Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, March 04, 2011

Prelude Perasmian Kompleks PAS Perlis (Bahagian 1)


RINGKASAN SEJARAH PAS PERLIS

Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah ditubuhkan di negeri Perlis pada hari Khamis 14 Syaaban 1371 bersamaan 8 Mei 1952. Penubuhan ini telah disempurnakan di dalam satu mesyuarat yang diadakan di bangunan Sekolah Perempuan Melayu Kangar. Seramai 30 orang telah menghadiri majlis tersebut yang dirasmikan oleh YB Tuan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada masa itu.

Pada awalnya, hanya satu sahaja cawangan yang ditubuhkan dan ianya dikenali dengan nama Persatuan Islam Se Malaya Cawangan Negeri Perlis. Yang DiPertua pertamanya ialah Tuan Guru Haji Adnan Abdullah seorang Guru Pondok di Sungai Padang.

Sementara itu, pada tanggal 15 Jun 1958, ketiga-tiga Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Muslimat telah ditubuhkan. Ketua-ketua dewan yang pertama ialah Tuan Guru Haji Adnan Abdullah bagi Ulamak, Ahmad Salleh bagi Pemuda dan Ramlah Ismail bagi Muslimat.

Pejabat Badan Perhubungan PAS Perlis pula beroperasi di lokasi-lokasi berikut:

1952-1958 Madrasah Islahiyah, Behor Mali
1958-1961 No 17a Jalan Sekolah Derma, Kangar
1961-1967 Batu 3 Jalan Arau, Jejawi
1967-1967 Kedai makan, No 1 Medan Pasar, Kangar (5 bulan)
1968-1975 Kedai Makan Paksu Zakaria (PAKSU RESTAURANT), Kangar
1975-1977 Rumah BATU BARA, Jalan Pengkalan Assam, Kangar
1977-1978 No 62 Jalan Jubli Perak, Kangar
1978-1982 Pejabat PAS Kawasan Kangar, Batu 2 Jalan Santan
1982-2011 No 7 Jalan Sekolah Derma, Kangar

Mulai 7 Februari 2011, Pejabat Badan Perhubungan PAS Perlis mula beroperasi di Kompleks PAS Perlis, Lot 2348 Jalan Stadium Utama, Kangar.

Bersambung.....

No comments: