Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Sunday, January 18, 2009

Kenyataan Media DPP Perlis

Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) mengucapkan tahniah di atas kejayaan calon PAS , Mohd Abdul Wahid Endut merampas semula kerusi parlimen P036 Kuala Terengganu dari tangan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil yang berlangsung semalam.

Kejayaan ini membuktikan PAS adalah parti yang diterima masyarakat di Kuala Terengganu khususnya dan di negara ini amnya.

Begitu juga, kemenangan ini berjaya menangkis segala serangan dan tohmahan  yang dilontarkan Umn0/Barisan Nasional sepanjang tempoh berkempen khususnya melalui media arus perdana.

Bagi DPPNPs, rakyat di negara ini sudah muak dengan pelbagai propaganda murahan yang ditonjolkan media lebih-lebih lagi ketika musim berlangsungnya pilihanraya.

Rakyat tidak lagi mudah menelan apa jua yang dipaparkan di kaca televisyen atau di dada-dada akhbar kerana sebahagian besar rakyat kini sudah celik maklumat.

Begitu juga, rakyat juga sudah muak dengan sikap hipokrit pemimpin negara yang
 akan turun dengan pelbagai bentuk janji manis pembangunan setiap kali berlakunya pilihanraya kecil.

DPPNPs juga ingin merakamkan sekalung tahniah kepada para pimpinan PAS/Pakatan Rakyat dan semua petugas yang telah
 bertungkus-lumus bekerja memenangkan calon PAS dalam pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu.

DPPNPs berdoa agar kemenangan ini akan menjadi satu batu loncataan kemenangan ke arah kemengan yang lebih besar selepas ini khususnya bagi mengukuhkan lagi perjuangan menegakkan agama Allah  di atas muka bumi ini.

"PERTEGUH KEMENANGAN - PAS UNTUK SEMUA"

No comments: