Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Wednesday, July 21, 2010

Majlis Penyerahan Piala dan Baju Tema Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala Pesuruhjaya PAS Perlis

Semalam diadakan penyerahan piala iringan dan baju tema Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala Pesuruhjaya PAS Perlis di Pejabat Perhubungan PAS Perlis, Kangar. Piala dan baju tersebut diserahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPNPs), Ustaz Yaakob Abu Seman kepada YB Ustaz Hasyim Jasin selaku Pesuruhjaya PAS Perlis dan ADUN Sanglang.

Majlis yang dihadiri oleh pimpinan-pimpinan PAS negeri diadakan bersempena dengan Usrah Bulanan Badan Perhubungan PAS Perlis.

Kejohanan Bola Sepak 7 sebelah yang julung-julung kali diadakan tersebut menawarkan hadiah yang begitu menarik dengan yuran penyertaan yang sangat murah iaitu RM 20 sepasukan. Pemenang tempat pertama akan mendapat wang tunai sebanyak RM 700 beserta piala iringan, tempat kedua RM 500, ketiga dan keempat RM 200 dan hadiah saguhati bagi tempat kelima hingga kelapan RM 50.

Kejohanan tersebut yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Julai ini akan diadakan di dua padang berbeza iaitu Padang TNB di Utan Aji dan Padang MADI di Jejawi Dalam. Hadiah yang sama akan diberikan di kedua-dua padang tersebut.

Pengarah kejohanan tersebut, Khairudin memberitahu sambutan yang diterima begitu menggalakkan. “Kita menerima sambutan diluar jangkaan dari peminat dan pemain bola sepak disekitar negeri ini. Mereka memuji pendekatan yang kita (PAS) gunakan” kata beliau. Menurut Khairudin lagi, penyertaan akan dibuka sehingga hari pertandingan untuk memberikan peluang kepada pasukan-pasukan bola sepak sekitar negeri Perlis menyertainya.



No comments: