Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, April 27, 2012

BR1M: PAS tak minta, beri tak halang

Harakahdaily

KANGAR: PAS Perlis menepis dakwaan liar yang menyatakan bahawa ahlinya yang menerima Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) diwajibkan menyumbang kepada parti sebanyak sepuluh peratus.

Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Adun Sanglang, Ustaz Hashim Jasin (gambar)menafikan dakwaan tersebut sepertimana soalan lisan Khairi Hasan (BN-Mata Ayer) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis semalam.

Pada sesi soalan lisan sidang tersebut, Khairi meminta penjelasan dari pihak kerajaan berapa ramaikah penyokong pembangkang yang menerima bantuan tersebut serta benarkah penyokong PAS yang mendapat bantuan tersebut diberitakan memberi sebanyak sepuluh peratus kepada parti.

Menjawab soalan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu berkata jawapan kepada persoalan ini mungkin boleh diberikan oleh wakil rakyat dari PAS.

Ustaz Hashim dalam ucapannya membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan  berkata PAS tidak pernah mengeluarkan arahan kepada ahlinya untuk memberikan wang BR1M kepada parti.

"Mengenai dakwaan tersebut, kami nafikan perkara itu. Memang tak ada. Namun kalau ada orang nak bagi kepada PAS kami tak boleh nak halang, tapi parti tidak pernah memaksa ahli untuk memberi sumbangan," jelasnya.

No comments: