Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Thursday, May 25, 2006

Noh gagal tafsir maksud modal insan
Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita
Jejawi 24 Mei : Timbalan Menteri Pelajaran , Datuk Noh Omar telah gagal menafsirkan maksud modal insan yang sebenarnya.Demikian pandangan yang diberikan oleh Ustaz Zolkharnain Abidin ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau adalah salah jika kita menyukat insan itu tidak boleh menjadi modal kepada negara hanya kerana tidak mengenal siapa Menteri Pelajaran sahaja tetapi lebih dari itu insan itu perlu kukuh hubungannya dengan tuhan.

Noh didalam laporan Berita Harian baru-baru ini dipetik sebagai berkata beliau kecewa dengan seorang pelajar cemerlang yang ingin memohon mengikuti kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM),tidak mengetahui siapa Menteri Pelajaran apabila ditanya beliau.

Beliau yang jelas kecewa dengan kejadian itu seterusnya mahu pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga berpengetahuan luas dan berpersonaliti unggul seiring dengan matlamat kerajaan yang mengutamakan pembangunan modal insan.

Ustaz Zolkharnain mengingatkan Noh bahawa ada pelajar yang langsung tidak tahu membaca al-Quran dan ini sekaligus menurut beliau menunjukkan sistem pelajaran di Malaysia sudah gagal untuk melahirkan insan berkualiti.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa Pemuda PAS Pusat juga memberikan contoh laporan Utusan Malaysia 20 Mei yang melaporkan bahawa terdapat kira-kira 51,000 orang murid tahun dua hingga enam di negeri Terengganu tidak tahu solat.

“Sistem pendidikan negara secara keseluruhan perlu dirombak untuk pastikan negara memiliki modal insan yang berkualiti,”katanya.

“Tiada gunanya insan yang kenal pemimpin tetapi tidak kenal tuhan,”tambah beliau lagi.

Bagi beliau,Noh dilihat sebagai lebih mengutamakan menteri dari solat.Sebab itu Noh lebih suka memberi respon kepada pelajar yang tidak tahu siapa “bos”nya daripada pelajar yang tidak tahu solat.

Ustaz Zolkharnain juga hairan kenapa dizaman yang serba canggih ini,masih ada lagi terdapat rakyat yang tidak mengenali pemimpin sendiri.

Secara ringkasnya menurut beliau ini adalah bukti negara berada dalam situasi parah dibawah pemerintahan BN.

“Atau mungkin pelajar itu meluat untuk sebut nama menteri tersebut sebab muak dengan sikap menteri-menteri Umno?,”soal beliau mengakhiri perbualan.