Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, October 28, 2008

Isteri-isteri AJK Pemuda diminta beri sokongan penuh kepada suami

KANGAR - Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyeru para isteri Ahli Jawatan Kuasa Kerja (AJK) Pemuda PAS memberi sokongan sepenuhnya kepada suami-suami mereka yang melibatkan diri dalam perjuangan PAS.

Katanya, dengan sokongan yang penuh daripada para isteri, suami yang berjuang di dalam PAS akan merasakan lebih bersemangat untuk terus bekerja di dalam jemaah bagi memantapkan lagi usaha-usaha menegakkan Islam di dalam negara ini.

"Tidak kira di peringkat negeri atau kawasan, bila isteri memberi sokongan padu kepada suami, maka mereka akan lebih bersemangat untuk menghadiri program-program parti seperti mesyuarat, usrah atau tamrin," katanya.

Ustaz Ya'akub berkata demikian ketika menyampaikan ucapnnya di Majlis Ramah Mesra Ailfitri anjuran DPP Perlis yang diadakan di Restoran Anjung Keli dekat sini baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan bagi mempereratkan ukhuwah dan silaturrahim di kalangan AJK DPP negeri dan Kawasan-kawasan selain dapat berkenal-mesra dengan ahli keluarga masing-masing.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pimpinan PAS Perlis termasuk Pesuruhjaya, Ustaz Hashim Jasin dan Ketua Penerangan, Hairy Hashim.

No comments: