Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, October 10, 2008

Pemuda PAS Perlis serah memorandum bantah pelajar Muslim sertai perarakan upacara agama Buddha

KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) hari ini menghantar memorandum membantah penglibatan pelajar-pelajar Muslim yang menyertai pancaragam sekolah mengiringi perarakan patung berhala Buddha yang diadakan Selasa lalu.

Dalam insiden 7 Oktober lalu, seramai lapan orang pelajar Muslim Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis (SMKPs) yang terlibat sebagai ahli pancaragam telah bersama-sama mengiringi perarakan upacara keagamaan tersebut bermula dari Tokong Sayur di hadapan bangunan KWSP ke tokong di Jalan Jubli Emas antara jam 9.00 hingga 9.30 malam.

Memorandum tersebut dihantar kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis, Pengetua SMKPs, Exco Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Negeri Perlis, Jafperi Othman serta Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Abdul malik Hussin.

Keempat-empat memorandum tersebut telah diserahkan sendiri oleh Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman dengan diiringi Exco DPPPs dan kawasan.

Memorandum diterima Penolong Kanan SMKPs,
Eniom a/l Endin kerana Pengetua dikatakan sedang bercuti
Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis, Abdul Hadi Harun menerima memorandum

Exco Agama Islam Perlis, Japferi Othman mendengar penjelasan dari Ustaz Ya'akub

Dalam memorandum tersebut, DPPPs melahirkankan rasa kesal terhadap pengetua SMKPs yang melibatkan lapan orang pelajar Muslim sebagai ahli pancaragam sekolah mengiringi upacara keagamaan tersebut.

DPPPs juga memandang serius perkara ini kerana melibatkan soal aqidah umat Islam.

"Dan pihak kami terkilan dengan ketidakprihatinan ini serta kurangnya sensitiviti pihak sekolah dalam memahami dan membezakan perkara umum dan perkara keagamaan.

"Kami membantah sekeras-kerasnya penglibatan pelajar Muslim kerana perkara ini boleh menjejaskan aqidah mereka dan telah mengguris hati ibu bapa mereka serta umat Islam yang menyaksikan perarakan itu khasnya dan seluruh penduduk Perlis yang meletakkan dasar negeri ini yang menjunjung tinggi Al-Quran dan As-sunnah," kata Ustaz Ya'akub ketika membacakan intipati memorandum tersebut.

Selain itu, DPPPs turut menuntut pihak sekolah memohon maaf kepada ibubapa atau waris para pelajar yang terlibat.

No comments: