Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, January 23, 2009

Anwar : Prestasi Bola Sepak Malaysia Harus Diperkasa!

Dipetik dari blog DSAI

Saya agak kecewa tatkala diberitahu akan kekalahan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di tangan pasukan Emiriah Arab Bersatu malam  kelmarin. Perbedaan jumlah jaringan gol yang cukup besar semestinya menimbulkan keresahan dan patah semangat buat peminat-peminat setia bola sepak tanahair.

Saya pasti, ramai di kalangan kita yang cukup merindui persembahan mantap yang ditonjolkan suatu ketika dahulu oleh pemain-pemain terkenal negara era 60-an dan 70-an seperti Datuk Abdul Ghani Minhat, arwah Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun.

Kedudukan pasukan Malaysia yang kini berada di tangga ke-158 ranking FIFA sewajarnya dipandang serius oleh pihak pengurusan FAM. Kehebatan dan kegemilangan bola sepak Malaysia sewajarnya kembali dimartabatkan. Agenda perubahan bukan sekadar untuk memperbaiki sistem tadbir urus dan 
pengurusan ekonomi semata-mata, bahkan perubahan juga seharusnya turut dijana dalam lapangan sukan.

Buat anak-anak muda yang menggalas harapan bola sepak Malaysia, ayuh tingkatkan prestasi dan semangat juang kalian!

ANWAR IBRAHIM

Lagi bukti BN dah nak K.O.

Laporan Bernama ini menunjukkan satu lagi bukti BN dah nak K.O.
--------------------------------------------------------
Dua Komponen BN Sabah Diminta Hentikan Pertikaian

SANDAKAN, 23 Jan (Bernama) -- Pemimpin-pemimpin Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kedua-duanya komponen Barisan Nasional, diminta menghentikan perbalahan mereka mengenai satu kerusi Parlimen kerana ia boleh menjejaskan semangat berpasukan dalam BN Sabah.

Datuk Liew Vui Keong, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), sebuah lagi komponen BN dari Sabah, berkata pertikaian antara Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden PBS Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan adalah sesuatu yang tidak sihat dan perlu dicegah daripada berpanjangan.

"Ia perlu dihentikan dan diselesaikan dalam semangat BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pemimpin masyarakat di sini hari ini ketika diminta mengulas pertikaian itu yang bermula berikutan kenyataan Pairin bahawa pemilihan calon BN bagi kerusi Pensiangan, jika berlaku satu pilihan raya kecil nanti, tidak seharusnya dibuat secara automatik, dan ini tidak disenangi oleh Kurup.

Kurup memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas tetapi Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 8 Sept tahun yang sama, mengisytiharkan kemenangan Kurup adalah batal dan tidak sah.

Kurup, yang telah membuat rayuan berhubung kes itu, mencabar Pairin untuk berdebat mengenai isu itu.

Liew ada baiknya kedua-dua pemimpin itu hanya menunggu keputusan mahkamah mengenai rayuan itu.

-- BERNAMA

Thursday, January 22, 2009

10 Perkara besar dirancangkan Yahudi untuk hancurkan Islam


Dalam kuliah bulanannya di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa malam tadi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya menggariskan 10 perkara besar yang dibuat oleh Yahudi Laknatullah secara halus untuk menghancurkan Islam:






                    1. Hancurkan tauhid - hilangkan kepercayaan orang Islam terhadap Allah s.w.t


                    2. Hancurkan akhlak - galakkan sebanyak mungkin kelahiran anak luar nikah di kalangan umat Islam


                    3. Luaskan kekufuran melalui fahaman madiyyah (kebendaan)


                    4. Rosakkan budaya dan adab kesopanan


                    5. Luaskan pengkhianatan di kalangan umat Islam (rasuah, pecah amanah dll)


                    6. Sebarkan fitnah dan revolusi


                    7. Penguasaan terhadap media cetak dan elektronik


                    8. Kuasai sektor kewangan


                    9. Peralatkan sisitem pendidikan/pelajaran


                    10. Galakkan umat Islam membuat pinjaman (berhutang)

                    Monday, January 19, 2009

                    Guan Eng: Ketua Negeri Kerajaan Pakatan Rakyat Didiskriminasikan

                    ALOR SETAR: Usaha untuk menyatupadukan perbincangan sebagai satu negara yang tidak berhasil dan diskriminasi dari menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Negeri semasa Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu antara sebab utama kepada penubuhan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri bagi Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

                    Perkara itu dinyatakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada sidang media selepas Persidangan Menteri-Menteri Besar Dan Ketua Menteri Kerajaan Negeri Bersama Kepimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon, di sini pada 18 Januari lalu.


                    “Bila Perdana Menteri mengadakan satu mesyuarat berasingan dengan Menteri Besar-Menteri Besar Barisan Nasional, kita ada dua pilihan; sama ada kita balik ke negeri masing-masing atau kita merayau-rayau di bandaraya tersebut.


                    “Saya rasa kita telah begitu sabar dan tabah hati dalam masa setahun ini. Dengan harapan kita sebagai rakyat Malaysia yang telah dipilih oleh rakyat secara sah secara demokrasi bolehlah kita berbincang sebagai salah satu daripada Menteri Besar atau CEO negeri masing-masing.


                    “Tetapi kita selalu disisihkan, kita selalu diasingkan. Oleh sebab itu kita rasa terdesak. Ini bukan inisiatif kitalah, ini kita bukan nak sengaja cari pasal. Ini kita terdesak, terdesak kerana Perdana Menteri lebih lihat dari segi politik dan hanya adakan majlis yang tidak merangkumi Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat,” tegas beliau.

                    Ujarnya, pembentukan majlis itu juga bakal memberi satu harapan dan nafas baru lebih-lebih lagi selepas kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini.


                    Katanya juga, majlis bersama itu juga boleh mengurang sikap atau semangat kenegerian.


                    “Kerana kita semua nak menjurus ke arah satu negara sebagai satu warganegara Malaysia. Yang kedua kita harap dengan berkongsi kejayaan di negeri masing-masing, kita dapat kemajuan yang lebih ketara sesikit dan ketiga kalau ada sebarang masalah dan tentunya ada masalah ianya boleh diselesaikan secara bermusyawarah,” terangnya pada sidang itu.

                    "Pengisytiharan Mentaloon" : Majlis Menteri Besar Pakatan Rakyat dibentuk

                    ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara lima negeri tersebut apabila mencapai persetujuan menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri.

                    Persetujuan yang dikenali sebagai "Pengisytiharan Mentaloon" itu dicapai pada Persidangan Menteri-Menteri Besar Dan Ketua Menteri Kerajaan Negeri Bersama Kepimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon, dekat sini semalam.

                    Persidangan kali pertama itu juga bersetuju menubuhkan sekretariat bagi mengendalikan urusan majlis tersebut di mana Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri akan bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun.
                    Sementara itu, Majlis Exco turut dibentuk bagi kelima-lima negeri dan dijangka akan bersidang dengan lebih kerap.

                    Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak, majlis tersebut mempunyai bidang tugas untuk menjalankan agenda Pakatan Rakyat serta akan menyelaraskan program dan aktiviti selain mengurangkan perbezaan antara kerajaan di lima negeri tersebut.

                    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata, majlis itu akan berkongsi maklumat dari segi kejayaan pencapaian pelaksanaan pengurusan negeri dan juga masalah-masalah dari segi pentadbiran sekaligus menuju kepada satu taraf pengurusan negeri yang lebih mantap.

                    Menurut beliau juga, hubungan yang rapat antara lima negeri itu akan mengurangkan masalah 'miss communication' sebaliknya meningkatkan konsep persamaan pendapat dan maklumat.

                    Sementara itu, memberi penjelasan kepada pertanyaan pihak media, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, majlis tersebut akan dipengerusikan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri tempat persidangan diadakan.

                    Persidangan pada petang tersebut turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng selain disertai Exco Kanan dan Setiausaha-setiausaha Politik Menteri Besar/Ketua Menteri.

                    Manakala persidangan pada sebelah malam dihadiri oleh pimpinan utama Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

                    Sunday, January 18, 2009

                    Tanhiah atas kemengan PAS di PRK KT - Ustaz Hashim

                    Pesuruhjaya PAS Perlis, ustaz hashim Jasin merakamkan ucapan syukur dan tahniah di atas kejayaan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut  pada Pilihanraya Kecil Parlimen P036 Kuala Terengganu yang berlangsung semalam.

                    Kata beliau,  kemenngan ini akan mencetuskan lagi kesinambungan perjuangan Islam di negara ini.

                    Mohd. Abdul Wahid, 52, memperoleh 32,883 undi berbanding calon BN,  Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang mendapat 30,252 undi.

                    Berbanding 8 Mac lalu, undi dan majoriti bagi calon PAS mengalami peningkatan.

                    Dengan itu, Mohd Abdul Wahid  menang dengan majoriti 2,631 undi.

                    Undi rosak direkodkan ialah 665 undi.

                    Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekali gus hilang wang deposit.

                    Kenyataan Media DPP Perlis

                    Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) mengucapkan tahniah di atas kejayaan calon PAS , Mohd Abdul Wahid Endut merampas semula kerusi parlimen P036 Kuala Terengganu dari tangan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil yang berlangsung semalam.

                    Kejayaan ini membuktikan PAS adalah parti yang diterima masyarakat di Kuala Terengganu khususnya dan di negara ini amnya.

                    Begitu juga, kemenangan ini berjaya menangkis segala serangan dan tohmahan  yang dilontarkan Umn0/Barisan Nasional sepanjang tempoh berkempen khususnya melalui media arus perdana.

                    Bagi DPPNPs, rakyat di negara ini sudah muak dengan pelbagai propaganda murahan yang ditonjolkan media lebih-lebih lagi ketika musim berlangsungnya pilihanraya.

                    Rakyat tidak lagi mudah menelan apa jua yang dipaparkan di kaca televisyen atau di dada-dada akhbar kerana sebahagian besar rakyat kini sudah celik maklumat.

                    Begitu juga, rakyat juga sudah muak dengan sikap hipokrit pemimpin negara yang
                     akan turun dengan pelbagai bentuk janji manis pembangunan setiap kali berlakunya pilihanraya kecil.

                    DPPNPs juga ingin merakamkan sekalung tahniah kepada para pimpinan PAS/Pakatan Rakyat dan semua petugas yang telah
                     bertungkus-lumus bekerja memenangkan calon PAS dalam pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu.

                    DPPNPs berdoa agar kemenangan ini akan menjadi satu batu loncataan kemenangan ke arah kemengan yang lebih besar selepas ini khususnya bagi mengukuhkan lagi perjuangan menegakkan agama Allah  di atas muka bumi ini.

                    "PERTEGUH KEMENANGAN - PAS UNTUK SEMUA"

                    Saturday, January 17, 2009

                    LEGA TAK JADI PILIHANRAYA KECIL SANGLANG


                    Oleh Bashir Ishak

                    Saat ini, ribuan petugas PAS/Pakatan Rakyat sedang bertungkus-lumus berkempen dan membuat persediaan untuk menghadapi hari pembuangan undi bagi Pilihanraya Kecil (PRK) P.036 Kuala Terengganu(KT).

                    Sebentar tadi, seorang sahabat lama menelefon penulis mengucapkan tahniah menyatakan PAS sudah menang berdasarkan suasana yang didengarnya daripada beberapa orang Umno yang berada di KT.

                    Beliau, anak seorang bekas Adun Umno mungkin menyatakan demikian bagi membuka bicara memandangkan sudah agak lama kami tidak bertemu.

                    Apapun baginya, walaupun mungkin berbeza pandangan politik, penulis dapat merasakan beliau juga tahu peluang PAS untuk menang di KT adalah cerah dan mungkin juga berharap PAS akan menang.

                    Daripada pandangan yang penulis baca melalui e-mail yang pernah dihantarnya ke mailing group kami (rakan-rakan semasa sekolah menengah dulu), beliau juga mewakili pandangan pengundi muda yang turut tidak berpuashati dengan pentadbiran kerajaan sekarang yang diterajui Umno.

                    PRK kali ini adalah yang kedua selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke 12, 8 Mac tahun lalu.

                    Terdahulu, wakil rakyat pembangkang di Parlimen memperolehi Ketua yang baru apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim menang di PRK Permatang Pauh.

                    Apapun, sebelum itu rakyat juga menunggu sebuah PRK yang akhirnya tidak jadi walaupian angin sudah mula bertiup.


                    Sepatutnya di Sanglang tapi sebaliknya......

                    Tanggal 16 September adalah satu tarikh yang menjadi tumpuan ramai. Selain hari penubuhan negara Malaysia, tarikh tersebut juga diuar-uarkan sebagai tarikh simbolik Pakatan Rakyat mengambil-alih pemerintahan negara ini.

                    Namun bagi penulis, tarikh tersebut lebih bermakna apabila Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin diisytiharkan secara sah menjadi wakil rakyat Dun Sanglang oleh Mahkamah Persekutuan.

                    Dalam PRU ke 12 yang lalu beliau yang sepatutunya memenangi kerusi Dun tersebut tetapi berlaku kesilapan sehingga SPR mengumumkan calon Bn sebagai pemenang.

                    Selepas difailkan petisyen, mahkamah pilihanraya di Kangar pada 18 Jun 2008 memutuskan kerusi Dun N.15 Sanglang dikosongkan tanpa mengisytiharkan Ustaz hashim sebagai pemenang yang mutlak.

                    Apapun, selepas difailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, Alhamdulillah Ustaz Hashim dapat juga bergelar Yang Berhormat walaupun terpaksa menunggu lebih enam bulan dan mengangkat sumpah kira-kira dua bulan berikutnya (11 November).

                    Ketika diisytiharkan kerusi Dun Sanglang dikosongkan, maka cakap-cakap berkenaan PRK di Sanglang sudah mula kedengaran.

                    Pihak Umno/BN juga dilihat sudah melakukan gerakerja mereka termasuk mengadakan beberapa program pemimpin mereka turun bertemu rakyat di Dun Sanglang.

                    Bagi PAS Perlis sendiri, tidak dinafikan persiapan juga telah dibuat dengan rapinya.

                    Rumah-rumah penginapan sudah dicari, penempatan bagi petugas dari luar Perlis sudah diagihkan memgikut Peti Undi, pengumpulan isu-isu dan tak kurang pula beberapa siri ceramah gempur Sanglang sudah diadakan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, walaupun pada masa itu rayuan ke Mahkamah Persekutuan belum lagi difailkan.

                    Penulis sendiri juga sudah tercari-cari sebuah penempatan untuk dijadikan pejabat media dan ICT bagi sahabat-sahabat yang akan datang dari luar Perlis.

                    Apa jadi kalau berlaku PRK Sanglang?

                    Kalaulah keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 September itu tidak memihak kepada Ustaz Hashim, sudah tentu berlakunya PRK Sanglang.

                    Kelmarin penulis diberitahu oleh sahabat yang baru pulang dari Terengganu bahawa suasana di sana begitu sesak dengan orang ramai yang terdiri daripada petugas-petugas pilihanraya bagi parti-parti yang bertanding dan disesakkan lagi dengan kehadiran ribuan anggota polis.

                    Lantas terbayang di fikiran penulis terbayang bagaimana pula sekiranya berlaku PRK di Sanglang?

                    Dun Sanglang mempunyai pengundi tidak sampai lapan ribu orang iaitu lebih kurang sama banyak dengan jumlah pengundi wanita di Dun Ladang dalam PRK KT.

                    Dun Sanglang pula mempunyai hanya tujuh daerah mengundi (peti undi). Sekiranya semua negeri menghantar petugas ke Sanglang, maknanya setiap peti undi akan dijaga oleh dua buah negeri!!

                    Sekiranya kita memandu pada kelajuan 90 km sejam melalui sempadan Kedah-Perlis dari Sanglang, Kedah, kita sudah memasuki Dun Sanglang di Perlis dan tidak sampai lima minit kemudiannya kita akan tiba  ke Dun Simpang Empat pula. Itulah panjang Dun Sanglang. Lebarnya pula, dengan pemanduan yang sama, tidak lebih 10 minit. Itulah keluasan Dun Sanglang!!

                    Sebahagian besar kawasannya pula adalah dipenuhi dengan sawah bendang. Isyy tidak terlintas di fikiran bagaimana agaknya kesesakan yang akan terjadi sekiranya berlaku PRK Sanglang.

                    Begitu juga keadaan yang tegang akan berlaku lantara kawasan yang sempit  dan dipenuhi petugas-petugas parti... dan mungkin juga pihak polis yang datang berkhemah ala-ala di Padang Arafah. Tapi itu hanyalah satu bayangan penulis...

                    Syukur Alhamdulillah keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada calon PAS.

                    Apapun bagi penulis.... leganya tak jadi PRK Sanglang.


                    Kini tumpuan rakyat beralih ke KT


                    Kisah Sanglang sudah berakhir bila Ustaz Hashim mengangkat sumpah sebagai Adun.

                    Kini tumpuan sepenuhnya adalah untuk memenangkan calon PAS, Abdul Wahid Endut di KT.

                    Insya Allah, satu lagi kerusi pembangkang akan bertambah di Parlimen selepas diumumkan keputusan PRK KT pada 17 Januari akan datang.

                    Kepada para petugas PAS/Pakatan Rakyat dan tak lupa juga kepada sahabat-sahabat wartawan yang berada di sana, dengan iringan doa diucapkan selamat bertugas buat kalian.

                    Thursday, January 15, 2009

                    Parlimen: Ucapan Presiden PAS mengecam pencerobohan Israel


                    "Padan dengan rakyat mengutuskan kasut ke atas muka presiden yang akan berhenti beberapa hari lagi. Kita menyedari bahawa kasut bukan budaya kita tetapi itulah budaya orang kaki lima yang mengajar pemimpin yang tarafnya kaki lima juga."

                    (Berikut adalah teks penuh ucapan Presiden PAS Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika sidang Mesyuarat Khas di Dewan Rakyat 12 Januari lalu yang mengecam pencerobohan Israel ke atas Wilayah Gaza di Palestin)

                    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh yang hadir. Pertama saya mengucapkan syabas kerana sidang khas yang diadakan pada petang ini walaupun kita sedang bertanding di Kuala Terengganu, tetapi kita bersatu di sini.

                    Pada hari penamaan calon saya bermukabalah dengan Yang Berhormat Jelebu, Menteri Luar berbincang betapa perlunya kita mengadakan pendirian yang bersama kerana masalah ini masalah kemanusiaan dan masalah kebinatangan.

                    Berlakunya tindakan-tindakan yang di luar perikemanusiaan, pembunuhan yang kejam tanpa batas terhadap kanak-kanak, orang tua, orang awam yang uzur yang tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan dan tidak boleh ambil apa tindakan yang sepatutnya.

                    Bahkan dalam kajian haiwan ada binatang yang bersimpati kepada yang kecil dan yang tua. Tindakan yang berlaku di Gaza adalah satu tindakan yang sangat melampau dan tidak boleh diizinkan oleh masyarakat antarabangsa dan kita adalah sebahagian daripada masyarakat antarabangsa.

                    Oleh kerana itu kita lupakan pertelingkahan cabang, pertelingkahan pandangan dalam beberapa isu tetapi dalam perkara naluri kemanusiaan kita wajib bersatu. Langkah kita ini bukan fanatik kepada kaum walaupun kita menyedari bahawa ada negara yang dipengaruhi oleh Zionis meluluskan undang-undang anti semantic seolah-olah tidak boleh anti terhadap kaum Yahudi. Bermakna anti pada kaum lain tidak mengapa.

                    Alhamdulillah di negara kita tidak ada undang-undang yang seperti ini. Kita anti terhadap kaum-kaum yang tertentu. Sikap kita pada hari ini bukan benci kepada bangsa Yahudi tetapi benci kepada kezaliman yang dilakukan oleh golongan pelampau Zionis yang juga ditentang oleh kalangan orang-orang Yahudi sendiri.

                    Tuesday, January 13, 2009

                    Obama Dipengaruhi Israel?

                    Sebuah artikel yang tersiar dalam sebuah blog beberapa bulan lalu... Mudah-mudahan menjadi teladan dan sempadan..



                    Gambar di atas:- Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam?


                    Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?


                    PAS cabar Umno debat isu royalti

                    Malaysiakini melaporkan PAS Terengganu mencabar pemimpin Umno berdebat mengenai isu pembatalan bayaran royalti minyak ke kerajaan Terengganu.

                    "Saya boleh berdebat bila-bila masa," kata timbalan pesuruhjaya PAS negeri Datuk Wan Abdul Mutalib Embong.

                    "Panggillah peguam terbaik dia (Umno), saya boleh berdebat," katanya dala
                    m sidang media harian PAS hari ini di Kuala Terengganu bersempena pilihanraya kecil parlimen tersebut.

                    Beliau tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri sekarang yang beranggapan isu tersebut telah selesai pada Mac depan dan akan menarik balik saman terhadap kerajaan persekutuan yang berbuat demikian sejak 2000.

                    Tindakan mahkamah itu dijangka dibuat selepas Terengganu mendapat maklumat lengkap baki wang tersebut sejumlah RM1.5 bilion dari Kuala Lumpur, termasuk yang dihabiskan di beberapa negeri lain. 

                    Kerajaan negeri dilaporkan sedang menunggu maklumat lanjut Kementerian Kewangan berhubung perkara itu, selain RM700 juta wang royalti Terengganu yang telah disahkan digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) untuk projek di negeri-negeri lain.

                    Sementara itu, Wan Abdul Mutalib mendakwa ada pihak tertentu yang hendak menampal poster BN sehingga mengganggu poster PAS di Kampung Nibong, Kuala Terengganu.

                    Katanya, lima lelaki yang 
                    lengkap dengan alat komunikasi walkie-talkie berada di kampung tersebut selepas tengah malam tadi.

                    "Orang kita yang ada di situ takut... mereka tidak berani pergi dekat.

                    "(Tetapi) kalau mereka buat lagi, kita akan buat laporan polis," katanya.

                    Bekas exco kerajaan Terengganu itu menambah, kehadiran begitu ramai anggota polis telah "menakutkan pengundi" Kuala Terengganu.

                    "Saya dimaklumkan ada kira-kira 10,000 anggota polis, menjadikan anggota polis paling ramai dalam pilihanraya kecil," katanya. 

                    Polis sebelum ini dilaporkan menyatakan hanya 6,000 anggota di tempatkan di beberapa lokasi strategik dalam kawasan parlimen tersebut bagi mengawal keselamatan. 

                    Setiap empat DUN dalam 
                    parlimen ini diawasi oleh sekumpulan besar anggota polis yang didatangkan dari seluruh negara.

                    Wan Abdul Mutalib berkata kehadiran polis ini bertentangan dengan kenyataan pasukan itu sendiri yang telah mengisytiharkan pilihanraya kecil kali ini lebih terkawal daripada pilihanraya kecil Ijok, Selangor dua tahun lalu.


                    Sementara itu, calon BN, Datuk  Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata beliau tidak akan menyertai debat dengan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut berhubung kontroversi royalti minyak.

                    Debat tersebut hendak dianjurkan oleh sebuah NGO yang berpejabat di Terengganu.

                    Wan Ahmad berkata, tidak ada isu yang hendak didebatkan kerana royalti minyak telah dikembalikan kepada kerajaan negeri Terengganu.

                    "Saya tidak menerima sebarang jemputan (untuk debat tersebut). Jika saya dapat pun, say atidak akan berdebat mengenai perkara yang telah diselesaikan," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat Umno Kuala Terengganu hari ini.

                    Awal hari ini, Majlis Perpaduan Rakyat Terengganu (Mampat) mengumumkan yang ia telah menghantar jemputan kepada kedua-dua calon untuk menyertai debat tersebut.

                    Presiden Mampat, Mohd Fauzi Abdul Samad berkata, debat itu dicadang diadakan pada jam 8 malam Khamis depan di Kelab Ekuestrian Terengganu.

                    Monday, January 12, 2009

                    PAS desak Malaysia usir Duta Amerika

                    Petikan Harakahdaily

                    KUALA LUMPUR, 12 Jan (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan Malaysia segera mengusir keluar Duta Amerika dari negara ini kerana negara tersebut bersekongkol dengan Israel menyerang Gaza.

                    Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah sedemikian sebagai tanda komitmen mereka dalam isu keganasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.

                    "Jika kerajaan Malaysia serius membantah tindakan Israel dan apa yang dipersetujui Amerika, tindakan mengusir Duta Amerika perlu segera dilakukan.

                    "Jika enggan berbuat demikian bermakna mereka (kerajaan Malaysia) merestui apa yang diputuskan oleh Amerika iaitu membenarkan Israel terus menyerang Gaza," tegas beliau.

                    Jelas Mahfuz, tindakan sedemikian perlu dilakukan selain dari tindakan memboikot barangan dari Amerika.

                    Selain dari mengusir Duta Amerika, PAS juga kata Mahfuz mendesak agar kerajaan Malaysia memanggil Duta Mesir dan mendesak Mesir agar membuka sempadan di Rafah agar bantuan dapat disalurkan kepada Palestin.

                    "Jika Mesir enggan berbuat demikian, Malaysia boleh mendesak negara-negara OIC supaya memboikot Mesir," jelas Mahfuz.

                    Mahfuz tidak dapat hadir ke Mesyuarat Khas Dewan Rakyat membincangkan isu di Palestin hari ini menjalni pembedahan kecil Sabtu lalu dan masih berada di wad Hospital Besar Alor Star. - mks._

                    HUDUD UNDANG –UNDANG YANG PALING RASIONAL

                    OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

                    Dalam artikel saya yang lalu saya menyatakan bahawa hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama tetapi juga dari sudut ilmiah . Dalam tulisan kali ini saya akan cuba menjawab serba sedikit persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan di dalam isu hudud ini.

                    Persoalan pertama yang sering dibangkitkan adalah undang-undang hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Untuk tujuan perbincangan katakanlah kita terima bahawa hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya adakah apa sahaja undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah undang-undang yang tidak baik dan perlu diketepikan begitu sahaja. Jika benar sesuatu undang-undang itu benar-benar bercanggah dengan Perlembagaan , tidak bolehkah Perlembagaan tersebut dipinda bagi membolehkan undang-undang yang baik tersebut diluluskan dan seterusnya dilaksanakan. Adakah meminda peruntukkan dalam Perlembagaan adalah suatu jenayah atau “dosa” yang besar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali. Bukankah selama ini Perlembagaan negara ini telah beberapa kali dipinda ?

                    Selanjutnya adakah semua undang-undang yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang yang baik dan tidak zalim kepada rakyat ? Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ), Akta Polis , Akta Hasutan , Akta Penerbitan & Mesin Cetak, Akta Universiti dan Universiti Kolej ( AUKU ) adalah contoh undang-undang yang digubal menurut peruntukan Perlembagaan dan sehingga kini diputuskan oleh Mahkamah undang-undang tersebut adalah selaras dengan Perlembagaan. Tetapi siapa yang boleh menafikan akta-akta tersebut, meskipun selaras dengan Perlembagaan, adalah undang-undang yang zalim dan telah terbukti menzalimi rakyat yang tidak berdosa. Sehingga kini suara-suara yang meminta undang-undang tersebut sama ada dipinda atau dimansuhkan masih terus berkumandang . Meskipun undang-undang tersebut selaras dengan Perlembagaan kenapakah ianya diminta untuk dipinda atau dimansuhkan?

                    Dalam konteks undang-undang hudud adilkah untuk kita meminta undang-undang Allah tersebut dipinda bagi membolehkan ianya selaras dengan Perlembagaan ? Sudah tentu alternatif terbaik, jika ianya bercanggah dengan Perlembagaan , maka sewajarnya Perlembagaan itu sendiri yang harus dipinda. Mungkin ada yang berhujah adalah sukar untuk kita meminda Perlembagaan Persekutuan ? Apa yang lebih susah dari meminda peruntukkan Perlembagaan Persekutuan apabila ianya menyentuh isu imuniti Raja. Bukan sahaja pindaan tersebut memerlukan dua pertiga tetapi ia juga perlu persetujuan Majlis Raja-Raja. Tetapi, seperti yang kita maklum, pindaan tersebut berjaya dilakukan meskipun sukar.

                    Teruskan membaca di sini >>>

                    Thursday, January 08, 2009

                    Pilihan Raya Bukan Tempat Seronok-seronok - Presiden PAS

                    Petikan Bernama
                    KUALA TERENGGANU, 7 Jan (Bernama) -- PAS mengingatkan penyokongnya serta jentera Pakatan Rakyat supaya memandang serius pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan bukannya untuk berseronok.

                    Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pilihan raya kecil ini memberi impak yang besar kepada pakatan itu dalam usaha menambah bilangan pembangkang di Dewan Rakyat.

                    "Pilihan raya ini bukan untuk suka-suka dan seronok-seronok. Pilihan raya ini untuk kita pilih wakil rakyat yang akan diberikan amanah untuk membawa suara rakyat di Parlimen," katanya dalam satu ceramah perdana di sini.

                    Abdul Hadi berkata beliau yakin pengundi di kawasan parlimen itu matang untuk membuat keputusan dalam menentukan kemenangan calon yang bertanding pada pilihan raya kecil ini.
                    Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut serta calon Bebas, Azharudin Mamat@Adam.

                    Abdul Hadi turut menasihatkan penyokong PAS supaya mematuhi arahan yang ditetapkan dan tidak menimbulkan perasaan takut di kalangan pengundi untuk keluar mengundi pada 17 Jan ini.

                    "Saya minta supaya kita hadapi pilihan raya dengan cara yang tenang, aman dan baik. Jangan kita tahan bas dan rosakkannya dan jangan bertindak sendiri. Ikut arahan daripada pemimpin," katanya.

                    Hadir sama ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

                    -- BERNAMA



                    Wednesday, January 07, 2009

                    2 keping gambar beribu erti

                    Gambar yang dirakamkan semasa penamaan calon PRK P036 Kuala Terengganu
                    Mungkin MB Perlis sedang meminta no handphone Dr Haron Din.... Mudah le kot lepas ni nak minta berubat ....

                    Mantan MB Perlis hulur apa tu kat MB Kedah/Perlis? MB Perlis kata no thanks, MB Kedah tak makan kot cekelat tu...


                    Amanat Presiden PAS sempena Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu

                    "Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"

                    Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

                    Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

                    Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Mereka yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.

                    Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

                    Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.


                    Saturday, January 03, 2009

                    Solat Hajat Perdana

                    Dewan Ulamak PAS Perlis akan menganjurkan Solat Hajat Perdana memohon kemenangan perjuangan Islam khususnya di Pilihanraya Kecil Parlimen (PRK) N36 Kuala Terengganu.

                    Majlis akan diadakan seperti berikut:

                    Tarikh : 5 Januari 2009 (Isnin) dan 16 januari 2009 (Jumaat)
                    Tempat : Balai Islam MADI, Jejawi Dalam, Perlis
                    Masa : Selepas Solat Maghrib

                    Sehubungan itu juga, Dewan Ulamak PAS perlis mengharapkan semua cawangan PAS di seluruh negeri Perlis mengadakan solat hajat masing-masing pada setiap malam selepas penamaan calon bagi PRK Parlimen N36Kuala Terengganu.

                    Friday, January 02, 2009

                    Demonstrasi Anti-Israel di Masjid Putra, Kangar

                    KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis berjaya menganjurkan himpunan aman di perkarangan Masjid Putra dekat sini selepas solat Jumaat tengahari tadi melahirkan bantahan ke atas kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin.

                    Slogan-slogan anti-Israel dilaungkan dengan diselangi pekikan takbir bergemuruh sebaik sahaja pengerusi himpunan, Fakhrul Anwar Ismail memulakan acara.

                    Wakil Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Dr Jamnul Azhar Mulkan memulakan ucapannya mengutuk serangan ganas tentera rejim Zionis ke atas umat Islam Palestin yang kebanyakan terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

                    Ketua DPP Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman kemudiannya meneruskan ucapan dengan menyeru umat Islam tanpa mengira batasan fahaman politik bersatu mengutuk serangan ganas tersebut.

                    Timbalan Ketua DPPPs, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil kemudiannya membacakan doa sebelum diakhiri dengan pembakaran bendera negara haram Israel.



                    Ustaz Ya'akub berucap

                    Wakil Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Dr Jamnul Azhar Mulkan

                    Antara umat Islam yang turut serta

                    Sebahagian pimpinan PAS Perlis yang hadir

                    Lenyapkan negara haram Israel dari peta dunia

                    Bersemangat

                    Mengaminkan doa

                    Si cilik turut sama menyokong

                    Ustaz Ahmad Adnan memimpin bacaan doa

                    Membakar bendera Israel tanpa protes





                    Hari Keluarga PAS Perlis

                    TITI TINGGI - Hari Keluarga Badan Perhubungan dan Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) PAS Perlis diadakan di pinggiran Empangan Timah Tassoh, Kampung Sahabat dekat sini baru-baru ini.

                    Program disertai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Badan Perhubungan PAS Perlis, JPN, staf pejabat Perhubungan PAS Perlis serta keluarga masing-masing.

                    Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin serta Timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan Ketua-ketua Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat turut hadir memeriahkan program yang julung-julung kali diadakan ini.

                    Turut serta ialah AJK Dun Titi Tinggi selaku tuan rumah dan juga AJK PAS Padang Besar.

                    Acara Sukaneka

                    Para hadirin mendengar ucapan

                    Penyampaian Hadiah

                    Ucapan Pesuruhjaya

                    Masa makan semua khusyuk

                    Ikan bakar menjadi menu istimewa 

                    Wednesday, December 31, 2008

                    PRK P036 Kuala T'ganu : PAS Perlis hantar 30 petugas bantu jentera pilihan raya

                    Harakahdaily

                    KANGAR, 31 Dis (Hrkh) - PAS Perlis akan menghantar kontinjen pertama petugas untuk pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 3 Januari akan datang.

                    Menurut Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri Perlis, Abdul Karim Mat Rejab, kontinjen pertama ini terdiri daripada 30 orang petugas yang akan ditempatkan di UPU Wakaf Beruas dan Merbau Patah dalam Dun Wakaf Mempelam.

                    "Kita akan menghantar ke sana petugas daripada kawasan-kawasan dan dewan-dewan. Manakala Dewan pemuda pula menghantar seramai 10 orang petugas tetap," jelasnya.

                    Kontinjen pertama ini akan diketuai oleh Setiausaha PAS Padang Besar, Ustaz Yahya Ahmad sebelum disusuli kontinjen kedua pada 10 Januari akan datang. 

                    Tuesday, December 30, 2008

                    Majlis Penyerahan Tauliah Pengurus PASTI Perlis

                    ARAU - Majlis penyerahan tauliah pengurus Pasti seluruh Perlis diadakan baru-baru ini di Dewan Dato' Fadzil Noor, Balai Islam MADI, Jejawi Dalam dekat sini.

                    Majlis dihadiri para pengurus Pasti cawangan-cawangan dari seluruh negeri ini. 

                    Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Ustaz Hashim Jasin meluangkan masanya untuk menyampaikan tauliah tersebut.

                    Turut hadir daalam majlis tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman, guru-guru Pasti serta barisan Exco Dewan Pemuda PAS Perlis.

                    Dalam ucapannya, Ustaz Hashim melahirkan rasa syukurnya kerana Dewan Pemuda berjaya menguruskan Pasti dengan baik dengan memperkenalkan skim baru bagi pembayaran elaun guru-guru Pasti.

                    Di samping itu, beliau turut menyeru para guru Pasti untuk sama-sama melibatkan diri dengan porgram parti.

                    Di samping itu beliau turutmelahirkan rasa terharu serta tahniah kepada para pengurus Pasti cawangan yang sebahagiannya sudah berkhidmat sejak belasan tahun yang lalu.

                    Wednesday, December 24, 2008

                    PENGUMUMAN PROGRAM


                    KULIAH BULANAN PERBANDINGAN AGAMA


                    TARIKH : 27 DISEMBER 2008

                    HARI: SABTU

                    TEMPAT: BALAI ISLAM MADI, JEJAWI DALAM, PERLIS


                    MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR