Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, April 27, 2012

PAS Perlis lapor SPRM kos persembahan Gema Cahaya

KANGAR, 27 April: PAS Perlis membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kesangsian peruntukan yang bakal dibelanjakan untuk program persembahan Gema Cahaya sempena perasmian sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia di Kangar, Mei depan. 

Laporan tersebut dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Rus'sele Eizan semalam dengan menyerahkan dokumen pelaksanaan projek tersebut di pejabat SPRM Perlis, di sini. 


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat ditemani Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman membuat laporan ekoran kesangsian yang terdapat dalam peruntukan yang bakal digunakan itu yang didakwa menggunakan peruntukan daripada wang pelajar sekolah untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup, Seni dan wang asrama. 


Menurutnya, tiada arahan rasmi daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Perlis berkaitan penggunaan wang itu. Persembahan Gema Cahaya dijangka membabitkan lebih 14,000 orang pelajar dari seluruh negeri Perlis yang bakal mempersembahkan pukulan kakkung (yang diperbuat dari buluh) dan gendang yang diperbuat daripada tong sampah yang dibalut kain. 

"Apa yang kita pertikaikan di sini ialah peruntukan itu digunakan secara tidak betul dari peruntukan wang untuk pelajar sekolah. Saya dah bangkitkan perkara ini pada Sidang Dun Perlis kelmarin. Jawapan kerajaan amat tidak memuaskan kerana disebut pembabitan pelajar ini adalah untuk memberikan markah kepada mereka. 

"Maklumat yang kita perolehi, kakkung dan gendang yang digunakan bukan dibuat oleh pelajar tapi diswastakan dengan kos keseluruhan melebihi RM200 ribu," jelasnya. 

Kata Rus'ele lagi, beliau meminta SPRM menyiasat mengapa wang dari peruntukan pelajar digunakan sedangkan kerajaan boleh mencari peruntukan untuk program tersebut. 

"Kita tak kisah kalau pembabitan pelajar ini kerana nak cipta rekod untuk Malaysia Book of Records, tapi yang kita pertikaikan ialah peruntukan besar yang digunakan. Itu belum masuk lagi perbelanjaan makan dan pengangkutan pelajar-pelajar ini lagi untuk dibawa ke stadium nanti. 

"Kita jangkakan semuanya boleh mencecah hampir RM400,000. Jadi kita harap perkara ini dapat disiasat sebaiknya oleh SPRM," jelasnya.

BR1M: PAS tak minta, beri tak halang

Harakahdaily

KANGAR: PAS Perlis menepis dakwaan liar yang menyatakan bahawa ahlinya yang menerima Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) diwajibkan menyumbang kepada parti sebanyak sepuluh peratus.

Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Adun Sanglang, Ustaz Hashim Jasin (gambar)menafikan dakwaan tersebut sepertimana soalan lisan Khairi Hasan (BN-Mata Ayer) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis semalam.

Pada sesi soalan lisan sidang tersebut, Khairi meminta penjelasan dari pihak kerajaan berapa ramaikah penyokong pembangkang yang menerima bantuan tersebut serta benarkah penyokong PAS yang mendapat bantuan tersebut diberitakan memberi sebanyak sepuluh peratus kepada parti.

Menjawab soalan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu berkata jawapan kepada persoalan ini mungkin boleh diberikan oleh wakil rakyat dari PAS.

Ustaz Hashim dalam ucapannya membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan  berkata PAS tidak pernah mengeluarkan arahan kepada ahlinya untuk memberikan wang BR1M kepada parti.

"Mengenai dakwaan tersebut, kami nafikan perkara itu. Memang tak ada. Namun kalau ada orang nak bagi kepada PAS kami tak boleh nak halang, tapi parti tidak pernah memaksa ahli untuk memberi sumbangan," jelasnya.

Mat Sabu: Hadir ke Bersih 3.0 Dua Kali Wajib!


KANGAR - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kehadiran ahli-ahli PAS ke himpunan Bersih 3.0- Duduk Bantah adalah dua kali wajib memandangkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri akan turun ke himpunan tersebut.

Dalam ucapannya malam tadi, beliau menyeru orang ramai untuk turun ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini bersama-sama pimpinan politik dan NGO untuk sama-sama menuntut suatu sistem pilihanraya yang bersih dan adil.

"Presiden PAS mengatakan turun ke Bersih 3.0 adalah wajib, maka ahli-ahli PAS semuanya kena hadir. Bila Presiden sendiri dah kata dia sendiri pun akan turun, maka Bersih 3.0 dah jadi dua kali wajib. Semua ahli kena turun,"katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 2 ribu orang yang dalam majlis ceramah yang diadakan buat julung kalinya di Felda Unit Tebu, Chuping dekat semalam.

Makluman Penting... Majlis Ramah Mesra Perintis dibatalkan

Majlis Ramah-mesra Persatuan Anak Perlis Di Perantauan (PERINTIS) bersama pimpinan PAS Perlis yang dijangka akan berlangsung pada 29 April ini di Dewan Dato’ Fadzil Mohd Nor KUIZM, Taman Melewar ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Dewan Pemuda PAS Perlisselaku penganjur program ini mengumumkan program tersebut terpaksa ditangguhkan memandangkan ianya bertembung dengan beberapa program besar dalam masa terdekat .

Sehubungan itu, pihak penganjur memohon maaf dengan sebarang kesulitan yang berlaku. Perkembangan terkini boleh diikut melalui melalui laman Facebook Persatuan Anak Perlis Di Perantauan (PERINTIS) atau E-Buletin Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis.

HARAP MAKLUM.

Jom pi jangan tak pi...

Jom Duduk Bantah..Wajib Hadir

Sunday, April 01, 2012

Apa dah jadi dengan PPMP?


Perkongsian Perusahaan Melayu Perlis (PPMP) dulunya merupakan sebuah syarikat Melayu yang terunggul khususnya dalam bidang pengangkutan. Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perlis 15 Disember 2011, Dewan diberitahun syarikat ini merupakan salah sebuah anak syarikat Perbadangan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) yang dorman atau tidak beroperasi yang sedang dalam proses penutupan...Mengapa jadi begini????


Adakah ini telah menjustifikasikan usikan rakyat Perlis sedikit masa dulu tentang PPMP.... Pelan Pelan Mampuih Pi.....

Pemuda PAS kesal penari tiang hanya didenda RM25

Pemuda PAS terkejut dan kesal dengan keputusan tiga wanita yang bersalah berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang hanya didenda RM25 sahaja sedangkan imam yang dituduh menghina mahkamah di penjara setahun.

Ketua Penerangannya Riduan Mohd Nor secara menyindir menyifatkan hukuman itu sebagai "definisi keadilan Islam sebenar" menurut perspektif penguasa hari ini.

"Pemuda PAS merasa terkejut dengan hukuman ini kerana berpendapat kesalahan yang mereka lakukan amat serius dan berat.

"Perbuatan yang mereka lakukan merupakan suatu dosa besar di sisi Islam kerana membuka aurat dan mendorong perbuatan zina kepada pengunjung yang hadir," katanya.

Media melaporkan Mahkamah Majistret Seremban menjatuhkan hukuman denda RM25 kepada Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, selepas mereka mengaku bersalah kerana berkelakuan demikian di pusat hiburan di Nilai.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Dakwa Riduan, hukuman tersebut "hanya menjadi bahan ketawa dan perlecehan masyarakat" terutama mereka yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

Sehubungan itu, dakwanya, kes tersebut membuktikan kerajaan BN tidak mampu membendung perbuatan maksiat di kalangan masyarakat, malah didakwa memandang ringan perbuatan tersebut.

"Apalah pembelaan yang boleh diharapkan dari sebuah kerajaan yang kononnya memperjuangkan Islam di negara ini jika agama Islam terus diperlekehkan," katanya.

Thursday, March 15, 2012

Hakim pun dah kena rasuah: Pak Wan Khazim

Dalam ceramahnya di Beseri malam tadi, aktivis veteran, Pak Wan Khazim berkata rakyat adalah hakim kepada pemerintah. Tapi dalam menghadapi PRU ke 13 akan datang, para hakim telah dirasuah dengan BR1M sebanyak RM500.

Cow-cow punya kartun



Dewan Ulamak PAS Perlis sokong khutbah isu judi

KANGAR - Dewan Ulama PAS Perlis menyokong penuh pihak Jabatan Mufti Perlis yang mengeluarkan teks khutbah yang menyentuh permasalahan masyarakat yang mampu memberikan pengajaran berkaitan isu tertentu.

Menurut Timbalan Ketuanya, Ustaz Salleh Adam, teks khutbah yang diedarkan ke seluruh negeri 9 Mac lalu yang menyentuh isu judi adalah baik memnadangkan masih ramai di
kalangan umat Islam yang tidak faham pengertian sebenar judi.

"Kita menyokong usaha Jabatan Mufti yang mengeluarkan teks khutbah yang dibaca oleh para khatib di seluruh Perlis khususnya berkaitan isu judi baru-baru ini. Ianya selaras dengan ayat 90 Surah al-Maidah yang menerangkan tentang dosa besar dan kebururkan jenayah syariah seperti arak dan judi," jelasnya.

Tambah beliau lagi, teks khutbah tersebut turut mengupas tentang judi yang bukan sahaja dilakukan secara terang seperti pertaruhan permainan pakau, nombor ekor dan sebagainya, tetapi turut menyebut tentang pertaruhan yang dibuat dari penganjuran acara tertentu seperti pertandingan memancing yang turut mempunyai unsur-unsur perjudian.

"Dosa besar ini juga sama seperti arak yang akan jatuh ke atas golongan yang membenarkan program perjudian diadakan secara terbuka seperti pemberian lesen perjuadian atau pembinaan sebuah premis perjudian besar di Genting Highlands umpamanya yang diamalkan oleh kerajaan Umno-BN sekarang. Ini juga melibatkan golongan yang menyokong mereka.

"Tidakkah kita berasa gerun gerun dengan statistik yang dikeluarkan di mana di negara ini terdapat ribuan premis perjudian yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan?.

"Mungkin pada masa depan Jabatan Mufti boleh keluarkan pula khutbah bertajuk "Tumbangkan kerajaan yang menggalakkan perjudian di Malaysia - Nahi Munkar" seperti yang ditentukan Al-Quran dan al-hadis," katanya lagi.

Kalau dah tak mampu....

CLIK DI FOTO

atau

Pesan Bestari

Al-Fatihah

Info Rakyat



Perlis Essential Oils gagal, kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat

Oleh Wartawan Harakah

KANGAR- Kerajaan negeri Perlis diminta untuk menjelaskan kegagalan projek anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) iaitu Perlis Essential Oils Sdn Bhd (PEO).

Berdasarkan maklumat, PEO ditubuhkan secara usahasama antara PKENPs, Mardi-Tech Sdn Bhd dan Mohd Murray Hunter pada 15 Mac 1997 untuk menguruskan projek menghasilkan minyak pati (essential oil) daripada 'pokok tea' atau tea tree bagi kegunaan pembuatan minyak wangi.

Menurut jawapan soalan lisan pada sidang dewan undangan negeri perlis 15 disember 2011, PEO kini tersenarai sebagai salah satu daripada 32 buah syarikat PKENPs yang kini tidak beroperasi. Syarikat ini kini berstatus dorman dan sedang dalam perbincangan oleh pemegang ekuiti bagi menentukan hala tuju syarikat.

Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman berkata, projek tersebut yang bernilai jutaan ringgit gagal walaupun mendapat pelbagai bantuan kewangan termasuk dari kerajaan pusat .

Katanya, projek yang dijalankan di Beseri itu adalah untuk memebangunkan tanak seluas kira-kira 40 hektar untuk dibangunkan dengan tanaman 'tea tree', pusat penyelidikan dan kilang memproses minyak pati dengan modal awalnya RM1.36 juta.

"Kita juga mendapat maklumat bahawa projek ini turut mendapat suntikan kewangan dari kerajaan pusat sebanyak RM4.14 juta selain dana RM650,000 daripada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

"Apa yang berlaku kini, projek ini gagal dan premisnya kini terbiar. Kita juga berasa hairan mengapa projek tersebut yang belum tentu menjamin sebarang hasil lagi, tetapi sebanyak 12 pintu bilik pameran telah disediakan?," jelasnya.

Tinjauan Harakah mendapati premis PEO tersebut yang berupa bangunan pentadbiran, makmal, bilik pameran dan unit kilang kini terbiar dan sudah dipenuhi semak-samun.

Manakala kilang pemprosesannya pula kini sudah rosak dengan komponen-komponen tertentu sudah menjadi mangsa pencuri besi buruk.

Ustaz Ya'akub berkata, pihak kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat kegagalan projek ini.

"PAS Perlis berharap kerajaan negeri dapat memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kegagalan projek seperti ini memandangkan banyak projek yang diusahakan melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) menemui kegagalan. Banyak lagi pendedahan yang bakal dibuat supaya rakyat dapat menilai prestasi pentadbiran kerajaan BN selama ini," katanya.

Kerja Islam semua mulia

KANGAR - Petugas PAS diminta untuk tidak memperlekehkan usaha untuk menegakkan syariat Islam tidak mengira apa jua kerja yang dilakukan, kata Timbalan Speaker DUN Kedah, Ustaz Ahmad 'Izzat Sahuki.

Katanya, dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang,setiap petugas perlu mempersiapkan diri dengan segala kekuatan yang ada selain mempunyai sifat sabar yang tinggi dalam menempuh segala cabaran.

"Kita buat kerja Islam ni semuanya mulia. Jangan anggap satu-satu kerja ini lekeh. Tak kira kita masak nasi atau sapu sampah, semua kerja untuk Islam adalah mulia.

"Nak masuk pilihanraya ni sifat walak dan taat kita perlulah tinggi.Dalam suasana perang ni kena patuh satu arahan sahaja. Kalau ikut banyak arahan nanti celaru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja "Kepentingan Tarbiah Dalam menghadapi pilinaranraya di program Ijtima Tarbawi PRU-13 PAS Kawasan Kangar di Kompleks PAS Perlis baru-baru ini.

Usrah Multimedia

Usrah cara baru kaedah multimedia menggunakan modul Akademi Kempimpinan Pemuda. Program diadakan di Kompleks PAS Padang Besar baru-baru ini dengan diterajui oleh Setiausaha Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudeen

Kembara Puncak Janing 2012


DACS Perlis menganjurkan program konvoi bermotosikal "Kembara Puncak Janing 2012" ke Lata Hujan Puncak Janing, Kedah pada 3 Mac lalu.