Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, February 15, 2011

Makan Malam Tahun Baru Cina anjuran DHPP Perlis

KANGAR - Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perlis dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perlis berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Tahun Baru Cina 12 Februari lalu.

Majlis yang diadakan di Restoran Seri Petani dekat sini mendapat sambutan hangat khususnya dari kalangan masyarakat Tionghua yang sekaligus menggambarkan sokongan padu masyarakat bukan Islam kepada PAS/Pakatan Rakyat di negeri ini.





Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir memeriahkan majlis ini iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu; Timbalan Pesuruhjaya PAS perlis, Mohd Anuar Tahir; Ketua DHPP Pusat, Hu Phang Chow serta Pengerusi Jawatankuasa Penaja DAP Perlis, Thomas Su.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustaffa; Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan; pimpinan KeADILan Perlis, wakil DHPP Kedah serta ahli-ahli persatuan Tionghua Perlis.

Majlis dimulakan dengan persembahan tarian singa serta pertunjukan bunga api. Sambil menjamu selera, para hadirin mendengar ucapan-ucap dari pimpinan.

Selain itu, para hadirin turut teruja dengan Muslimat PAS yang menjadi juruacara majlis. Kebolehan dan kefasihan beliau menuturkan bahasa Cina mendapat pujian dari pimpinan berangsa Cina yang berucap pada malam itu.

No comments: