Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, May 22, 2006

Konvensyen PAS Perlis 2006 janjikan perubahan masa depan
Oleh : Mat Teropong
Kategori : Berita

Jejawi 21 Mei : Konvensyen PAS Perlis 2006 yang diadakan semalam menyaksikan resolusi yang menjanjikan perubahan yang lebih baik samada dari segi pemikiran dan juga tindakan PAS pada masa akan datang.

Konvensyen yang bertemakan Pergerakan Terpimpin – Peneraju Perubahan yang dianjurkan oleh Lujnah Politik dan Pilihanraya Badan Perhubungan Pas Perlis itu telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Majlis itu juga menyaksikan kehadiran seramai 275 peserta dari semua 3 kawasan di Perlis.

Antara resolusi yang telah diambil pada konvensyen itu ialah :

1.Memperakui bahawa Misi dan Tahap Operasi Minima Cawangan menjadi Rancangan Bertindak kepada keseluruhan cawangan-cawangan PAS di negeri Perlis.

2.Menyakini bahawa kelangsungan perjuangan PAS menuntut kepada kemantapan dalaman para pendukungnya maka proses pentarbiahan yang sedang berjalan perlu digerakkan secara maksimum dan optima bagi menyediakan para pendukung yang bersedia untuk menjalankan amanah perjuangan ini.

3.Menyedari kepentingan cawangan-cawangan sebagai nadi kepada perjuangan PAS, sewajarnya semua komponen jemaah menggabungjalin kekuatan bagi mengaktifkan dan mempertahankan cawangan-cawangan PAS.

4.Menerapkan pendekatan perhubungan antara perseorangan (inter personal) dan bersifat langsung (direct) melalui program parti yang lebih realistik serta peka dengan kehendak peringkat akar umbi.

5.Meningkatkan proses pemantauan dan bimbingan oleh pihak atasan kepada peringkat akar umbi parti bagi memastikan usaha pembangunan organisasi terhasil dengan sempurna.

6.Memperkukuhkan usaha penyaluran ilmu dan maklumat pengorganisasian untuk meningkatkan tahap urus tadbir parti disemua peringkat jemaah.

7.Memeperkasakan Dewan Ulama’,Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda bagi mengaktifkan proses perkaderan bagi menyediakan generasi pelapis yang berkualiti.

8.Meletakkan institusi pendidikan jemaah bermula dari PASTI, Sekolah Rendah Islam dan MADI sebagai milik bersama ahli PAS Perlis melalui perkongsian operasi dan pengurusan institusi-institusi berkenaan.