Alamat Baru Kami
Thursday, October 29, 2009
Thursday, October 22, 2009
Alahai Tabung Haji...
Wednesday, October 21, 2009
Gapo dio 1 Malaysia tu???
Dua situasi yang saya alami membuatkan saya terfikir sejenak:
Pertama:
Mendengar kuliah hadith di Radio Perlis FM: Ustaz yang memberikan kuliah tentang zikir selepas solat. Agak menarik kerana pandangan beliau tidaklah sekeras sesetengah pihak. Lebih kurang katanya, lafaz zikir selepas solat tidak perlulah terlalu kuat tetapi sebaiknya secara sederhana. Tapi bukan itu yang menarik perhatian saya, tapi komen beliau tentang 1 Malaysia. Lebih kurang dia sebut : kenapa kita dok asyik sebut 1 Malaysia, kenapa kita tak sebut 1 Ummah?
Kedua:
Khutbah Jumaat di sebuah masjid di negeri Kedah minggu lalu: Tok khatib menegur tentang 1 Malaysia yang cenderung ke arah mencampur-adukkan pelbagai budaya dan agama. Tapi lebih menarik Tok khatib menegur sebuah parti politik yang berhimpun di Kuala Lumpur yang mempromosikan laungan Hidup XXXXXX !! Hidup XXXXXX !! Hidup XXXXXX !! Kata beliau mengapa tidak membesarkan kalimah Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Lebih menarik dia kata mengapa tidak parti tersebut duduk berhimpun dan berbincang bagaimana untuk menegakkan syariat Islam di dalam negara ini....
Konsep 1 Malaysia bagi orang-oran kampung pula sudah tentu ramai yang masih bingung... Apatah lagi setiap kali pembaca berita menyebut Salam 1 Malaysia..."Pening kepala pakcik dok pikiag bab ni, dulu ada juga penerapan nilai Islam, lepaih tu ada pula Islam Hadhari... ni alih-alih pi dok bagi salam stail baru pulak???," getus Pak Mat di Beseri.Penulis adalah Naib Ketua DPP Perlis
Monday, October 19, 2009
Usrah DPP Perlis bersama YB Kubang Rotan
Adun Kubang Rotan, YB. Mohd Nasir Mustafa dijemput khas selaku naqib.
Monday, October 12, 2009
Melayu tak sedia meninggalkan bantal busuk bernama Umno
Nampaknya orang Melayu masih belum sedia melepaskan bantal busuknya yang bernama Umno selepas parti itu menang besar di Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil Dun itu 11 Oktober lalu.
Malah dengan kemenangan Umno dengan majoriti lebih 5,000 undi, kesetiaan mereka masih berpihak kepada Si Tuah yang taat membabi-buta.
Orang Melayu terlalu bergantung kepada perkara disanjungnya, dalam kes ini Umno yang telah menghuni dalam diri mereka sejak penubuhan parti itu sebelum merdeka sehingga negara sudah 52 tahun bebas daripada cengkaman penjajah.
Mengkaji kecenderungan sesetengah kanak-kanak kepada bantal busuk (dalam kes ini Umno) mungkin dapat melerai persoalan bersediakah orang Melayu meninggalkan Umno dalam menghadapi zaman baru yang lebih mencabar.
Jika sesetengah kanak-kanak tidak lekang dengan bantal busuknya, demikian juga orang Melayu, tidak selesa untuk meneruskan kehidupan tanpa pegangannya.
Daripada zaman kecilnya sehinggalah hampir ke liang lahad, sebahagian Melayu memerlukan wira, idola, tokoh, legenda dan ikon semasa (termasuklah Umno) untuk dijadikan dahan, tempat berpahut sama seperti seorang kanak-kanak mendambakan bantal busuknya.
Hang Tuah adalah antara idola dan ikon Melayu. Sama ada dia benar-benar wujud atau tidak, Hang Tuah tetap membawa kehebatan dan keperkasaan Melayu yang juga mahu dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain yang turun di Bukit Seguntang Mahameru.
Teruskan membaca di sini >>>
Friday, October 09, 2009
Pilihanraya Kampus UniMAP: Mahasiswa disekat bertanding?
Walaubagaimanapun, terdapat banyak halangan dan kekangan yang dialami mereka tetapi tidak sepertimana calon-calon tajaan HEP yang diuruskan sepenuhnya. Ia seoalah-olah wujud satu perancangan dan konspirasi yang telah dilakukan untuk menghalang mereka daripada mendapat tandatangan dari kedua-dua pihak tersebut seterusnya menyerahkan borang pencalonan pada 7 Oktober yang lepas.
Dalam syarat-syarat yang dikemukan, borang pencalonan seharusnya mendapat tandatangan daripada JHEPA dan NC terlebih dahulu sebagai tanda pengesahan. Namun begitu, ia sangat mengecewakan apabila pihak JHEPA cuba mengelakkan diri di antara selang masa pengambilan borang dan penamaan calon untuk tidak menurunkan tandatangan ke atas borang ke empat empat calon tersebut.
Setelah menyedari bahawa mereka telah teraniyai dan ditipu, cubaan pertama diambil untuk bertindak menemui Naib Cancelor bagi mendapatkan tandatangan ‘alternative’. Walaubagaimanapun sekali lagi, Naib Canselor sendiri cuba mengelak dari bertemu dengan mereka.
Sejurus daripada itu, borang tetap dihantar ke pejabat NC seawal 8.30 pagi. Atas persetujuan NC, calon-calon tadi bersetuju untuk meninggalkan borang dengan harapan ia akan ditandatangani pada waktu petang.
Namun apa yang berlaku, tidak disangka-sangka, borang tersebut masih lagi tidak ditandatangani malah ia diserahkan kepada pejabat JHEPA dan NC memohon kepada calon-calon untuk hadir ke pejabat JHEPA dan diberi jaminan oleh beliau bahawa Dekan JHEPA akan pulang dan menandatangani borang-borang tersebut keesokkan harinya pada awal pagi yang mana pada hari tersebut merupakan hari penamaan calon.
Cubaan sekali lagi dilakukan bagi menuntut hak mereka, mereka telah hadir ke JHEPA seawal 8 pagi bagi melengkapkan borang pencalonan mereka. Ternyata Dekan JHEPA sekali lagi cuba melengah-lengahkan masa untuk menemui mereka dan tindakan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya dan keraguan.
Ke empat-empat calon masih sabar menunggu walaupun telah banyak peruntukan masa yang telah dihabiskan, kali ini mereka menuntut untuk berjumpa dengan Dekan dan akhirnya tepat pukul 10.45 pagi Dekan JHEPA memberi keizinan untuk bertemu dengan beliau. Walhal, waktu penamaan calon bermula pada pukul 8 pagi dan seterusnya berakhir pukul 12 tengahari, hanya berbaki 1 jam 15 minit sebelum tamat proses penamaan calon.
Pertemuan tersebut diharap dapat memberi hasil yang positif dan baik kepada calon-calon mahasiswa pada mulanya, ternyata sekali lagi mereka masih gagal untuk mendapatkan tandatangan Dekan, malah pertemuan tersebut telah bertukar kepada proses pendoktrinan dan ‘brainwash’ kepada calon-calon ini agar mereka menarik diri daripada masuk bertanding dalam PRK kali ini.
Ia berlanjutan sehingga jam 11.55 pagi sehingga seorang mahasiswa yang lain masuk dan cuba melepaskan calon-calon tersebut daripada belenggu dan membuang masa berbicara bersama Dekan yang ternyata tidak akan menurunkan tandatangan.
Hal ini jelas menunjukkan ketakutan Dekan JHEPA terhadap calon-calon ini agar tidak merekod apa yang berlaku sepanjang sesi perbualan mereka berjalan.
Sehingga ke saat-saat terakhir penamaan calon, borang mereka masih belum mendapat pengesahan tandatangan darpada Dekan seterusnya mereka dinafikan hak untuk bertanding.
Calon-calon aspirasi yang bertanding atas dasar pilihan dari dekan sendiri telah dipermudahkan segala urusan mereka dan disediakan dengan pelbagai kemudahan termasuk :
· Pemberian borang secara percuma yang sepatutnya berharga RM50.
· Wang cagaran berjumlah RM200 juga dikecualikan atau disumbangkan oleh pihak universiti.
· Perkhidmatan pengangkutan ambil dan balik dari kelas ke tempat penamaan calon juga disediakan sedangkan calon-calon lain tidak disediakan.
· Dipermudahkan urusan untuk mendapatkan tandatangan dari dekan.
sumber: unimap-kini.blogspot.com
Tuesday, October 06, 2009
Undi Pos diguna menangkan BN sejak PRU Pertama 1959
Majlis Sambutan Hari Raya 2 Budaya
Majlis yang diadakan di perkampungan Cina di Batu 2 Jalan Kuala Perlis Lama ini diserikan dengan kehadiran Ketua Penyelaras Biro Pengurusan dan Keahlian Kelab Penyokong PAS, Vincent Lee.
Turut hadir, Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis, Hairy Hashim serta Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perlis, Khoo Yang Chong.
Rumah terbuka Adun Sanglang dan Simpang Empat
Pada 4 Oktober lalu, dua majlis yang berjalan hampir serentak tidak mengahalang masyarakat dari pelbagai lapisan kaum dan agama untuk hadir memeriahkan sambutan.
Dalam majlis seumpama ini, orang ramai dapat berkumpul dan saling beramah-mesra antara satu sama lain dan dapat mendekati pemimpin PAS secara lebih dekat.
Di Sanglang, majlis rumah terbuka Aidilfitri Adun Sanglang, Ustaz Hashim Jasin diadakan di kediaman beliau di Batu 8 1/4 Jalan Alor Setar-Sanglang.
Selain kehadiran orang ramai yang datang dari seluruh negeri Perlis, majlis turut diserikan dengan kehadiran Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ir Amiruddin Hamzah dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Ahmad Ali.
Sementara itu, Adun Simpang Empat, Rus'sele Eizan turut mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di tapak pasar malam Pekan Simpang Empat.
Monday, October 05, 2009
PAS Perlis edar kuih bulan kepada masyarakat Cina
Pengerusi LPN PAS Perlis, Hairy Hashim bersama-sama Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs), Ustaz Ya'akub Abu Seman turun padang untuk mengedarkan kuih bulan kepada masyarakat Cina di bandar ini.
Turut sama mengedarkan kuih bulan ini, Ahli Badan Perhubungan PAS Perlis, Abdul Jamil Kamis serta barisan Exco DPPPs.
Hairy Hashim turut mengedarkan kuih bulan
Rata-rata kaum Cina yang menerima kuih bulan ini teruja dengan keprihatinan PAS dengan sambutan tradisi kaum mereka.
Sunday, October 04, 2009
Betulkah Mamak Azeez ditumbuk?
Friday, October 02, 2009
Perihal Najis Rasuah
Apa yang menarik tumpuan saya ialah perkataan "najis" itu yang sememangnya tepat menggambarkan betapa rasuah adalah barah yang paling merbahaya sedang menular di dalam masyarakat hari ini.
Khatib juga menyebut beberapa kesan daripada "najis" rasuah ini. Namun yang paling menarik katanya, "najis" rasuah ini juga memberi kesan kepada golongan bawahan seperti petani, nelayan, penarik beca dan sebagainya tetapi tidak dirasai mereka.
Memang benar, kerana perbuatan rasuah (menurut MB Kedah bukan sahaja sogokan wang tetapi juga salah guna kuasa dan sebagainya), kini dinilai umum sebagai perbuatan jenayah yang dilakukan oleh orang-orang besar yang memegang pelbagai jawatan tinggi atau yang mereka yang dianggap berkuasa.
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya:
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat.”
Bertanya (al-A‘rabiy): “Bagaimana mengabaikannya wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda: “Apabila suatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah hari kiamat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Individu:
(i)Kehilangan pekerjaan.
(ii)Kejatuhan moral atau maruah.
(iii)Menerima hukuman.
(iv)Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga.
(v) Keluarga terabai.
Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat:
(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu.
(ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah.
(iii)Membebankan golongan orang susah.
(iv)Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan.
Kesan-Kesan Rasuah Terhadap Negara:
(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.
(ii)Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan.
(iii)Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang.
(iv)Kenaikan kos barang dan perkhidmatan.
(v) Mengurangkan pendapatan negara.
(vi)Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan.
Sumber:
- http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic35_2004.htm
- http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic38_2004.htm
Penulis adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis
MB Kedah: RTM bukan milik Umno/BN
Katanya, RTM adalah millik rakyat dan bukanlah milik Umno/BN.
"Ini bila berlaku saja pilihanraya, mereka tolong kempen untuk BN tiap-tiap hari. "Be gentleman", bagilah peluang demokrasi secara betul. Kalau nak lawan betul-betul, kenalah siar kedua-dua PAS dan Umno.
"Ini hari-hari kempen untuk BN, siapa yang tak marah? Di Kedah ni, saya selaku Menteri Besarpun tak boleh disiarkan ucapan untuk rakyat. Itulah yang orang kata kepala demokrasi tapi otak primitif.
"Bila buat kempen keterlaluan yang "overkill" kita, rakyat akan membenci dan sebab itu mereka kalah dalam banyak pilihanraya kecil," katanya.
Ustaz Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim yang mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat suka menyalahkan pihak lain bila kalah dalam pilihanraya tetapi tidak pula menyalahkan diri sendiri.
Mengulas lanjut, Ustaz Azizan berkata banyak perkara yang perlu diletakkan kesalahan kepada pihak lain memandangkan perlaksanaan demokrasi yang tidak betul di negara ini.
"Kalau bertumbuk dengan orang tapi tangan kita diikat, takkan kita nak kata kita yang salah. Kalau kita bagi kebebasan dengan betul, kita hormati prinsip demokrasi betul-betul, tengoklah nanti macamana rakyat pilih.
"Kitapun ada buat salah tapi takkan orang lain tak buat salah. Takkan Umno tak salah sedangkan Tun Dr Mahathir pun kata Umno ni rasuah teruk. Di Bagan Pinang nanti dia kata jangan lantik calon yang rasuah. Ini makananya, dia sebagai bekas presiden Umno pun iktiraf Umno sebagai kepala rasuah dalam negara kita, bukan kita yang kata.
"Rasuah bukannya bermakna terima duit saja, tapi juga dalam bentuk salah guna kuasa, salahguna agensi kerajaan dan sebagainya," ujarnya.
SIS DAN JAG KIAN MELAMPAU: DPP PUSAT
1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak .
2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undang syariah dalam negara ini .
3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak .
4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam .]
5. Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam . Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu - satu perlaksanaan hukum Islam . Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara' dan maqasid syari'yyah .
6. Lebih menghairankan , mereka hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah , kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia , sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita . Sedang sebatan dalam hukuman Islam tersangat jauh bezanya dengan sebatan dalam hukum sivil .