Alamat Baru Kami

Alamat Baru Kami

Klik di FOTO

Monday, August 10, 2009

PRK Permatang Pasir: Penamaan calon 17 Ogos, mengundi 25 Ogos


Dari Malaysiakini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno

JOM PAKAT PI TUJUH KOSONGKAN UMNO/BN

2 comments:

Anonymous said...

Hangpa ni macam comfirm ja menang...
Yela. pemuda...sembang pandai...lagi2 puak org luaq yg duk ada dlm pmuda negeri tu, lagilah... dengaq kata pandai duk kata kat org ja, woi org luaq, ni negheri kami, kami taula nak wat camna, hangpa p berambuih p negheri hangpa!!!

Anak Perelih said...

Anonymous...

Saudara ni bermaksud negeri mana?? Perelih ke Penang yang dok halau halau orang ni???