Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, March 29, 2010

Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz

KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-


KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN


PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010


Saturday, March 27, 2010

Dr M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis

Petikan Malaysiakini

Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut Mahathir, prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah.

Baca selanjutnya>>

Friday, March 26, 2010

Pilihanraya Kecil Lagi... Jom gempur BN habis-habisan

MP Hulu Selangor meninggal dunia

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Baca selanjutnya.

Jom Pi Mengaji Dengan Tok Guru

Thursday, March 25, 2010

Pejabat MB panggil 5 pemimpin Umno Padang Besar

Lima pemimpin akar umbi Umno bahagian Padang Besar, dipanggil ke pejabat Menteri Besar Perlis , Datuk Seri Dr Md Isa Sabu petang ini, berhubung mesyuarat tergempar mereka yang menyokong peletakan jawatan ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn.

Mereka terdiri daripada empat pemimpin Pemuda Umno bahagian dan seorang ahli jawatankuasa bahagian.

Ketika dihubungi pagi ini, ketua penerangan Pemuda Umno bahagian, Aidi Helmi Mohamed mengesahkan mereka telah dihubungi oleh setiausaha politik menteri besar, Azali Abas malam tadi.

Menurutnya, Azali meminta mereka hadir menemui beliau petang ini.

Bagaimanapun, katanya, mereka belum dimaklumkan masa sebenar pertemuan tersebut.

Aidi Helmi juga berkata, sehingga ini mereka belum pasti sama ada pertemuan juga membabitkan menteri besar sendiri.

Semalam, barisan kepemimpinan akar umbi Umno bahagian Padang Besar menyokong penuh hasrat Yip Sun Onn untuk meletak jawatan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar yang berlangsung malam sebelumnya yang dihadiri oleh kira-kira 30 pemimpin akar umbi bahagian.

Mereka termasuk empat pemimpin kanan Pemuda bahagian serta empat ahli jawatankuasa bahagian.

DUN Titi Tinggi terletak di bawah kawasan Parlimen Padang Besar.

Manakala Aidi Helmi pula mengeluar kenyataan, menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah diajak berbincang sama ada sebelum, semasa dan selepas surat tersebut dikeluarkan dan tidak pernah mengadakan apa-apa pertemuan sama ada untuk memujuk Yip menarik balik surat peletakan jawatannya.

Sebaliknya, beliau mendakwa Yip telah berbohong dan mempergunakan nama Pemuda Umno untuk menutup keterlanjurannya menyerahkan surat tersebut.


Peghelih La : Mai dok belah ni la adik-adik oii..Mai join kami la....

Yip tarik balik surat letak jawatan

ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menarik balik surat peletakan jawatannya lewat petang ini, melalui SMS kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Yazid mengesahkan bahawa beliau menerima SMS dari Yip pada kirak-kira jam 7 malam ini.

Ekoran keputusan Yip itu, beliau berkata, kerusi DUN Titi Tinggi tidak kosong "dan masih ada orangnya".

Menurut Yazid, dalam SMS tersebut, Yip berkata beliau telah menyedari dan menginsafi tindakannya meletakkan jawatan sebelum ini.

"Katanya, beliau lebih mementingkan parti dan penyokongnya di kawasannya dan di negeri Perlis," kata Yazid.

Menjawab soalan, Yazid menegaskan bahawa Yip menarik balik peletakan jawatannya atas kehendaknya sendiri dan bukan kerana ada sebarang janji yang ditawarkan.

Isnin lalu, Pada Yip, 52 menghantar surat peletakan jawatan sebagai ADUN Titi Tinggi kerana kecewa tidak dilantik semula memegang jawatan exco kerajaan negeri Perlis.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor.


Peghelih La: Isy isy tak jadi le pulak... Potong betoi... Dia dah insaf pulak!

Wednesday, March 24, 2010

Pemimpin Umno Padang Besar mahu Yip berhenti

Malaysiakini
Barisan kepemimpinan akar umbi Umno bahagian Padang Besar menyokong penuh hasrat ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn untuk meletak jawatan.


Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar yang berlangsung malam tadi yang dihadiri oleh kira-kira 30 pemimpin akar umbi bahagian.

Mereka termasuk empat pemimpin kanan Pemuda bahagian serta empat ahli jawatankuasa bahagian.

Ketika mengesahkan perkara itu, sumber-sumber Pemuda bahagian berkata berkata ini kerana Yip tidak komited untuk terus berkhidmat.

"Oleh kerana beliau sudah patah semangat untuk berkhidmat," kata sumber-sumber itu sambil menambah satu sidang akhbar mengenainya dijangka diadakan petang ini.

Sidang akhbar itu akan diadakan oleh Pemuda bahagian.

Tuesday, March 23, 2010

Pilihanraya Kecil Lagi???

Malaysiakini melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.

Yazid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini. Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.
Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.


Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".


"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.

Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak tahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

Saturday, March 20, 2010

Bila wartawan buat silap....

Ditulis oleh Wartawan Harakah

Nak menulis seuatu berita bukannya susah sangat. Kata para 'Sifu' kewartawanan, prinsip yang perlu diguna pakai ialah 5W (Who, What, When, Where, and Why). Nak tulis berita pulak kalau setakat 6 perenggan tu tak sampai 10 minit pun selesai...

Bagi seorang pemberita, kesilapan dalam pemberitaan bukanlah sesuatu yang pelik.. Tapi kena tengok juga kesilapan yang berlaku tu...

Biasanya bila berita dihantar, mungkin editor ubah ayat, kekadang jadi macam lain. Silap buat caption pun biasa juga, tapi kalau editor/layout yang silap masuk gambar cerita lain pulak (tu yang aku nak marah....)

Tapi yang paling membirukan muka waratawan ialah kesilapan fakta... Contohnya, berita di atas adalah satu kesilapan besar yang dibuat.. Raja Perlis adalah Tuanku Syed Sirajuddin Putra. Yang ditulis Tuanku Syed Putra, iaitu Ayahanda Tuanku Raja Perlis yang telah mangkat pada tahun 2000 dulu. Waaa ini kena pi mengadap Tuanku pohon derhaka ni.... Mungkin saudari wartawan Sinar ni mengejar deadline kot sehingga tersilap..Editor pulak tak check betul-betul.Kesian...

Pagi tadi saya duduk minum dengan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Bila diberitahu tentang kesilapan Sinar Harian di atas diapun menceritakan pengalaman dengan akhbar Sinar Harian tentang kenyataan beliau berkitan isu Zulkifli Nordin baru-baru ini.

Menurut Ustaz Tuan, statement yang dia beri kepada wartawan adalah berbeza dengan yang keluar di akhbar. Wartawan tersebut telahpun memohon maaf kepada beliau kerana menurutnya, editor yang ubah ayat dalam story dia...

Bila dah buat silap tu kena la buat Ralat dalam keluaran akan datang.. Kekadang tu ralat yang kecil orang bukan perasan pun... The damage is done... Adusss....

Mursyidul Am: Bukan Islam perhati buruknya perangai pemimpin politik Melayu

KOTA BHARU, 19 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masyarakat bukan Islam memerhatikan bagaimana buruknya perangai pemimpin politik Melayu.

Ini kerana pemimpin politik Melayu begitu buruk sekali perangai mereka apabila bertelagah sesama sendiri sehingga sanggup mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya.

Kata beliau, sepatutnya apabila seseorang ahli parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, dia menggunakan saluran parti untuk mengemukakan pandangan.

“Ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur sebagai sebuah pertubuhan sama ada melalui mesyuarat agung atau program lain.

"Namun dengan mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum, perbuatan itu jelas tidak berakhlak dan tidak bertamadun," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan kepincangan membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen, setelah keluar dari parti terbabit.

Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu juga mendedahkan nama lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan rancangan pembangkang mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat sepatutnya mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA apabila mereka menggunakan saluran parti bagi melantik atau menjatuhkan seseorang pemimpin.

Menurutnya, anggota parti mempunyai saluran tertentu untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka.

Friday, March 12, 2010

Ustaz Ya'akub: Kenapa perlu takut dikaji selidik?

KANGAR - Umno Perlis menunjukkan sikap keanak-anakkan apabila sebahagian pemimpinnya memprotes kaji selidik yang ingin diadakan ke atas kepimpinan Dato' Seri Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar.

Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman berkata, sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno itu sebenarnya menggambarkan sikap mereka yang tidak telus dan tidak sedia untuk menerima sebarang teguran.

Menurutnya, sebagai parti yang memerintah kerajaan negeri, Umno/BN harus sedia menerima sebarang teguran atau kritikan daripada rakyat. "Mereka perlu membuktikan sikap telus dan keterbukaan.

Mengapa ta
kut untuk dibuat kaji selidik sedemikian? Memang tepat jika kaji selidik ini dimulakan dari pimpinan tertinggi iaitu Menteri Besar," katanya.

Kaji selidik tentang populariti Menteri
Besar tersebut dilaporkan akan dijalankan oleh sekumpulan bekas pemimpin Umno negeri yang menamakan kumpulan mereka Majlis Tindakan Anak Perlis (Mantap).

Tugas pertama Mantap ialah membuat kaji selidik di kalangan 10,000 penduduk Perlis mengenai kepimpinan Md Isa sebagai Menteri Besar.


Bagaimanapun hasrat Mantap yang diterajui bekas Ketuai Penerangan Umno Perlis, Dato' Hashim Suboh ini mengundang bantahan dari beberapa orang pimpinan Umno Perlis.

Mengulas lanjut, Ustaz Ya'akub berkata, pimpinan sebuah kerajaan harus sedia menerima kritikan dan teguran dari pelbagai sudut ubagi memantapkan pentadbiran mereka.

Katanya, setiap pihak samada rakyat di pelbagai peringkat, ahli parti ataupun pembangkang berhak membuat kritikan memberikan teguran mahupun memberikan pandangan kepada kerajaan negeri.

"Tempoh dua tahun Md Isa sebagai Menteri Besar bukanlah isunya, yang pentingnya orang ramai berhak memberikan pandangan berkaitan kerajaan negeri.

Ini selaras dengan hasrat Md
Isa sendiri yang mahu agar rakyat membuat penilaian terhadap kepimpinan beliau.

"Contoh yang sama kita boleh ambil dari Menteri Besar Kedah sendiri yang sedia menerima sebarang kritikan dan teguran asalkan ianya bukan berunsur fitnah," jelasnya.


Bagaimanapun ditanya tentang pergolakan dalam Umno perlis, Ustaz Ya'akub tidak menolak kemungkinan wujudnya agenda lain di sebalik kaji selidik yang akan diadakan oleh Mantap itu.


"Jika kita lihat keadaan politik Umno Perlis, ini mungkin juga agenda politik satu pihak yang lain yang ingin menggunakan kaji selidik ini untuk menjatuhkan pihak yang lain. Politiking di dalam Umno Perlis memang dilihat akan terus menjadi satu barah yang terus mencengkam mereka," ujarnya.

POLITIK JIWA KECIL DI PERLIS

Petikan dari blog Nobisha

Tun Dr Mahatir Mohamad pernah bergurau mengatakan Perlis terlalu kecil. Sebab itulah tak boleh nak buat lapangan terbang di negeri itu, bimbang Boeing 747 terlajak ke Siam sewaktu mendarat!

Perlis memang kecil. Pilihlah mana-mana tempat di negeri itu, nak ke Kangar hanya memakan masa tidak sampai 30 minit. Kalau Menteri Besar Perlis nak buat mesyuarat, dia perlukan tak sampai setengah jam untuk panggil orang politik datang. Kalau tak datang juga, ertinya memang mereka tak mahu hadir mesyuarat tu. Begitulah kecilnya Perlis.

Perlis bukan saja kecil. Pemimpin UMNO di negeri itu juga berjiwa kecil. Itulah yang terlintas di fikiran saya apabila seorang pemimpin UMNO negeri itu berkata dia akan mengedarkan 10,000 borang kajian untuk menilai kepimpinan Menteri Besar Perlis, Dato’ Md Isa Sabu selama dua tahun. Saya tak tahu adakah dia juga pernah buat kajian mengenai kepimpinan Dato’ Seri Shahidan Kassim sebelum tu.

Sebagai seorang penyelidik, saya mengalu-alukan kajian. Bagaimanapun bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik Perlis, sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina. Kesemua ini adalah rentetan perebutan kuasa politik dalam UMNO Perlis.

Pemimpin UMNO Perlis masih belum faham mesej rakyat yang menyampah dengan politik cantas-mencatas. Nampaknya mereka belum mahu berubah. Walaupun presiden parti itu Dato’ Seri Najib Tun Razak berusaha gigih memenangi hati rakyat melalui pelbagai inisiatif, sesetengah pemimpin UMNO Perlis masih sibuk menjatuhkan satu sama lain.

Ia seperti cerita tiga budak hitam yang ingin menjadi putih. Oleh kerana seorang tidak dapat menjadi putih, biarlah kesemuanya terus menjadi hitam!

Di Perlis, PAS hanya mempunyai dua kerusi DUN iaitu Simpang Empat dan Sanglang. Mungkin kerana itulah agaknya sesetengah pemimpin UMNO Perlis tak rasa bersalah menebuk lubang kapal. Mungkin mereka percaya kapal besar itu tak akan karam. Mereka tidak mahu belajar dengan apa yang berlaku di Selangor. Sebelum ini, Barisan Nasional menguasai semua kerusi DUN kecuali dua yang dimiliki oleh DAP. Lihatlah apa yang berlaku dalam PRU12 lalu.

Baru-baru ini saya ke Sanglang; cuba mencari Ustaz Hashim Jasin (gambar), ADUN kawasan itu yang juga Pesuruhjaya PAS negeri Perlis. Dia selalu minum kopi di situ. Tak jumpa. Kalau jumpa, saya nak beritahu dia cepat-cepat tempah kot untuk angkat sumpah Menteri Besar dalam PRU13 nanti. Dengan cantas-mencantas yang tak berhenti dalam UMNO Perlis, eloklah juga Ustaz Hashim mula bayangkan siapakah yang akan menjadi Exco Kerajaan Negeri yang baru selepas pilihanraya umum nanti.

Apabila dah jadi Menteri Besar nanti, saya nak cadangkan kepada Ustaz Hashim untuk berbincang dengan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Abd Razak. Ya, saya setuju dengan Dr Mahathir, Perlis terlalu kecil kalau nak buat lapangan terbang baru. Tetapi, kalau nak panjangkan landasan lapangan terbang Kepala Batas sampai ke Pauh, saya rasa boleh kot.

Apa nak susah, pada waktu itu Perlis dah ditadbirkan oleh PAS!

Tuesday, March 09, 2010

Rakyat (yang main golf) didahulukan.....

Berita ini dipetik daripada The Star Online semalam (8 Mac)... Baca di sini

Waa.. begitu mudahnya Menteri Kewangan merangkap PM merangkap laki Rosmah ni mengumumkan pemansuhan duti import buggy golf...

Tapi kerajaan tetap akan laksanakan GST..

Hujahnya.. Tidak membebankan rakyat…
Baru 4%... sikit saja tu..

Tapi yang menarik, cukai import dan jualan buggy golf boleh plak dimansuhkan..

Cukai import dan cukai jualan 15% (10% + 5%)... Agaknya matematik aku tak pandai.. 4% lagi banyak dari 15%... (petikan dari KedahLanie...)

Jom pakat-pakat pi beli buggy sorang satu..Boleh bawa pi bendang... Tak pun bawa pi ceramah PAS..senang sikit nak parking

Sunday, March 07, 2010

Iran's Ahmadinejad: Sept. 11 attacks a 'big lie'

TEHRAN, Iran – Iran's hard-line President Mahmoud Ahmadinejad on Saturday called the official version of the Sept. 11 attacks a "big lie" used by the U.S. as an excuse for the war on terror, state media reported.

Ahmadinejad's comments, made during an address to Intelligence Ministry staff, come amid escalating tensions between the West and Tehran over its disputed nuclear program. They show that Iran has no intention of toning itself down even with tighter sanctions looming because of its refusal to halt uranium enrichment.

"September 11 was a big lie and a pretext for the war on terror and a prelude to invading Afghanistan," Ahmadinejad was quoted as saying by state TV. He called the attacks a "complicated intelligence scenario and act."

The Iranian president has questioned the official U.S. version of the Sept. 11 attacks before, but this is the first time he ventured to label it a "big lie."

In 2007, New York officials rejected Ahmadinejad's request to visit the World Trade Center site while he was in the city for a U.N. meeting. The president also sparked an uproar when he said during a lecture in New York that the causes and conditions that led to the attacks, as well as who orchestrated them, still need to be examined.

At the time, he also told Iranian state TV the attacks were "a result of mismanaging and inhumane managing of the world by the U.S," and that Washington was using Sept. 11 as an excuse to attack others.

He has also questioned the Sept. 11 death toll of around 3,000, claiming the Americans never published the victims' names.

On the 2007 anniversary of the attacks, the names of 2,750 victims killed in New York were read aloud at a memorial ceremony. - AP

Monday, March 01, 2010

BN DAN PAS DALAM NUJUM PAK BELALANG

Dicedok dari blog DPPN Kedah..

Soalan 1
Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kita mahu tahu yang mana Barisan Nasional (BN) dan yang mana Pakatan Rakyat (PR)..??'


Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah BN dan yang menegak ke atas itulah PR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun tahu sekarang ini parti BN hampir tenggelam dengan setiap sekutunya termasuk di Sabah dan Sarawak terus bergoncang dan dilanda krisis berterusan, manakala PR walaupun berasal dari ideologi berbeza namun berjaya disatukan demi agenda perubahan untuk rakyat dalam PRU akan datang'

Soalan 2
Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah BN dan yangmanakah PR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan ke dua-dua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PR dan yang lari itulah BN..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab PR konsisten menuju ke Putrajaya dengan agenda perubahannya yang jelas seperti yang ditekankan di Shah Alam 19 Disember lalu, manakala BN khasnya Umno masih kekal dengan isu perkaumannya.

Soalan 3
Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,
Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,
Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'BN!!!'


Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli BN memang banyak dalam negara ini...
Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara daribilangan ahli BN yang banyak itu...
Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan rasuah dan kemungkaran walaupun ia di depan mata...
Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang kita dengar danlihat ada pemimpin tertinggi BN yang mahu mendengar suara ahlinya...'


Soalan 4
Tukang Soal : 'Di manakah terletaknya kekuatan Laksamana BN khasnya Umno..? Di kerisnyakah? atau di jenteranyakah..?'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana Umno bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Tukang Soal : 'Di mana terletak kekuatannya..?'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Umno hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana Umno begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan, Hairan Metro, Polis serta toyol dari Kosmos dan Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

Soalan Extra
Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di dalam genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..' ISA di sini ada dua maksud, satu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan satu lagi calon Umno/BN di Bagan Pinang, Isa Samad. Kemenangan Isa dipuja dan dipuji walaupun jelas rekodnya sebagai perasuah besar dalam Umno.



Thursday, February 25, 2010

PAS Perlis: Ustaz Abd Rashid bukan lagi Ketua Dewan Ulama

KANGAR - PAS Perlis menafikan pembabitan Mantan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Abd Rashid Abd Rahman dalam jawatankuasa parti itu sepertimana yang dilaporkan dalam Berita Harian hari ini.

Laporan tersebut dimuatkan pada seksyen Nasional Berita Harian hari ini, dengan tajuk "Hakim nasihat Ketua Dewan Ulama PAS Perlis : Selesaikan kes tuntutan hak jaga tiga anak secara sulh".

Menurut
Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis, Hairy Hashim, laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat memandangkan Ustaz Abd Rashid sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulam PAS Perlis.

"Ustaz Abd Rahid telah mengemukakan surat perletakan jawatan beliau pada bulan Julai lalu. Badan Perhubungan PAS Perlis yang bermesyuarat pada 21 Julai memutuskan bahawa permohonan beliau ditangguhkan sehingga ke mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Perlis berikutnya.

"Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perlis yang diadakan pada bulan Disember lalu telah dimaklumkan bahawa perletakan jawatan beliau telah dipersetujui.

"Jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis kini dipangku oleh Naib Ketua, Ustaz Salleh Adam," jelasnya.

Untuk itu, PAS Perlis meminta pihak yang terbabit membuat pembetulan yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang fitnah dan kekeliruan.

Wednesday, February 24, 2010

Kumpulan Shahidan tuntut jawatan MB?

Petikan Malaysiakini
Isu pelantikan menteri besar Perlis selepas pilihan raya umum 2008 belum berakhir. Terkini, tersebar di Internet mengenai dakwaan wujudnya 'persefahaman' antara puak yang bertelagah di Perlis mengenai penggiliran jawatan tersebut.

Mengikut 'persefahaman' tersebut - bulan depan tiba giliran Datuk Seri Shahidan Kassim pula untuk menjadi menteri besar Perlis yang kini disandang oleh Datuk Seri Md Isa Sabu.

Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh yang merupakan penyokong kuat Shahidan, mendakwa wujudnya persefahaman mengenai penggiliran jawatan menteri besar Perlis.

Ketika dihubungi
Malaysiakini minggu lalu, beliau mendakwa, persafahaman itu dicapai pada pertemuan pada 21 dan 22 Februari 2008 - sehari sebelum penamaan calon.

Menurutnya, pertemuan dihadiri perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi; timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak; dengan wakil kumpulan A - Shahidan - dengan dua wakil kumpulan B - setiausaha agung Umno ketika itu, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan ahli parlimen Padang Besar, D
atuk Azmi Khalid.

Bagaimanapun, Radzi yang juga ahli Parlimen Kangar menafikan wujudnya perjanjian bahawa Shahidan akan kembali menjawat jawatan itu Mac ini.

"Tidak ada perjanjian tersebut. Tidak timbul langsung," katanya dihubungi
Malaysiakini semalam.

"Tidak ada perjanjian itu sama ada bertulis ataupun secara lisan, tidak timbul masalah ini," tambahnya.

BACA LAGI >>

Link berkaitan : Blog Qunang2

Tuesday, February 23, 2010

Siasat dalang kemasukan pekerja asing haram - TPj

KANGAR - Hasrat kerajaan untuk menangani masalah kebanjiran warga asing di negara ini mendapat tamparan hebat ekoran penangkapan 41 orang pekerja asing yang bekerja secara haram di Mata Ayer dekat sini baru-baru ini.

Lebih menghairankan sebahagian besar pekerja ini dikesan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah tetapi bekerja di tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer, iaitu projek kerajaan pusat di bawah Kementerian Pelajaran.

Sementara itu, penyelia tapak binaan terbabit juga ditahan apabila gagal menampilkan bukti serta dokumen kukuh berhubung status tenaga kerja asing yang digunakan di situ.

Mengulas penahanan ini, Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir berkata perkara ini adalah aneh memandangkan pekerja terbabit bekerja di projek pembinaan kerajaan pusat.

"Ini adalah satu tamparan hebat kepada pihak kerajaan khususya kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang sedang terkejut dengan kebanjiran warga asing. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan BN ini pincang sepincang-pincangnya," ujar beliau.

Beliau turut membidas kenyataan pihak pimpinan BN yang dilihat bercanggah antara satu sama lain. Katanya,bagi mengatasi maslah ini mengapa tenaga kerja tempatan tidak digunakan sedangkan kadar pengangguran di negara ini masih tinggi.

"Di Perlis khususnya, masih ramai penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Cakap-cakap kononnya untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan hanyalah cakap kosong.

"Bagi pihak Lajnah Pekerja, kami menuntut agar kerajaan membuat kajian khusus berkenaan masalah ini dan juga perlu dibuat siasatan siapakah dalang di sebalik kemasukan pekerja asing tanpa izin ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis.

Majlis Makan Malam Anjuran Kelab penyokong PAS Perlis

Majlis Makan Malam anjuran Kelab penyokong PAS Perlis sempena Tahun Baru Cina diadakan pada 21 Februari lalu di Restoran Sri Petani, Taman Perlis.
Dihadiri kira-kira 400 orang dari pelbagai kaum untuk bersama-sama pimpinan Pakatan Rakyat.
Antara yang hadir, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin; Pengerusi LPN PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa; Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perlis, Cikgu Khoo Yang Ching serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Abdul Karim Md Rejab serta Mohd Anuar Tahir.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Chia Kah Peng; Adun DAP Kota Darulaman, Lee Guan Aik; Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan;pimpinan KeADILan Perlis, wakil Kelab Penyokong PAS Kedah serta ahli-ahli persatuan Tionghua Perlis.




Friday, February 19, 2010

Bekas timbalan menteri keluar BN, sokong Pakatan

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Kalakau Untol, hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan keanggotaan beliau dalam Barisan Nasional (BN).

Beliau mengumumkan pelepasan jawatan sebagai Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) serta sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco), di dalam satu sidang akhbar di Tamparuli.

Kalakau, 55, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) negeri selama 12 tahun sejak 1985.

Dengan perletakan jawatan dan keanggotaan dalam BN tersebut, beliau juga mengumumkan keputusan untuk melibatkan diri dan menyokong dasar-dasar kumpulan pembangkang Pakatan Rakyat, seterusnya membantu mereka menyebarkan penjelasan ke seluruh negeri dalam usaha merakyatkan dasar Pakatan Rakyat untuk mendepani pilihanraya umum ke-13.

Kalakau menjelaskan walaupun pemimpin-pemimpin dari Sabah dari dulu sehingga sekarang telah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan hak-hak negeri Sabah, namun pucuk pimpinan negara dan sebilangan pemimpin Persekutuan nampaknya tidak begitu serius dan komited dengan saranan dan tuntutan-tuntutan para wakil rakyat dari Sabah dan pihak kerajaan negeri Sabah sendiri. (Malaysiakini)