




KANGAR - Orang ramai khususnya yang melalui Jalan Padang Behor dekat sini tertanya-tanya rasional pembinaan jalan baru dari Padang Behor ke Jejawi ini memandangkan jalan yang sedia ada sudah mencukupi untuk kegunaan lalu-lintas.
KANGAR - Bekas Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Mansor Ariffin,78, meninggal dunia pada jam 9.00 malam tadi di Hospital Tuanku Fauziah di sini.
KEPUTUSAN PRO-MAHASISWA DI PRK 2010/11 DI SELURUH MALAYSIA YANG MENJALANKAN PENGUNDIAN PADA 21/2/2011
Harakahdaily
CHUPING - Tiada gunanya menghabiskan jutaan wang untuk menyambut Malulidur Rasul sedang syariat Rasulullah SAW tidak ditegakkan, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya.
KANGAR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu memberi amaran kepada pimpinan negara khususnya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak agar memberikan ruang demokrasi yang lebih baik sekiranya tidak mahu rakyat berdemonstrasi.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

| |
| KUALA LUMPUR, 12 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan. mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan. “Tahniah rakyat Mesir, 18 hari tak berganjak akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan, berakhirnya rejim Umno Mesir,” ulas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di laman Twitter. Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi pula, anak muda melahirkan rasa syukur dengan kejatuhan regim Mubarak itu. Beliau mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia. “Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square,” ujar Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim Namun, menurutnya pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat. Beliau mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel. “Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat,” ujarnya. Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara. Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira. Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah |
UCAPAN MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK
Bilik Mesyuarat Utama