akan saya jawap...Masalah ejaan akan di perbetulkan tidak lama lagi.... Satu pendedahan akan di siarkan tidak berapa lama lagi....Tunggu....Pendedahan berkenaan pemilik anakperlis.com," ujarnya lagi.

Kenyataan Shahidan ini berkemungkinan terbit akibat wujudnya suara-suara yang mahukan beliau melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis seperti yang terdapat di ruangan forum lawanweb tersebut bertajuk "Politik Perlis kembali bergolak".

Bagaimanapun dalam forum yang sama, pemilik lawanweb http://www.anakperlis.com/02/ menjelaskan bahawa tiada siapa di belakang beliau bahkan beliau tidak mempunyai cita-cita dalam bidang politik.

"Saya adalah pemilik portal anakperlis.com. Nama saya ialah Ameer Soekre Ishak. Saya menubuhkan laman web ini adalah untuk menjadi tempat berimpun anak-anak Perlis diseluruh dunia. Tiada siapa dibelakang saya dan saya tidak mempunyai cita-cita dalam bidang politik. Saya juga tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti politik.

"Ada sapa-sapa yang tak puas hati dengan statement diatas bolehlah menghubungi saya di 012-2281606 untuk bertanya dengan lebih lanjut atau bersemuka dengan saya," jelasnya.

Tangguh sidang amalan biasa (Respon kepada Khir Toyo)

Petikan Harakahdaily
KANGAR, 20 Ogos - Jika Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa kerajaan negeri sanggup menangguhkan sidang Dun kerana mahu memberi tumpuan pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos nanti, sejarah Dun Perlis lebih hebat semasa Dato' Seri Shahidan Kassim menjadi Menteri Besar.

Pada 6 September 2005, Dun Perlis pernah bersidang sehingga melewati tengah malam dan tamat mejelang jam 2.00 pagi.

Mesyuarat Kedua, Penggal Persidangan Kedua Dun Perlis kali ke-11 itu sepatutnya bersidang daripada 6 September hingga 7 September tetapi dipendekkan menjadi dua sesi.

Sidang DUN tersebut bermula dengan perasmian oleh DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis pada waktu pagi dan disusuli dengan persidangan sesi pertama bemula pada pukul 3.00 petang.

Menjelang akhir sesi pada pukul 6.00 petang, Speaker Dun pada masa itu, Che Sulaiman Shafie mengumumkan penangguhan dewan dan satu usul dibawa oleh Shahidan agar sidang dewan disambung semula pada pukul 9.00 malam.

Sebab utama sidang diadakan selama sehari suntuk adalah untuk membolehkan Shahidan dan barisan Exco untuk mengiringi DYMM Tuanku Pemangku Raja ke Kuantan pada keesokan harinya bagi menyaksikan perlawanan bolasepak suku akhir Piala Malaysia antara Perlis dan Pahang.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin, ketika menjadi Adun Sanglang pada masa itu tarikh sidang Dun Perlis sering diubah-ubah.

"Kadang-kadang sidang dijangkakan esok, lewat petang baru saya diberitahu perubahan tarikh dan ada masanya pula kakitangan pejabat Dun Perlis datang ambil balik kertas dewan kerana ada pembetulan dan sebagainya," jelas beliau.

Maka tidak hairanlah jika sidang Dun Selangor ditangguhkan kerana dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Speaker Dun Selangor, Teng Chang Khim menyebut bahawa penangguhan itu tidak menyalahi undang-undang Tubuh Selangor. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16536&Itemid=1
Malah katanya, apabila sidang ditangguhkan ia akan ditambah bilangan hari bersidang dan jumlah hari tersebut akan melebihi mana-mana hari sidang ketika di bawah pentadbiran kerajaan BN

Tuesday, August 19, 2008

Jom Gempur Permatang Pauh

KANGAR- Petugas-petugas PAS Perlis akan mula bertugas di pilihanraya kecil Permatang Pauh mulai esok, 20 Ogos 2008.

Seramai 50 orang kontinjen pertama petugas akan bertolak ke sana di ketuai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perlis, Haji Abdul Karim Md Rejab.

PAS Perlis ditempatkan di UPU Sungai Lembu dan Mengkuang di Dun Penanti.

UPU Sungai Lembu mempunyai pengundi melebihi 90 peratus pengundi Cina, manakala di UPU Mengkuang pula dihuni oleh majoriti pengundi Melayu.

Monday, August 18, 2008

Gambar Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke 49 di Stadium Indera Mulia, Ipoh

Kontinjen DPP Perlis

Panas juga dalam stadium ni ... sama panas dengan perbahasan perwakilan

Depa letak kami belakang sekali....

Jangan tidor dah...

Khusyuk mendengar perbahasan...

Saturday, August 16, 2008

Usul Perlis di Muktamar DPP Pusat diluluskan

IPOH, 14 Ogos - Muktamar Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat ke 49 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia di sini hari ini meluluskan usul memperkukuh peranan PAS dalam Pakatan Rakyat yang dibawa oleh DPP Perlis.

Usul ini yang dibawa oleh perwakilan Perlis, Mohd Sahir Abdul Rahman dikemukakan dengan menyedari Pakatan Rakyat adalah cadangan awal oleh Presdien PAS dan PAS adalah parti yang mempertahankan dasar Islam dankepentingan semua kaum berdasarkan asas perjuangan mengikut Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias.

Justeru, usul dikemukakan bagi memperkukuhkan peranan PAS dalm Pakatan Rakyat supaya dilihat sebagai parti utama dan tidak dilihat sebagai "melukut di tepi gantang".

"Begitu juga kepimpinan parti-parti dalam Pakatan Rakyat hendaklah tidak mudah termakan umpan dan provokasi BN yang bertujuan melaga-lagakan di antara mereka," katanya ketika membentangkan usul.

Usul ini disokong oleh perwakilan DPP Johor, Hamid Jamak dengan hujahnya agar pAS tidak dilihat seperti Parti Progresif Rakyat (PPP) di dalam Barisa Nasional.

"Pimpinan PAS perlu meletakkan dasar PAS dengan jelas dalam hal ini dan agar PAS menjadi peneraju dalam Pakatan Rakyat," kata beliau.

Sementara itu, perwakilan DPP Selangor, Mohd Sani Hamazan yang turut mengemukakan hujah menyokong ususl tersebut mendedahkan beberapa masalah yang dialami oleh PAS selepas Pakatan Rakyat berjaya menguasai negeri tersebut.

" Memang diakui ada masalah di Selangor. Contohnya sehingga kini DPP Selangor masih belum dapat bertemu dengan Menteri Besar Selangor. Dulu masa pilihanraya orang PAS juga yang bertungkus lumus," jelasnya.

Perwakilan DPP Pulau Pinang, Yusni Mat Piah pula menjelaskan keadaan di Pulau Pinang di mana PAS kehilangan kerusi apabila diagihkan bersama-sama parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun PAS dilihat tidak langsung berfungsi dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang sebagai salah satu parti di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita hanya dapat dua kerusi ahli majlis. DPP Pulau Pinang sendiri dah minta nak jumpa Ketua Menteri sebagai sahabat dalam Pakatan Rakyat tapi sampai hari ini belum dapat berjumpa," ujarnya.

Usul ini diterima sebulat suara oleh sidang muktamar.

Ucapan Perwakilan DPP Perlis di Muktamar DPP Pusat ke 49 di Ipoh


IPOH, 14 Ogos - Perwakilan Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) hari ini menggesa agar kerjasama dalam Pakatan Rakyat dimantapkan dengan keperluan mengadakan perjumpaan di peringkat pimpinan secara berkala.


Berucap membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Setiausaha DPPPs, Azmal Zaid Ahmad Azmi membuat gesaan demikian bukan sahaja dikhususnkan bagi negeri yang diperintah Pakatan Rakyat malahan untuk seluruh pimpinan parti-parti di semua peringkat.


"Dengan kerjasama bersama KeADILan dan DAP, maka lima buah negeri dapat kita kuasai. Kemenangan ini menafikan BN memerintah dan merupakan satu kejutan besar kepada mereka. Masing-masing seolah tidak percaya rakyat telah menolak mereka.


"Kini mereka sedang cuba memecah-belahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Kita harus bersedia dengan segala tipu-helah BN, khususnya mereka mempunyai pelbagai sumber dan media untuk memainkan sentimen rakyat dan ahli parti," serunya berucap di Muktamar DPPP ke 49 di Stadium Indera Mulia pagi tadi.


Tambahnya, PAS yang duduk bersama-sama dalam Pakatan Rakyat perlu dilihat rakyat dengan jelas sebagai sebuah parti yang mampu membuat perubahan bagi memantapkan lagi pakatan tersebut.


"Kita tidak mahu rakyat hanya melihat satu pihak sahaja dalam Pakatan Rakyat yang berperanan tanpa penglibatan pihak lain. Jika ini berlaku, keyakinan rakyat masih di tahap yang rendah untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai pemerintah di negara ini dan memberikan kesan yang tidak baik kepada pakatan ini," katanya.


Selain itu katanya lagi, PAS perlu membuat penilaian semula kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat dari semasa ke semasa.


"Kita bukan bermaksud untuk keluar dari Pakatan Rakyat, kita gembira kerana dapat bersama-sama menumbangkan Umno/BN. Tapi penilaian ini perlu untuk melihat sama ada Pakatan Rakyat menyimpang dari dasar PAS atau tidak," katanya.

Tuesday, August 12, 2008

BN terdesak hingga isytihar jihad

Petikan Harakahdaily
KANGAR, 12 Ogos (Hrkh) - Umno-BN semakin terdesak dan mengelirukan untuk menghadapi pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh sehinggakan sanggup mengisytiharkannya sebagai satu jihad.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Timbalan Ketua Pegerakan Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil mengisyhtiharkan demikian di Pulau Pinang dengan alasan untuk menghalang seorang individu bercita-cita tinggi mencapai impiannya dan kejayaan peribadi.

Kata Shahrizat lagi, pilihan raya kecil tersebut bukan sahaja penting untuk Barisan Nasional tapi juga untuk seluruh negara dan rakyatnya.

Begitu juga katanya, pilihan raya ini adalah satu jihad bagi menyekat individu yang boleh menggugat kestabilan politik negara dan membawa negara ke arah kehancuran.

Mengulas kenyataan tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyifatkannya sebagai satu kenyataan yang pelik dikeluarkan oleh golongan yang terdesak.

"Layakkah mereka bercakap tentang jihad? Wanita Umno perlu berusaha berjihad melawan hawa nafsu mereka dulu dengan menuruti perintah Allah. Tak payah bercakap bab jihad kalau masih ramai ahli wanita Umno yang belum menutup aurat. Ajak mereka tutup aurat dulu barulah cakap tentang jihad," katanya.

Menurutnya lagi, amat menggelikan hati apabila mendengar Umno bercakap tentang jihad sedangkan dasar perjuangan mereka adalah menyimpang dari apa yang dikehendaki agama.

"Mereka bukannya mahu kepada Islam, dasar mereka adalah kebangsaan dan assobiyyah.
Bagaimana Shahrizat boleh katakan ini satu jihad?

"Lihat balik segala kebobrokan yang berlaku di negara ini, penyelewengan, pecah amanah, membazirkan harta negara, bukankah semua ini hasil tangan-tangan Umno-BN yang selama ini memerintah negara?," soalnya.

Justeru beliau, menyeru agar para pengundi di Permatang Pauh agar tidak terkeliru dengan kenyataan-kenyataan sebegini yang jelas menunjukkan Umno/BN semakin terdesak bagi menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

Thursday, August 07, 2008

Terkini tentang Anwar Ibrahim

Anwar Mengaku Tidak Bersalah Liwat Bekas Pembantu

Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.

Anwar, 60, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.


Sebutan semula kes Anwar 10 September ini

Petikan Berita Harian Online:
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 10 September ini tarikh sebutan semula kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya.

Kes itu juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, di sini pada tarikh berkenaan.

Prosiding hari ini tamat kira-kira jam 10.35 pagi dengan penyokong Awar di luar mahkamah bersorak selepas Anwar dibebaskan dengan bon jaminan peribadi RM20,000.

Wednesday, August 06, 2008

Pematang Pauh: Penamaan calon 16 Ogos, mengundi 26 Ogos

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh ialah pada 16 Ogos manakala pengundian ialah pada 26 Ogos, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi peluang kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula di situ.

Anwar pernah mewakili kerusi itu sebagai wakil Barisan Nasional mulai 1982 sehingga terpaksa melepaskannya kerana dikenakan tindakan mahkamah kerana kesalahan rasuah dan liwat pada 1999.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas, Wan Azizah menewaskan Datuk Pirdaus Ismail dari Barisan Nasional dengan majoriti 13,388 undi.Kawasan itu mempunyai 58,449 pemilih berdaftar, 68.5 peratus daripadanya pengundi Melayu.-- BERNAMA

Pilihan raya Kecil: Permatang Pauh dulu, baru Sanglang?

Sebuah catatan wartawan Harakah Perlis
Ketika orang ramai dari kalangan penggiat politik, pemerhati mahupun orang biasa sehinggalah mereka yang terlibat secara langsung khususnya para pengundi di Dun Sanglang masih tertanya-tanya apakah yang akan terjadi dengan kes petisyen Dun tersebut, tiba-tiba tumpuan politik negara mula beralih ke Permatang Pauh pula.

Keputusan Mahkamah Pilihan raya berkaitan petisyen Dun Sanglang baru-baru ini membingungkan semua orang kerana keputusan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan ditolak tetapi sebaliknya lawan beliau, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin tidak pula diisyhtiharkan sebagai pemenang.

Ekoran keputusan tersebut, Ustaz Hashim sebagai pempetisyen telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan pula.

"Tarikh rayuan belum diberikan oleh mahkamah," itulah jawapan yang mampu diberikan oleh pimpinan PAS Perlis bila ditanya orang.

Dalam pada itu, kerusi Dun Sanglang masih lagi kosong. Cakap-cakap mengenai pilihan raya kecil Dun Sanglang terus berkumandang.

Tidak dinafikan di pihak PAS sendiri persediaan sedang dijalankan, apatah lagi di pihak Umno/BN yang begitu rancak menyusun program di Dun Sanglang.

Sudah beberapa kali program-program yang berselindung di bawah nama kerajaan diadakan di sana. Beberapa orang Menteri juga sudah turun padang. Mungkin juga mereka datang untuk menampilkan muka ketika pemilihan Umno di peringkat bahagian sedang rancak berjalan sekarang.

Tatkala ramai yang sedang mencongak-congak tentang percaturan di Sanglang, tumpuan tiba-tiba beralih ke parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang.

Ketua Pembangkang di Parlimen yang juga Presiden Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi yang dimenanganinya dalam pilihan raya umum lepas untuk memberikan laluan kepada suaminya, Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Awalnya, Anwar yang juga Ketua Umum KeADILan dikatakan memilih untuk bertanding di Kulim-Bandar Baru yang sedang dalam proses perbicaraan petisyen pilihan raya.

Bagaimanapun akhirnya laluan diberikan oleh isterinya sendiri untuk beliau meneruskan karier politiknya yang tersekat lewat peristiwa tahun 1998 lalu.

Sitasi ini sekaligus memperlihatkan pilihan raya kecil akan diadakan di Permatang Pauh dahulu memandangkan situasi di Sanglang masih belum terjawab.

Sekiranya sesuatu kerusi dikosongkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memutuskan untuk mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari.

Apapun, pilihan raya kecil ini adalah ujian pertama bagi parti-parti di bawah Pakatan Rakyat pasca pilihan raya umum ke-12.

Masa inilah Pakatan Rakyat perlu menunjukkan satu kejituan dalam pakatan yang dibentuk bagi membuktikan mereka mampu dilihat rakyat di dalam negara ini untuk menggantikan pemerintahan Barisan Nasional.

Begitu juga kerjasama yang padu perlu untuk menafikan sebarang tohmahan atau usaha dari parti pemerintah yang memperkudakan media arus perdana di negara ini untuk cuba memecah-belahkan pakatan PAS, KeADILan dan DAP ini.

Sebagai ikon politik nombor satu di negara ini pada masa ini, Anwar yang akan bertanding di kerusi Permatang Pauh pasti akan menarik tumpuan seluruh dunia yang menanti-nantikan "political comeback" beliau.

Begitu juga dengan visi untuk melihat beliau melangkah ke Putrajaya September ini, sudah pasti seluruh pelusuk dunia sedang memerhatikan perkembangan ini.

Walau bagaimanapun, laluan beliau tidak semudah yang diharapkan kerana masih banyak kontroversi yang sedang melanda. Hanya diharapkan tidak berlaku sebarang perkara yan tidak diingini sebelum berlangsungnya pilihanraya kecil tersebut.

Nampaknya kata-kata "Jom gempur Sanglang" terpaksa ditangguhkan sementara dan digantikan "Jom Gempur Permatang Pauh" pula.

Monday, August 04, 2008

Yusri Che Lah saman fitnah Kosmo! RM1juta


KANGAR- Pemain bola sepak Perlis, Yusri Che Lah, 32, hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1 juta terhadap akhbar tabloid Kosmo! berhubung laporan berunsur fitnah mengenainya.

Akhbar tersebut dalam keluaran 15 Mei lalu menyiarkan berita bertajuk "Perlis Disiasat" pada muka depannya dan memaparkan berita dan gambar plantif tanpa persetujuan dan kebenaran yang boleh menfitnah beliau terbabit dalam rasuah bola sepak.

Berita tersebut turut dimuatkan di dalam versi internet akhbar berkenaan.

Yusri menamakan dua wartawan terbabit, Zainal Azhar Mohamed dan Hafizuddin Mohd Safar sebagai defendan pertama dan kedua, diikuti Pengarang Kosmo dan Utusan Melayu (M) Berhad sebagai defendan ketiga dan keempat.

Saman difailkan Yusri melalui peguam Jamil Mohamed Shafie di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar, di sini jam 3.15 petang tadi dan diterima oleh Pembantu Tadbir Undang-undang, Hamila Abdul Hadi.

Antara lain yang dinyatakan di dalam writ saman tersebut ialah penyiaran gambar yang terang nampak rambut serta janggut plaintif dan berita tersebut jelas berjumlah jelas kesemuanya telah menjatuhkan maruah beliau di mana isteri dan anak-anaknya dicaci oleh masyarakat di Perlis memandangkan plaintif adalah pemain bolasepak professional yang terkenal di seluruh Malaysia.

Dalam kenyataan ringkasnya, Yusri menyatakan saman tersebut difailkan bagi membersihkan namanya yang tidak terlibat di dalam rasuah bolasepak.

"Dengan benda yang benar, saya berani memfailkan saman ini,"katanya.

Jangan Berpolitik Di Pejabat Kerajaan, Kata MB Perlis

KANGAR, 1 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu menasihati kakitangan jabatan dan agensi kerajaan supaya tidak berpolitik semasa bertugas sehingga menjejaskan tanggungjawb sebenar mereka sebagai anggota Perkhidmatan Awam.
Beliau bimbang gejala berpolitik di pejabat akan menyukarkan sistem penyampaian dijayakan disamping memporak poranda hubungan sesama kakitangan.

Bercakap kepada kakitangan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan di sini, Jumaat, beliau berkata "politik itu penting tetapi jika dibawa secara memudaratkan, kesannya adalah buruk".

Beliau mahu jabatan dan agensi Kementerian Penerangan seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas , Jabatan Penyiaran dan BERNAMA supaya menjadi agen penyampai maklumat yang berkesan kepada masyarakat.

Md Isa turut menjadi tetamu stesen Radio Perlis FM dalam program "Wawancara Bersama Menteri Besar Perlis" yang disiarkan secara langsung.

-- BERNAMA

TobatLAH




Sunday, August 03, 2008

Tiada kerjasama dengan Umno: Keputusan PAS Pusat legakan ahli

KANGAR - PAS Perlis menyambut baik keputusan yang buat oleh PAS Pusat yang menolak mengadakan sebarang rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi mewujudkan kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri.

Ketua Penerangan PAS Perlis, Hairy Hashim melihat keputusan ini adalah satu keputusan yang terbaik dibuat oleh kepimpinan PAS Pusat yang sekaligus memberikan kelegaan kepada ahli-ahli PAS yang berkecamuk dalam menafsirkan isu ini.

"Keputusan ini menenangkan ahli-ahli PAS di peringkat akar-umbi memandangkan majoriti daripada mereka memang tidak boleh menerima sebarang kerjasama dengan BN atau lebih tepat lagi dengan Umno.

"Sebahagian besar ahli PAS masih lagi teringat pengalaman pahit ketika PAS berada di dalam BN pada tahun 1970-an dahulu. Kita juga menyambut baik kenyataan yang dibuat Presiden PAS baru-baru ini untuk terus bersikap terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-man parti politik, badan bukan kerajaan ataupun individu demi kepentingan agama dan rakyat," ujarnya.

Tambahnya lagi, untuk bekerja sama dengan Umno/BN, mana-mana pihakpun perlu berhati-hati dengan sikap pemimpin mereka yang tidak pernah konsisten dengan kenyataan yang dibuat.

"Dalam erti kata lain mereka suka berbohong kepada rakyat. Ingat dulu Presiden Umno yang juga Perdana Menteri kata parlimen tak akan dibubar, esoknya parlimen dibubar. Pemimpin mereka juga kata hagra minyak tak akan dinaikkan selepas pilihanraya, lihat sekarang apa dah jadi?," katanya lagi.

Penghormatan Tugu Negara : Mufti Perlis gesa PM bertaubat

Oleh Azamin Amin (Harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) -"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan."

Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.

Abdullah dilaporkan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.

Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," kata Dr Asri dalam laman web Minda Mufti baru-baru ini.

Tahun lalu dalam isu yang sama, pelbagai pihak turut meyelar tindakan Abdullah yang dilihat membelakangi fatwa ulama dan mufti yang menegah perbuatan memberi penghormatan kepada Tugu Negara.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : "Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan."

Friday, August 01, 2008

Pemuda PAS Perlis kesal kadar kes rogol di Perlis meningkat

KANGAR, 1 Ogos (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) dengan rasa penuh prihatin melahirkan kekesalan di atas peningkatan kadar kes rogol khususnya yang membabitkan gadis bawah umur di negeri ini.

Ini berikutan kenyataan Ketua Polis Perlis, Dato' Ghazali Mohd Amin bahawa kes rogol meningkat sehingga lebih 85 peratus bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini khususnya peningkatan ketara kes rogol bawah umur yang katanya amat membimbangkan.

Tambahan pula, sebahagian besar kes rogol bawah umur dilaporkan dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa iaitu sama ada kekasih, jiran atau saudara mara.

Begitu juga, siasatan mendapati kejadian berlaku atas kerelaan mangsa tetapi apabila berlaku ke atas gadis bawah umur, ia diklasifikasikan sebagai rogol.

Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman melahirkan rasa kesal dan terkejut dengan statistik yang begitu membimbangkan ini apatah lagi ia lebih bersifat perlakuan seks bebas atau perzinaan.

"Laporan menyatakan kebanyakan kes melibatkan kerelaan dan hanya diklasifikasikan sebagai rogol kerana melibatkan gadis bawah umur. Ini amat mengejutkan kita. Kalau dengan kerelaan bukan rogol namanya, tapi zina atau seks bebas. Statistik yang diberikan juga adalah besar bagi negeri Perlis yang kecil ini.

"Kita yakin dalam kebanyakan kes, ia hanya dilaporkan apabila gadis-gadis ini sudah terlanjur. Itu yang berlapor, entah berapa banyak lagi yang tak berlapor atau berapa banyak lagi yang bakal dilaporkan," katanya.

Menurutnya, kejadian sedemikian terjadi akibat kegagalan sistem pendidikan di negara ini untuk memberikan penekanan ke arah pengukuhan iman dan akhlak kepada para pelajar dan golongan remaja.

Selain itu katanya, golongan ini juga didedahkan dengan pelbagai perkara yang merosakkan pemikiran mereka yang mendorong ke arah perlakuan maksiat dan dosa.

"Hari ini penyalahgunaan teknologi seperti komputer, internet dan telefon mudah alih membolehkan pelajar berkongsi menonton gambar atau filem lucah.

"Mereka juga sering didedahkan dengan budaya hedonisme atau hiburan melampau yang turut ditaja oleh pihak kerajaan, pergaulan bebas tanpa batasan dan akhirnya terjebak ke kancah maksiat," katanya.

Ustaz Ya'akub juga melihat peranan ibu bapa juga penting dalam pembentukan peribadi anak-anak khususnya yang memasuki alam remaja.

"Jiwa mereka jika tidak diisi dengan iman, akan mudahlah dipengaruhi dengan pelbagai perkara yang merosakkan. Ibu bapa tak boleh sepenuhnya menyerahkan tugas mendidik anak-anak kepada guru-guru di sekolah sebaliknya mengambil berat apa yang dilakukan anak-anak selepas waktu persekolahan.

"Pendidikan agama di luar sekolah juga perlu ditekankan. Ajar mereka menghadiri kelas pengajian agama di masjid atau surau," ujarnya. Tambahnya, pihak berwajib perlu memperhebatkan peranan dalam memberi penekanan ke arah pembentukan iman, akhlak dan moral golongan remaja di samping mengusahakan kempen berkaitan bahaya hedonisme dan pergaulan bebas.

"Pemuda PAS Perlis bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha membanteras atau membendung gejala sosial serta maksiat di negeri ini," jelasnya.