Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Friday, August 12, 2011

Wan Ahmad bukti SPR tali barut Umno


Harakahdaily
KUALA LUMPUR 11 Ogos: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhan Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan badan itu sebenarnya tidak bebas dan berat sebelah.

Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa Pakatan Rakyat mengulangi agenda politik kotor untuk menang PRU-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.

Kenyataan Wan Ahmad itu disiarkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno.

“Saya nak nasihatkan Wan Ahmad agar hentikanlah dari menjadi tali barut Umno dan bersifat berat sebelah," kata ahli parlimen Kuantan itu seperti dilaporkan Keadilan Daily.

“Dia (Wan Ahmad) kena ingat gaji yang dia dapat merupakan wang yang dibayar oleh rakyat. Jadi berkhidmatlah untuk rakyat dan bukannya untuk Perdana Menteri”

“Insaflah, lebih-lebih lagi bulan puasa ni. Jangan asyik memberikan kenyataan untuk memuaskan Umno dan menjadi agen mereka,” kata Fuziah.

Menurut Fuziah, SPR masih berterusan menafikan kewujudan pengundi hantu seperti pengundi berusia lebih 100 tahun, isu pengundi berstatus Penduduk Tetap (PR), pengundi klon dan daftar nama salah yang didedahkan sebelum ini.

LAGI >>>

No comments: