Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Tuesday, February 15, 2011

Amaran Mat Sabu pada Najib

KANGAR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu memberi amaran kepada pimpinan negara khususnya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak agar memberikan ruang demokrasi yang lebih baik sekiranya tidak mahu rakyat berdemonstrasi.

Beliau berkata demikian mengulas amaran Najib supaya rakyat di negara ini tidak melakukan demonstrasi seperti yang berlaku di Mesir baru-baru ini.

"Saya pula nak beri amaran kepada Perdana Menteri , kalau kamu tak mahu demonstrasi jalanan, berilah kebebasan demokrasi kepada rakyat. Sebab itulah menjelang pilinahraya umum lalu kita turun ke jalan raya menuntut kebebasan dalam pilihanraya melalui 4 tuntutan yang sampai kini tidak ditunaikan oleh kerajaan.

"Keeselamatan negara terletak kepada keadilan sistem pilihanraya,keadilan ekonomi dan keadilan sosial. Kita kena ingat, bila rakyat dah tak percaya lagi pada sistem pilihanraya, dia akan berlaku tunjuk perasaan di jalanraya, jadi tak payahlah nak beri amaran," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapannya pada majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis.

Majlis diadakan di Restoran Seri Petani dekat sini 12 Februari lalu.

No comments: