Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, October 29, 2010

Laporan Audit: Chalet Kurong Tengar terbiar

KANGAR - Bangunan siap tetapi tidak digunakan selama 32 bulan. Begitulah laporan Ketua Audit Negara ke atas bangunan penempatan di Kurong Tengar, Mukim Kuala Perlis, dibina di atas tanah milik Kerajaan Negeri Perlis dengan kos RM2.56 juta.

Chalet di Kurong Tengar

Projek ini dilaksanakan dengan peruntukan daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM1.47 juta dan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.09 juta. Sumber daripada Kerajaan Persekutuan merupakan lebihan peruntukan daripada Projek Membina Rumah Penempatan Sementara Mangsa Kebakaran Kampung Tok Po, Kuala Perlis.

Projek ini melibatkan pembinaan 15 blok bangunan dua tingkat yang mengandungi dua unit setiap blok dan dilengkapi perabot untuk menyediakan kemudahan penginapan berkonsepkan chalet bagi menggalakkan sektor pelancongan.

Pembinaannya dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Perlis mulai April 2005 dan siap pada akhir bulan September 2007 setelah mendapat empat lanjutan masa selama 563 hari. Chalet tersebut diserahkan kepada Kerajaan Negeri melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada bulan November 2008

Hasil pengauditan yang dijalankan dari bulan September hingga Disember 2009 serta lawatan susulan pada bulan Februari 2010 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan projek ini adalah tidak memuaskan kerana terdapat kelemahan dikenal pasti yang menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Negeri kerana tidak memberi pulangan hasil.

Najis musang pun ada

Selain tidak digunakan selama 32 bulan, kualiti sebahagian kecil kerja pembinaan tidak mengikut spesifikasi, projek lewat siap menyebabkan sebahagian kos pengurusan meningkat dan kerja-kerja penyenggaraan kawasan tidak memuaskan.

Penemuan audit mendapati punca utama chalet tidak digunakan ialah kegagalan Jabatan menyediakan kajian kemungkinan bagi memastikan projek berdaya maju untuk dibangunkan.

Semakan audit juga mendapati chalet ini tidak mempunyai kemudahan seperti dewan, pejabat,pondok keselamatan, kafeteria, kemudahan parkir dan kaunter khidmat pelanggan.

Selain itu, laporan audit mendapti kerajaan negeri telah mendapat cadangan daripada empat operator yang berminat untuk memajukan chalet tetapi terpaksa ditolak kerana tawaran sewaan yang murah.

Ini termasuk cadangan daripada Universiti Malaysia Perlis untuk menyewa chalet tersebut untuk dijadikan kediaman pelajar.

Tahi cicak

Tiang di tengah bilik

Penemuan Audit:

1) Bangunan Siap Tidak Digunakan
Lawatan Audit pada bulan September 2009 mendapati chalet yang dibina dengan kosRM2.56 juta masih belum digunakan lagi. Tempoh tidak digunakan sehingga Mei 2010adalah selama dua tahun lapan bulan bermula dari tarikh projek disiapkan.

2) Kualiti Kerja Tidak Mematuhi Peraturan/Spesifikasi Ditetapkan
  1. Ketinggian Tangga Tidak Mengikut Peraturan/Spesifikasi
  2. Susur Tangan Tidak Dibina
  3. Dua Pintu Tandas Tidak Dapat Dibuka Sepenuhnya
  4. Lantai Dimakan Bubuk

3) Reka Bentuk Struktur Bangunan Tidak Sesuai

  1. Kedudukan Tiang Dalam Bilik Tidur Dan Bilik Air Tidak Sesuai
  2. Penggunaan Dinding Jenis Papan Simen Tidak Sesuai
  3. Susur Tangan Tidak Dibina Pada Beranda
  4. Lekapan Dan Struktur Tangga Berkarat
  5. Papan agihan elektrik tidak dilabelkan dan dikongsi penggunaannya
  6. Jeriji penutup longkang tidak disediakan


4. Kawasan Chalet Tidak disengarakan
a. Semak samun
b. Najis musang dan cicak terdapat di lantai beranda dan tepi tingkap

5) Pengurusan Kontrak Tidak Memuaskan

  1. Dokumen kontrak lewat ditandatangan
  2. Minit Mesyuarat Tapak Tidak Disimpan
  3. Kelewatan Membuat Bayaran Kemajuan
  4. Kos Penyediaan Lukisan As Built Drawing Terlebih Tuntut
  5. Alasan Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa Tidak Wajar
  6. Aset Tidak Didaftarkan

No comments: