Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, February 23, 2010

Siasat dalang kemasukan pekerja asing haram - TPj

KANGAR - Hasrat kerajaan untuk menangani masalah kebanjiran warga asing di negara ini mendapat tamparan hebat ekoran penangkapan 41 orang pekerja asing yang bekerja secara haram di Mata Ayer dekat sini baru-baru ini.

Lebih menghairankan sebahagian besar pekerja ini dikesan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah tetapi bekerja di tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer, iaitu projek kerajaan pusat di bawah Kementerian Pelajaran.

Sementara itu, penyelia tapak binaan terbabit juga ditahan apabila gagal menampilkan bukti serta dokumen kukuh berhubung status tenaga kerja asing yang digunakan di situ.

Mengulas penahanan ini, Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir berkata perkara ini adalah aneh memandangkan pekerja terbabit bekerja di projek pembinaan kerajaan pusat.

"Ini adalah satu tamparan hebat kepada pihak kerajaan khususya kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang sedang terkejut dengan kebanjiran warga asing. Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan BN ini pincang sepincang-pincangnya," ujar beliau.

Beliau turut membidas kenyataan pihak pimpinan BN yang dilihat bercanggah antara satu sama lain. Katanya,bagi mengatasi maslah ini mengapa tenaga kerja tempatan tidak digunakan sedangkan kadar pengangguran di negara ini masih tinggi.

"Di Perlis khususnya, masih ramai penduduk yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Cakap-cakap kononnya untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan hanyalah cakap kosong.

"Bagi pihak Lajnah Pekerja, kami menuntut agar kerajaan membuat kajian khusus berkenaan masalah ini dan juga perlu dibuat siasatan siapakah dalang di sebalik kemasukan pekerja asing tanpa izin ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis.

No comments: