Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Sunday, July 23, 2006

Demonstrasi bantah kekejaman Israel di Masjid Arau

Protes!! :Bendera Zionis dan sekutu kuatnya Amerika dibakar
Ucapan bersemangat daripada Exco DPP Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin al-Hafiz


Bantah: Ratusan umat Islam membantah kekejaman Zionis di perkarangan Masjid Negeri, Arau

Oleh Wartawan Harakah

ARAU, 22 Julai - Slogan Jahanam Israel, Hidup Palestin berkumandang di bumi Perlis semalam bagi menyatakan bantahan umat Islam di negeri ini terhadap keganasan rejim Zionis-Israel di Palestin dan Lubnan.

Satu perhimpunan aman yang dianjurkan oleh PAS Perlis telah diadakan di perkarangan Masjid Negeri, Arau bagi menyedarkan umat Islam tentang kekejaman Israel di samping menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin dan Lubnan yang menghadapi serangan rejim terkutuk itu.

Lebih 500 orang telah berhimpun sejurus selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan di samping mendengar ucapan daripada pimpinan PAS Perlis.

Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Perlis(DPPPs) menjadi peneraju demonstrasi aman pada kali ini.
Program bermula dengan ucapan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abidin. Semasa ucapannya, seorang pegawai polis berpakaian preman cuba menghentikan ucapan beliau dengan alasan perhimpunan tiada permit, namun program tetap diteruskan.

Sejurus itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Hairy Hashim pula menyampaikan ucapannya yang berapi-api mengutuk serangan Israel ke atas Palestin dan Lubnan di samping mengecam sekeras-kerasnya sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat yang menyokong serangan tersebut.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin turut menyampaikan ucapannya dengan menyeru semua umat Islam bersatu menyatakan menyatakan penentangan terhadap Yahudi laknatullah dan membela nasib rakyat Palestin.

Dalam pada itu, bendera Israel dan Amerika Syarikat turut dibakar tanda kebencian terhadap dua kuasa mustakbirin dunia itu. Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ketua DPPPs, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil dan semuanya bersurai dengan aman selepas itu.

No comments: