Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, December 06, 2012

RINGKAS DARI SIDANG DUN PERLIS


IPTIPS bakal dirombak

Sidang DUN Perlis diberitahu oleh Exco Agama,  Jafperi Othman (BN-Guar Sanji) bahawa Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) bakal dirombak pegurusannya bermula dari jawatan teringgi.

Menggulung perbahasan bajet 2013, Jafperi berkata untuk tuuan penambahbaikan IPTIPs, pihak kerajaan telah menubuhkan tiga jawatankuasa.

Dalam Sidang DUN Perlis kali ini, isu IPTIPs terud dibangkitkan oleh ahli dewan.

Perlis tak mampu saingi negeri Pakatan Rakyat

Khairy Hasan (BN-Mata Ayer) mengakui kerajaan Perlis tidak mampu untuk bersaing dengan negeri lain termasuk negeri di bawah Pakatan Rakyat bagi menarik pelaburan asing dan perlu dibantu oleh kerajaan pusat.

Katanya, untuk membawa pelaburan asing, Perlis tidak mampu untuk bersaing dengan kawasan seperti di Kulim (Kedah) dan Shah Alam (Selangor) serta Pasir Gudang (Johor).

Tegur Exco Agama

Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat) menegur Exco Agama,  Jafperi Othman (BN-Guar Sanji) yang cuba mengaitkan PAS mengikut telunjuk parti-part lain di dalam Pakatan Rakyat.

Jafperi dalam ucapan penggulungan perbahasan bajet cuba membangkitkan isu-isu yang sudah diselesaikan di dalam Pakatan Rakyat termasuk isi sensitif berkaitan agama Islam seperti masalah azan.

"Saya tak tahu apa jenis Exco yang bercakap macam ni. Cuba Yang Berhormat pergi ke Selangor, adakah azan tidak boleh berkumandang," tanya Rus'sele.


Kualiti bekalan air masih teruk

Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) berkata kualiti bekalan air yang diterima di Perlis masih lagi belum memuaskan dan meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera.

"Saya pun hairan air yang kita dapat seminggu jernih kemudian merah balik, sebulan jernih kemudian merah balik. Kita nak berbangga dengan orang Kelantan pun tak boleh kalau macam ni,"katanya.


Belanjakan bajet SUKMA dengan sebaiknya

Dalam ucapannya membahaskan bajet 2013, Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) meminta kerajaan supaya menggunakan peruntukan untuk penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2104 di perlis dengan sebaiknya.

"Bajet untuk Sukma tu saya lihat banyak sangat, cukup belanja untuk setahun negeri Perlis. Biarlah angka yang dibelanjakan itu mendapat keberkatan dan hasil yang munasabah," katanya.

Tunggakan hasil air RM21.8 juta

Sidang DUN Perlis diberitahu bahawa jumlah tunggakan hasil air yang belum dapat dikutip sehingga September 2012 adalah berjumlah RM21.773 juta merangkumi akaun yang masih aktif sebanyak RM16.18 juta dan RM5.6 juta akaun tidak aktif.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Md Isa Sabu ketika menjawab soalan lisan Rus'sele Eizan (PAS-Simpang Empat).

Rakyat sudah cerdik

Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) berkata bahawa rakyat sekarang hatta golongan tua sekalipun sudah cerdik  dan mengetahui bahawa setiap pemberian oleh kerajaan adalah hak mereka.

Bangun mencelah ucapan Dato' Seri Sahidan Kassim (BN-Tambun Tulang), beliau berkata zaman sekarang sudah berbeza berbanding zaman dahlu di mana tahap pemikiran dan pandangan rakyat jugaberubah mengikut zaman.

"Apakah Yang Berhormat sedar bahawa sekarang ini sudah masuk tahun 2012 dan bukannya seperti tahun 1960-an dulu. Mentaliti rakyat sekarang pun sudah berbeza berbanding dulu.Macam wakil Mata Ayer sebut PAS hanya bagi beras sekampit berbanding dengan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan dan sebaginya tadi, rakyat sudah tahu membezakannya. Kalau PAS bagi tentunya dari sumbangan orang dan bial BN bagi itu dari kerajaan dan itu hak mereka," jelasnya.

No comments: