Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, April 27, 2012

Jangan sampai terlajak cakap


KANGAR - Ustaz Hashim Jasin (PAS-Sanglang) menegur sikap pimpinan BN yang menuduh pimpinan PAS melakukan rasuah politik yang besar dengan menjanjikan syurga kepada orang yang mengundi PAS di dalam pillihanraya.

Berucap membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan Tambahan pada sidang DUN Perlis 24 April lalu, beliau berkata tuduhan sedemkian adalah menghina Rasulullah SAW.


"Tuduhan itu bagi kita orang Islam bukannya hanya dari Nik aziz atau Haji Hadi tapi kita juga menuduh Rasulullah memberikan rasuah bila baginda berjanji syurga kepada org ansar yang datang bebaiah untuk menerima kedatangan golongan muhajirin ke Madinah yang mana Nabi turut memberi jaminan mereka akan mendapat ganjaran syurga.


"Yang kita bimbang takut nanti kita terlajak cakap dan tidak sedar kita melakukan kesalahan yang mana apabila kita merendahkan kedudukan Rasulullah, perkara ini boleh masuk di dalam perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah," jelasnya.

Dato' Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) yang mencelah kemudiannya menyifatkan ucapan Ustaz Hashim tidak adil seolah-olah menggambarkan PAS sama dengan Rasulullah SAW.

Ustaz Hashim menajwab bahawa janji syurga yang disebut oleh Nabi SAW ialah apabila kita berbuat sesuatu itu mengikut syariah, maka  ganjarannya adalah syurga.

"Kita nak beri peringatan di sini sebagai seorang Islam bukannya sebagai orang PAS supaya jangan nanti ada yang terlajak cakap," ujarnya lagi.

No comments: