Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, March 15, 2012

Perlis Essential Oils gagal, kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat

Oleh Wartawan Harakah

KANGAR- Kerajaan negeri Perlis diminta untuk menjelaskan kegagalan projek anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) iaitu Perlis Essential Oils Sdn Bhd (PEO).

Berdasarkan maklumat, PEO ditubuhkan secara usahasama antara PKENPs, Mardi-Tech Sdn Bhd dan Mohd Murray Hunter pada 15 Mac 1997 untuk menguruskan projek menghasilkan minyak pati (essential oil) daripada 'pokok tea' atau tea tree bagi kegunaan pembuatan minyak wangi.

Menurut jawapan soalan lisan pada sidang dewan undangan negeri perlis 15 disember 2011, PEO kini tersenarai sebagai salah satu daripada 32 buah syarikat PKENPs yang kini tidak beroperasi. Syarikat ini kini berstatus dorman dan sedang dalam perbincangan oleh pemegang ekuiti bagi menentukan hala tuju syarikat.

Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman berkata, projek tersebut yang bernilai jutaan ringgit gagal walaupun mendapat pelbagai bantuan kewangan termasuk dari kerajaan pusat .

Katanya, projek yang dijalankan di Beseri itu adalah untuk memebangunkan tanak seluas kira-kira 40 hektar untuk dibangunkan dengan tanaman 'tea tree', pusat penyelidikan dan kilang memproses minyak pati dengan modal awalnya RM1.36 juta.

"Kita juga mendapat maklumat bahawa projek ini turut mendapat suntikan kewangan dari kerajaan pusat sebanyak RM4.14 juta selain dana RM650,000 daripada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (kini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan).

"Apa yang berlaku kini, projek ini gagal dan premisnya kini terbiar. Kita juga berasa hairan mengapa projek tersebut yang belum tentu menjamin sebarang hasil lagi, tetapi sebanyak 12 pintu bilik pameran telah disediakan?," jelasnya.

Tinjauan Harakah mendapati premis PEO tersebut yang berupa bangunan pentadbiran, makmal, bilik pameran dan unit kilang kini terbiar dan sudah dipenuhi semak-samun.

Manakala kilang pemprosesannya pula kini sudah rosak dengan komponen-komponen tertentu sudah menjadi mangsa pencuri besi buruk.

Ustaz Ya'akub berkata, pihak kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat kegagalan projek ini.

"PAS Perlis berharap kerajaan negeri dapat memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kegagalan projek seperti ini memandangkan banyak projek yang diusahakan melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) menemui kegagalan. Banyak lagi pendedahan yang bakal dibuat supaya rakyat dapat menilai prestasi pentadbiran kerajaan BN selama ini," katanya.

1 comment:

Anak Perelih said...

shahidan makan duit dana projek ni... dengaq cerita mat salleh ni pi buat projek yg sama di Sabah dgn kerajaan Sabah dan berjaya...